Kawan-Kawan

Archive for October 2012

Review Cuti-cuti Hyatt Regency Kuantan


posted by ceklala

7 comments

morningsss!

sabtu ahad baru ni sempatla aku satu family bercuti-cuti. tak jauh pun dari rumah. 15 minit jek hihi. kat mana lagi kalo bukan Hyatt Regency Kuantan Resort yang terletak di Teluk Cempedak. tempat tumpuan untuk melepaks hahahah

paling happening bila malam menjelma. makin tengah malam makan ramai. kalo hujung minggu takyah cakapla. dengan sekarang segala macam fast food ada kat situ. pilih la ikut selera. sejak-sejak hp aku belum ok lagi so memangla takde gambo. harap maaf yek. aku google je hihi


ini kali ke-3 kalo tak silap aku check in kt Hyatt sini. lama dah tak pegi. sebab pikir dekat ngan rumah kan. teluk cempedak ni takyah cakap tiap kali balik pun pegi lepak hihi.

sampai-sampai dari bilik tengok pantai memang tengah cantik! air membiru. kalah Ao Nang aku pegi aritu. siyes pantai kat Malaysia ni lagi cantik! aku suggest korang pegila ke Tioman atau Perhentian or Redang. siyes tak rugi! sangat cantik

kalo korang tido kat Hyatt Kuantan ni tak perlu risau pasal nak makan ape sume. sebab kat sini sume ade. cafe die food sume sedappppp! kitorg check in dalam pukul 2. lepas tu memasing terus keluar. takdenye nak duduk bilik. bukan penat pun travel dari rumah. 15 min dah sampai!hihi

taknak makan kat hotel pun bole. jalan je kaki ikut pantai ke TC. 2 minit dah sampai hihi. sume ade. Mc D, KFC, Burger King, Chatime sume ade! eh food court pun ade tau. so memang senangla. kebetulan jugak time kitorang check in aritu sabtu aritu ade perjumpaan Twitter Kuantan kt TC. so meriahla dengan segala gerai jualan ape sume.


bilik besar boleh tahan. kitorang sume skali 9 dewasa 3 kanak-kanak dan sorang baby. so yang sorang dewasa kene tido atas lantai tu tak lain dan tak bukan....akula. sape suruh ko tak kawen lagi????  -___-  sadisss!

ade 2 pool. untuk kanak-kanak dan juga dewasa. ade jugak gym, snooker, basikal dan macam2 lagilah aktiviti korang boleh buat kat sini. tak lupa jugak spa!!

layanan memang best! so untuk korang-korang yang nak bercuti ke kuantan aku suggest korang ke sini. sebab memang best! everything best!! 

seronok dapat berkumpul bercuti bersama keluarga. jarang dapat peluang camni :)


8 JAM Perjalanan...


posted by ceklala

4 comments

assalamualaikum...

dengar khabar arini pun highway di beberapa tempat masih lagi jammed sejak semalam. alhamdulillah aku dah selamat sampai tepat jam 11 malam tadi di rumah setelah mengharung perjalanan yang cukup lama. padahal bukan jauh sangat pun :(

8 jam dari kuantan ke kl. aku bertolak jam 4 petang dan sampai rumah tepat jam 11 malam. 7 jam di highway LPT dan sejam lagi dari tol gombak melalui mrr2 balik rumah. siyes tak pernah-pernah jadi camni. penatttttttt! sampai rumah terus tido!

selalu aku balik makan masa pun dalam 4 jam je pun. ini 2 kali ganda! setiap hentian r n r penuh sesak! nak masuk susur pun dah dekat 500 meter. tu belum lagi yang nak isi minyak. dekat 1km beratur menunggu! aku sampai tak minum air dalam kete sebab takut kang nak gi toilet! yela nak benti kat mana kan kalo dah penuh camtu. agak kesian kalo ade yang sakit perut cirit birit!

kesian jugak bagi yang ada anak kecik. mesti mengaruk dalam kete dok lelama. aku yang sorang ni pun dengan rasa nak terlelapnye dan rimas. siap bersila dalam kete sebab dah lenguh sangat! nasib baik isi minyak penuh tank. kalo tidak tak taula kul bape pagi baru sampai. alhamdulillah takde excident, cuma banyak kete yang tersadai semalam.

agaknya kalo negara darurat ke ape aku dah bole bayangkan akan jadi camni jugak kot. bile malam dah jadi macam pesta lampu!! siap ade yang benti tepi jalan borak-borak lagi. dah jenuh sangat tunggu rasanya hihi

ape pun inilah yang meriahnya tentang raya. semua berkumpul beraya bersama. seronok!

