Kawan-Kawan

To Krabi wit Love - Budget Trip


posted by ceklala

3 comments

yuhuuuu. aku tak tau la apesal keje bertimbun-timbun. yang dah ade pun tak sesiap lagi bole lagi tambah lain yang lagi maha banyak! hahahaha amik ko maha sekali terkeluar.

so meh sini nak sharing is caring skit mengenai trip aku ke krabi with love. with love la sangat kan padahal dengan akak ngan kawan aku je pun hihihi. ini adalah budget trip yang amat sangat. kalo ko memang spesies cam aku yang nak berjalan tapi budget sile baca! =)

pemergian kami ke krabi seramai 6 orang. asalnya ber3 je sekali ade jugak yang nak join tetibe. aku beli tiket last year bulan 12. hujung tahun air asia memang buat promo besar-besaran yang harus dirembat! tiket krabi ni aku beli selepas beli tiket korea. tak pikir ape terus je beli. dah murah kan.

air asia return hanya rm250 sahaja. tapi akak aku ngan laki die beli time matta fair awal tahun aritu tiket return sorang rm400. dah hampir 2 kali ganda tiket aku. i jugak yang untung kannn. tapi lama betul peram tiket!

air asia ke krabi hanya sekali sehari je flight. iaitu jam 1.15pm. tapi time aku flight delay ler pulaks. 1.45 baru boarding. kl to krabi hanya sejam setengah je. tak sempat nak tido dah sampai.



ini jela aktiviti yang mampu dibuat sepanjang tu. dah macam hape sekor2. hahahaha. redha jela. seat kitorg sebenarnye jauh. tapi belakang seat aku adalah hot seat yang mane takde orang nak beli. so aku dengan muka selamba redah pegi dok kat situ. dengan akak aku sekali join tinggalkan laki die!hihi


dalam flight dorang bagi departure card ni untuk ko isi. nak bagi mase kat imigresen nanti. isi sesiap senang. kang beratur kasi jek. bukan ade meja pun ko nak tulis nanti. so tulis siap2 dalam flight yek.

dari kl cuaca cantik jek. sampai je thailand terus hujan. lebat!

kalo dah hujan faham2 jela dalam tu goyang cane kan sebab awan. berjaya mendarat dengan selamat. cumanya bile pandang tingkap luar cam sedih. sebabnya hujan! takut tak dapat buat ape-apa aktiviti.


kedatangan kami disambut dengan cuaca basah dan lembab. tapi alhamdulillah sampai jugak antara tempat yang nak sangat aku pegi. =)




harap maaf kalo korang bosan dengan gambar yang dipenuhi minah berdua ni je. pantang jumpa camera la katakan. hahahaha. sampai dah airport krabi. harapkan aku baca tulisan bersimpang siur tu memang sepatah haram tak faham. so baca jela yang in english tu yek.


imigresen dorang time ni agak lambat jugakla. muka memasing susahnya nak senyum. dah macam ada emas ke berlian dalam mulut yang susah sangat nak senyum. yang mat n minah saleh belah kiri ni tak pepasal kene marah ngan imigresen.

sebabnya dorang tak spesifik kan tempat dorang nak stay kt krabi ni. nasib baik kitorg dah tau nak pegi ke mana hala tuju. korang make sure isi sesiap k

lama gak beratur sebabnye kaunter banyak berderet tapi yang bukaknya ada 3 jek. dahla orang ramai!

setel terus pegi carik transport untuk ke Ao Nang. sepanjang kt Krabi kitorg stay kt Best Western Ban Ao Nang. aku book bilik online sesiap. survey harga murah terus rembat. harga semalam rm88 sahaja. sharing berdua baru rm44 jek untuk semalam. pada aku sangat murah sebab hotel ni 4 star okeh. cun giler!

kitorg amik private van. harga 1 van 1000bath. bersamaan dengan rm100. so bahagi la ngan 6 orang. die hantar sampai hotel.


dari airport ke Ao Nang dalam setengah jam. aku memang dah banyak survey sebelum travel. so ramai dah bagi pesanan jangan amik kat travel agent. cari sendiri. so memang van berhenti kat sini. then orang dari dalam travel agent ni akan keluar dan suruh amik package dorang. aku selamba cakap dah ada package padahal takde.

lepas tu tak lama ade pulak lagi sorang kuar. sebab yang pertama tak berjaya memujuk kitorg amik ngan dorang gamaknya. yang kedua ni pujuk kitorg amik transfer trip untuk balik. still kitorg tolak dengan cara baik. sian dorang. tak berjaya mendajalkan kitorg! mahal weh kalo amik ngan dorang ni!


memula cam nak suh terus ke phuket. tapi tak jadi. next trip ke mane tau kan kannn? insyaallah hihihi sepanjang perjalanan lalu kawasan bandar dan kampung. takde yang menarik sangat la.


yeayyyyyy! da sampai hotel! hotel dengan laut hanya terpisah dek jalanraya ni je. nampak dari luar cam tak menarik. tapi bile masuk dalam terus cam..homaiiiii lawa!!


sambung lagi nanti bole? nak buat kerja. tak boleh pun kasi bole la jugak!hihihi kbai.



3 comments