Kawan-Kawan

Kasih Kekal Abadi


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum dan salam jumaat :)

adakah korang dah menemui cinta sejati korang? korang percaya perhubungan yang korang bina atas dasar cinta bole membawa kepada alam perkahwinan seterusnye ke akhir hayat? dan adakah korang pernah bersyukur dengan apa yang korang da dapat tu??

alhamdulillah..walaupun aku belum jumpa lagi cinta abadi aku tu tapi aku sentiasa bersyukur dapat kenal dengan mereka2 yang bagi aku kegembiraan dan kebahagiaan walaupun sekejap. takde jodoh. tak berkekalan tapi takpela. allah tau ape yang terbaik untuk kita kan? jangan menyesal dengan apa yang jadi  :)

sebenarnye nak cite pasal kisah cinta atuk dan arwah nenek aku. sampi skang aku still teringat2 senda gurau dorang. bile balik kampung biasela uma penuh. aku tido depan pintu bilik atuk aku. dorang kalo tido anak cucu balik jarang tutup pintu. so before tido tu bolela dgr dorang gelak2 borak. sronok dgr! kadang2 sampai jerit2 arwah nenek aku sbb kene sakat ngan atuk aku hehe. dok lepak tengok tv pun same. ade jela yang atuk aku nak nyakat arwah nenek. jalan siap pegang tangan kekadang. =)

agak2 kalo kite dapat lagi ke jmp cinta sejati camtu? walaupun perkahwinan dorang diaturkan oleh orang tua, tak pernah kenal tapi tetap bahagia ke akhir hayat. yang memisahkan mereka adalah ajal.

arwah atuk aku dulu polis, sarjan. nak sara anak 6 orang. gaji berapa la sangat kan. arwah nenek aku tukang masak so die tolong2 la dengan jual2 makanan. itu jela cara nak besarkan anak2 sampai masuk u. kadang2 arwah nenek aku masak untuk orang kenduri kawen. macam2la. demi nak besarkan anak2 sampai pandai kan. atuk aku yang polis tu garang, tapi arwah nenek aku lagi garang! hahaha tapi sronok tengok bile dorang gado2 manja hehe..main cubit2.

nenek aku meninggal sebab strok. hampir 2 tahun terlantar. seingat aku last dapat cakap dengan die masa raya. time tu aku diploma kt perak. nasib time cuti. tapi time tu die macam tak bape sedar. makan pun cam tak sedar and tak kunyah betul. sian la. tapi alhamdulillah mase die pergi tu aku dengan mak aku ade kat sebelah arwah. sempatla bisikkan kalimah syahadah untuk arwah. jam 8.50pm arwah menghembuskan nafas terakhir.

aku rindu sangat arwah nenek aku. tiba2 rase rindu yang amat sangat. sampai skang aku stil teringat sume pesan2 die. anak dara jangn buat itu jangan buet begini. macam2la. sronok! skang aku hanya tinggal atuk aku je. yang aku sayang sangat2. dah takde atuk yang lain. sorang je :) bile pergi kubur arwah setiap kali tu jugakla aku tengok atuk aku nangis. mungkin terlalu rindu. bulan lepas arwah atuk aku mimpi, die cakap arwah nenek aku ajak die pergi jalan2. mungkin masing2 terlalu rindu.

kan seronok kalo jadi macam dorang. kekal bahagia ke akhir hayat. walaupun jarak yang jauh tapi bila dah jodoh mereka tetap bersama. atuk aku orang penang sedangkan arwah nenek aku selatan. dari hujung ke hujung. bak kata orang kutub utara kutub selatan hehe. tapi orang kate kalo dah jodoh tolak la cane sekalipun tetap jugak datang kan.

insyaallah one day aku jgk akan jumpa jodoh yang baik untuk aku. bile tu aku hanya serahkan pada allah. itu urusan allah. aku hanya berusaha dan berdoa yang terbaik. berharap dpt yang bole jaga dan sayang aku sampai akhir hayat aku. beriman dan bertanggungjawab. kasih yang kekal abadi hingga akhir bak kata orang. doakan aku yek :)