Salam Aidiladha


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum...

dah selamat pulang ke kampung? aku belum. insyaallah lepas setel sume keje aku gerak la balik. tunggu permission bos je ni. tak rasa macam besok nak raya pun hihi

pada yang bakal pulang ke kampung petang nanti atau malam atau bila-bila masa dari sekarang..berhati-hatilah di jalan raya. pulang dengan selamat. tak payah nak terkejar-kejar sangat. kampung tu tak lari pun. nyawa tu lebih berharga.

insyaallah besok aku satu family buat kurban. sekor lembu satu family. pastu besok malam pesta bbq lembu la kan!hihihi. aku tiap tahun pun turun padang menolong melapah. ye jangan tak percaya je. kitorang buat sama-sama. takdela serah semua kat orang. tolong la sikit-sikit mana yang bole.


alhamdulillah tahun ni aku dimurahkan rezeki dapat sama-sama buat kurban. ni 1st time buat untuk diri sendiri. selalunye ayah aku buat kan. tahun ni dapat buat sendiri lain macam jugak dia punya excited!hahahah

so selamat bercuti kepada semua. jaga diri bebaik. jangan lebih sangat makan. limit sikit yek. jangan macam orang tak makan seminggu pulak. hahahah. selamat berbuka puasa buat yang berpuasa 9 zulhijjah. gila awal ucap selamat berbuka kann hahaha lantak. sentiasa ingat mereka yang kurang berkemampuan. sama-sama kita bantu membantu sesama kita insyaallah :)




Sayangi apa yang kamu ada


posted by ceklala

3 comments

korang sayang mak korang tak?

aku sayang mak aku sangat-sangat. dulu kekecik takdela rapat sangat ngan mak. tapi bila adik beradik lain sume dah kawen barula aku bebetul rapat. sume mende aku cite kat mak aku. dan mak aku pun sume mende cite ke aku. takde rahsia.

semalam lunch time sempatla balik uma sekejap. sampai-sampai bukak hbo kejap tengok ape yang menarik. ade movie tajuk 'One True Thing'. lakonan hebat pelakon feveret aku iaitu Meryl Streep dan jugak Renee Zellweger.


walaupun dapat tengok sejam je tapi siyes. filem ni sedih weh. pasal mak dia sakit barah. aku lupa barah ape. ya allah apesal aku macam dah tua sangat nih??? sume mende lupa! =_="

sedihnya bila kita dapat tau kita dah tak dapat hidup lama. kita taknak sakit tapi kita terpaksa jugak hadapi. bukan yang sakit je sengsara tapi seluruh keluarga. bila tengok orang yang kita sayang sakit sape la yang tak sedih kan. kalo bole kita nak happykan semua orang tapi kita tak mampu. aku tak bole betul tengok kisah camni. sedih wehhh. melelh jugakla. sobs.

korang-korang yang ada mak ayah tu, ade lagi adik beradik sayangilah selagi mereka ada. buat jela apa saja yang termampu untuk membahagiakan mereka. sebab kite tak kan pernah tau siapa antara kita yang akan pergi dulu...

Jenjalan & Paranormal Activity 4


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum

hai korang. cane weekend? aku weekend baru ni pegi jenjalan tanpa arah tujuan. ikut sedap rasa namanya hihi. kebetulan mak ayah aku ade kt kl ni kan so sekali la. jumaat tu besday mak aku. aku ngan akak aku awal2 dah beli voucher kt groupon untuk cuti2 morib.

akak n mak ayah aku pegi dulu sebab aku takde cuti. tapi petang pas keje aku amik erl terus ke lcct. dorang amik kat sana. jauh jugak ke dalam. so far ok la. gold coast morib ade theme park. so kalo sesapa area situ takyah la jauh-jauh nak datang sunway lagoon. situ pun ok bawak family. cuma takdela sebesar sunway lagoon. jap aku google gambo.


