buat sume kaum adam, hari ni hari jumaat. so, sile jangan buat2 lupa untuk pergi ke masjid-masjid berdekatan bukan untuk bernikah tapi untuk menunaikan solat jumaat! bukan untuk solat je yek tapi sile dengar sekali khutbah. ramai yang bile hari jumaat pegi masjid untuk solat jek tapi bukan untuk dengar khutbah. sedangkan khutbah jumaat adalah syarat sah dalam solat jumaat. bole rujuk pakar agama untuk mengetahui lebih lanjut ye. (maafkan sy kalo silap :) )
ye, sy tau yang orang perempuan tak diwajibkan untuk bersolat jumaat sekali. tetapi semasa di Makkah menunaikan umrah, sy lihat ramai wanita jugak berpusu-pusu ke Masjidil Haram untuk bersama-sama menunaikan solat jumaat. tapi disana ianya hanya tidak digalakkan. yela, mungkin ianya peluang sekali seumur hidup kan, kalo disini memang tak bole :)
cuma agak musykil mengenai khutbah jumaat itu sendiri. adakah ianya wajib, harus, rukun atau syarat sah yang termasuk dalam solat jumaat? sebab selalunye bile lunch time macam ni masjid berdekatan opis sy iaitu masjid saidina uthman, bandar tun razak, cheras memang tempat utama bagi penduduk sekitar. dan sy bersama kawan opis kadang2 ke sana untuk membeli juadah lunch. ( ape ayat cam skema mabuk nih??) ape yang kitorg lihat adalah senario kaum adam yang hanya duduk makan cendol bawah pokok atau makan rojak bersama air tebu dan soya di luar masjid sambil borak2 kosong semasa khutbah dibacakan. bukan bersama-sama masuk kedalam masjid untuk mendengar khutbah dengan lebih kusyuk. kenapa tak masuk dalam terus??
ramai yang berpendapat duduk di luar pun masih bole mendengar. itu belum dikira mereka yang sengaja melewat2kan waktu untuk ke masjid. bila dah mula solat barula berlari-lari nak masuk masjid. kenapa macam tu? sy cuma nak tau je sebab hampir 3 tahun keje kat sini memang inilah die senario yang biasa dilihat di sini. ke tempat lain pun same??
boring sangat ke bile dengar khutbah tu??
Post a Comment