assalamualaikum
hai..hai..haiiiii! salam pagi jumaat uols!! =)
dah macam dj plak rase!ekekeke...for sure ramai yang suke harini kan? aku semestinye la suke yang amat sangat! yela, weekend ni adelah minggu ke empat aku buat weekend gateway. direct sebulan!hahaha.
bermula dengan last 3 weeks ke melaka bandar bersejarah, kemudian ke utara tanah air iaitu pulau pinang (bandar pe ek??), last week balik kampung pulak di kuantan dan dis week kembali lagi ke selatan tanah air iaitu ke johor bahru pulak! berjalan je keje aku kan!hehe. minggu lepas tengok mak ayah, minggu ni balik jb tengok atuk la pulak. atuk aku tak sihat.
nak cite pasal jiran nih. ade post aku cite pasal pcik gatal yang dok sebelah umah aku. ye. tu jiran sebelah umah aku. tak bole buat ape dah. tak kan nak suh aku pindah pulak kan? baru je 3 bulan aku dok situ. kali ni pasal jiran bawah umah pulak. yela dok umah bertingkat kan. kongsi bumbung dan dinding dengan orang lain hehe.
jiran bawah uma aku ni bela kucing. kucing parsi. memang comel putih melepak giler. kekadang memang comel tapi kekadang aku rase nak sembelih! hahaha. eh? aku takdela sekejam itu yek. aku sayang kucing. dari kecik mak ayah aku dok bela kucing. tapi memang kitorg jaga bebetul la. kalo kucing tu tak nak buang air dalam toilet or kat atas pasir ko ajarla die membuang tempat elok skit. ni tak! gi membuang kat tangga! lepas tu si tuan tak reti pulak nak bersihkan balik! haish..tak paham aku orang macam ni.
masa aku lalu petang semalam si tuan tengah membersihkan depan rumah. jirus air segala bagaila. tapi die bersihkan depan pintu uma die jela. abis tu kat tangga sape nak bersihkan?? dahla sisa2 kat depan pintu ko pi buang kat tangga lepas tu ko biar je tangga tu dah macam puast pelupusan sampah!
ingatla yang kita ni hidup berjiran. janganla ko pikir diri ko sorang jek. aku lalu lalang kat tangga tu hari-hari tau. ko ingat hidung aku ni tahan ke dengan bau-bauan yang wangi sangat tu weh?? aduhai. nak marah tak sampai hati sebab orang tua. so nak tak nak terpaksa jela biarkan.
asalkan die bahagia dengan hidup die bersama dengan si putih comel berbulu lebat!
Post a Comment