orang lain pegi mandi manda aku bawak mak aku gi massage. besday mak aku kan sekali sekala apa salahnya bawak :) sabtu tu lepas check out pegi lunch. pastu time lunch tu la bapak aku cakap nak sambung cuti gi melaka. aku pun ape lagi...nak ikuttttt!hahaha

ikut jalan lama. best jugak lalu jalan kampung. memang lambat tapi ok je sekali sekala lalu jalan dalam. asyik lalu highway je kan.

berjalan dengan family dengan berjalan sendiri lain. kalo aku pegi sendiri abis satu melaka aku jelajah. jalan dengan family ni biasa la. faham-faham sudah. tak dapat la sume tempat nak pegi kan. takpe yang penting masa berkualiti bersama keluarga tu yang aku suke! =)

kat dataran pahlawan jumpa kedai beg memurah. dengan mak aku dengan bapak aku sume beli!hahaha apesal kt kl ni aku tak jumpa kedai cenggitu?? tapi okla at least ade la aku beli dari sane. tak beli belacan pun sebab stock ade lagi. yang penting aku mestila beli favourite aku iaitu bahulu kampung!! sukeeeeee sangat!hihi

malam tadi aku pegi tengok movie premier paranormal activity 4. tetibe je pun kawan aku cakap ade pass lebih. ape lagi. zassssss! tapi seram hoiiiiii! aku dahla sesorang kat umah. teringat2! tapi yang 1st siyesly sampai skang aku ingat. paling seram kot!

 
die bukan seram apa. hantu takde tunjuk rupa pun. pada aku yang camtu lagi aku takut. tetibe ade mende gerak. tetibe ade mende kat belakang. tetibe zassssss melintas! serammm! aku bile part malam je mulala tengok dari belahan jejari aku. hahahahah kalo tutup sume rugi la kan tak dapat tengok!

ini namanya penakut2 tapi berani ko tau dak. hahahah. kalo sakit jantung tak digalakkan tengok. tapi kalo berani korang wajib pegi tengok yek.

tu jela nak cite pun. aku bz la. bai. hahahaha


Selamat Hari Jadi Mama


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum dan selamat pagi!!

nak buat ucapan bole?hihihi

selamat hari jadi mama!! hari jadi yang ke 53 tahun. moga cantik selalu, dipanjangkan usia, di murahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati allah selalu.

alhamdulillah malam tadi sempat bawak mama kuar makan-makan. kebetulan ade kat sini kan. lepas kerja terus pegi amik dorang kat hotel bawak pegi makan yang mama nak sangat. nak makan telur bistik katenye. so ke kg baru lah kita!hihihi


arini dorang pegi cuti-cuti kat gold coast morib sepang. kalo sempat pas keje nak pi sane kejap. asal dorang bercuti jek tak pernah nak dapat ikut. sedihhh.

korang-korang yang baca post ni doakan mama kite yek hihi. selamat berhujung minggu sume! =)

Krabi Night Market


posted by ceklala

5 comments

sampai jugak ke penghujung rancangan. 

eh bukan rancangan!hahaha tapi sampai jugak ke last entry mengenai trip ke krabi. suke lettew kan kann. hahahaha. ikutkan ade lagi nak update. pasal aktiviti mangrove kayak. tapi disebabkan hp still tak boleh on so kite terpaksa la hold kan dulu entry tu yek.

selepas penat berhempas pulas bersnorkelling bersama-sama nemo akhirnya kami sampai ke hotel balik. memasing sampai je depan hotel bukan terus masuk bilik tapi pegi carik makannnnn! kitorg pegi carik pancake!! sedapnyeeeeeeeee tapi sory gambo takde. ade dalam hp. hihihi pegi krabi tak makan pancake tak lengkap hidup korang.

da kenyang kitorg decide nak pegi krabi night market!




krabi night market ni hanya pada hujung minggu bermula hari jumaat hingga ahad. dari jam 6 petang hingga 10 malam. macam-macam di jual. lebih kurang macam uptown dan downtown kat kl la pada aku. ade makanan, cenderamata, pakaian dan lain2.

tujuan utama nak cari souvenir. dapatla jugak beli sesikit walaupun tak banyak. tapi aku dapat jugak rembat t-shirt 3 helai untuk mak ayah n diri sendiri. hihi




barang-barang kat sini memurah sangat weh! nak2 baju. blouse yang kat kl ni harga dalam 40 ke atas kat sini bole dapat separuh harga tau dak! rambang mata sekejap!hahaha. dan sayang jugak sebab tak bawak duit banyak. kalo tidak memang dah lama borongggg!


