hai korang =)
ade perkara baik bakal menanti, insyaallah kalo takde apa-apa halangan. ape perkara baik tu akan aku war-warkan kalo dah confirm yek. so silela bersabar dengan lebih lama lagi! hihihi dan mintak korang doakan yang baik-baiak aje untuk aku k
tengah takde cite menarik ni so ape kate aku kongsi satu lagi petua dengan korang nak? taknak?? taknak sudah. kecik hati iols tau :(
aku dapat petua ni dari sorang kakak, yang telah mempraktikkan sendiri petua itu. dan aku ni korang tau jela memang suke sangat petua dari dapur iaitu petua yang barang2nye ko bole dapat dari dapur ko jek hihi
kali ni nak sharing petua 'glowing' kan muka. haaaa aku memang suke bab ni. yela sebab nak beli prduk memahal tak mampu kan. so bile dapat petua ni terus zassss masuk dapo dan buat! aku dah cuba 3 kali dan hasilnye memuaskan hati aku.
caranya mudah saja. hanya perlu 3 bahan. iaitu mayonnaise, madu dan lemon :)
caranya ambil 1 sudu mayonnaise dan 1 sudu madu korang campurkan sekali. perahkan sedikit lemon dan kacau lagi. aku selalu masukkan dalam peti sejuk kejap bagi sejuk kemudian baru sapu kat muka. so nanti jadi sejuk sedap jeeee! 15 minit cukup dah sampai kering kat muka. jangan biar sampai kering sangat ye. kire macam pakai mask la. lepas dah kering bole cuci guna pencuci muka biasa ataupun dengan air suam.
bole buat 2 kali seminggu.
selalunye yang aku buat asing-asing, kadang pakai mayo je kadang pakai honey je. means aku tau dua bahan utama iaitu madu dan mayo untuk lembabkan kulit je. tapi aku tak tau pun sebenarnye bole buatkan muka jadi glowing2 gittew hiks. lemon adalah bahan pencerah paling baik.
so untuk yang inginkan kulit lembut, lembab, glow dan jugak cerah silelah cuba petua saya ni yek!
jangan malas-malas tau, selamat mencuba :)
baru tahu ni... nak cuba jugalah nanti..
seriously mayonis? tak geli geli ke muka?haha
mia : cubalah :)
boni: siyesla mayo...tak geli pun la..tempek je kejap hahaha
tenkiu for da sharing info.sgt mudah nih.xsabo nak try.
mohon share. semoga wajah sis lebih berseri2 bagaikan bulan purnama... aminnn...