tetengah jalan tetibe nampak bebudak ni. dorang tengah main alat muzik lagu-lagu tradisi dorang. syok jugak dengar. dan salute jugak sebab kecik-kecik dan mempertahankan tradisi negara. yang rambut gondol tu comel macam nak cubit2!!hahaha

kitorang expect yang night market ni sangat besar. tapi biasa je. setengah downtown cheras je pun. macam pasar malam kat tempat kita tapi jual macam2!hihi



 


 

ade bermacam jenis food. ko sebut jela apa sume ade! tapi antara ko sanggup makan dengan tak jela yek. aku kalo dah start was-was memang takdela. kat sini aku beli air carrot jek n makan jagung. tengok ikan talapia ngan siakap tu memang terliur tapi..... takpelah kita makan kat malaysia jela yek hihi






untuk ke krabi night market ni dari Ao Nang ade berbagai jenis transport. kitorg amik dengan akak kelantan agent tu jek. naik ford 4WD je sumbat 6 orang sekali. sorang rm20 pegi balik. dalam 20 minit je dari hotel ke sini. ini bukan Ao Nang Night Market ye. tapi ini yang bebetul tengah town punye.

pemandu bagi masa 2 jam. kitorang sejam dah abis pusing n membeli. hihihi. so ape lagi? makan timeeeeeeee!


sempat bergambar ngan statue ni. hihihi ini manusia betul yek. bukan patung. ko bole la nak cat or lukis kat badan dia. tapi lepas dah lukis tu hulurla sikit. aku tak lukis pun, cuma amik gambo jek pastu hulur syiling. 

pastu ade 2-3 orang kat situ dok pandang-pandang. aku dah pelik sebabnya ada had ke kene bayar bape untuk bergambo? ade budak tu lukis terus blah takde plak pandang. ke sebab kitorg sume cun-cun sangat??? eh!hahahaha


masuk-masuk kete kitorg cakap boleh tak bawak kitorg pegi tempat makan yang sedap tapi murah!hahaha sume nak murah kan. dia bawak kitorg kat sini. cantik giler weh tempat die. tersorok-sorok masuk kampung gittew

  





sedappppppp sangat kat sini. harga takdela murah sangat tapi kira normal la. makan ber6 sorang bayar dalam rm20 jek. total 1200bath. menu utama mestilah tomyam kan. sedap giler! then amik somtam. pun sedapppppp!

menu utama adalah ikan talapia ni ha. masak kheng sum masam namanya. tak masam pun. tapiiii die punye pedas ya rabbiiiiii! pedas giler gilerrrrr! siyes nih. aku sampai masuk mulut terus nangis. tak tahan die punya pedas. abang ipar aku org nogori yg kuat pedas pun bole surrender. tapi habis jugak!!hahahaha

keseluruhan memang best makan kat sini. tak tau ape name kedai. takde orang pun time kitorg datang ni. kitorg je monopoli kedai. order pun dah macam kedai sendiri. tapi cam biasa tak paham langsung. kene tunjuk gambar yek. hihihi


sambung membeli-belah area hotel sementara masih bukak. lagipun besok pagi dah tak sempat sebab pagi-pagi dah gi kayak. aku beli fridge magnet kt kedai ni je. mintak murah giler-giler nasib dapat!hahaha. lama jugak kat sini dok menawar dan membeli. 




hasil belian. ini saja yang aku beli. itupun hanya untuk diri sendiri dan family. dah kate pun bajet trip kan. kalo shopping over tu bukan bajet namenye!hihihi

sekian saja untuk trip krabi. alhamdulillah tamat sudah. harap banyak info aku dapat sharing ngan korang. next pegi mane? dah rancang2 tapi belum beli tiket lagi. pegi bangkok or phuket macam menarik.......ade sesapa nak join?? jommmmmmmm!



To Krabi wit Love - Phi Phi Island Tour 2


posted by ceklala

6 comments

Morning!!

tinggal lagi 2 entry. aku berusaha abiskan cepat. sebabnya ramai dah bosan gamaknya ngan update krabi nih. bosannnnn? jangan ler. sian aku tau. hiks


ini bukan bf baru aku yek. tak sayang mulut kan korang. kahkahkahkah. ni adalah pembantu pemandu boat kitorg. baik dia nih. tak banyak cakap. tau senyum jek. ko hulur camera die sambut terus tangkapkan gambo. takde banyak cekadak. kikikiki aku lupa nama die ape. aku panggil beach boy jek hahahaha

  

ombak tinggi time ni. terlambung-lambung kitorg dalam boat. mau idaknya. langit dah gelap. nak hujan lebat. dalam hati berdoa hujan tak lama sangat. yela dahla kat tetengah laut ni kan. seram okeh.

kami menuju pulau idaman. idaman untuk sesetengah orang. pulau yang menjadi tontonan dunia. pulau yang difilemkan iaitu 'Maya Bay'. filem Leonardo dalam The Beach. aku tak tengok filem tu so tak tau sangat. tapi yang aku tau pokok-pokok kelapa dalam filem tu sebenarnya di tanam. bukan tanaman asal. dan telah pun dicabut kembali untuk mengekalkan pemandangan asal Maya Bay.


Maya Bay ni takdelah besar sangat pun pantainya. agak private. patutla pun jadi tempat shooting. tapi memang cantikla. pantai die pasir putih halus. air laut membiru. ombak pun sesedang jek.


mintak tolong agent boat kitorang amik kan gambar. sempoi jek. dahla banyak mulut. suke buat lawak dah macam wahid. siyes. ade saje mende nak di cakapkan. kat sini diberi masa dalam sejam. sebab lepas tu nak ke pulau seterusnya. da tahap kebuluran dah time ni. tapi tahannnnn!

kitorang jenjalan pulau jap. kat disebalik pulau best jugak ade port lepak2. dekat ngan kawasan toilet. memang cantikla. dorang jaga. bersih jek. yang paling penting indahnya ciptaan tuhan.

memasing berendam sekejap jek. sebab sebenarnye tetibe rasa sejuk semacam. bila berendam tu takdela sejuk sangat. suam-suam skit. hihihi






tak sampai setengah jam kat Maya Bay ni hujan turun dengan lebatnya! nasib baik sempat lari berlindung. berlindung bawah bukit. dah amcam gua pun ade jugak sesikit. ade jugak yang agaknya kulit biawak tak reti sejuk. hujan tengah lebat pun selamba dek jek dok berendam lagi!

aku rasa dorang memang tahap menghayati betul ciptaan tuhan gamaknya. hihi. aku tahap menggigil2! siyes time tu tak tau nak peluk sapa. nak peluk akak aku tapi die dah peluk laki dia. sian aku peluk diri sendiri sorang-sorang. #eh??hahahahah


takut jugak time ni. dok pikir bukan-bukan pun ade. nampak ombak besar datang dari jauh menuju pantai. tapi alhamdulillah sekejap je. dalam 15 minit dah berhenti. nextttttt!




dah macam free show pun ade. hihihi. ini adalah Monkey Island. sebabnya yang dok kat pulau ni sumenye cik nyet akak monyet. kalo berani nak berkawan ngan dorang silela join sekaki. sesambil buat bbq cik nyet. hahaha

tapi pantai monyet ni memang cantik. air dah la biru. jernih giler! pandai betul monyet ni cari port. sini memang tak dibenarkan turun. boat parking dari jauh je. ni salah satu boat turun bagi monyet makan pisang. tapi agak ganas jugakla cik nyet ni sume. nak main terkam jek!


aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh perut semua orang. apalagi kalo bukan acara makannnnn! hihihihi. perhentian seterusnya adalah Phi Phi Don. inilah dia pulau Phi2 yang menjadi buah mulut. biasa jek. macam pulau perhentian jugakla. sini sume ada. 

kat Phi Phi Don ni jugak banyak port best nak tido. korang boleh jugak survey. kakak aku kebetulan kawan die tido sini. tapi die kate takde ape best sangat pun. biasa jela.


tahap kebuluran. tapi ini je menu. redha jela. makanan sini halal yek. yang masak yang tolong hidang pun pakai tudung. akak aku dok cuit-cuit tanya aku halal ke? aku cakap dijamin. sebab ade kawan aku dulu pernah pegi die cakap sengaja termasuk dapur, padahal sebenarnye memang nak pegi spy pun. die cakap yang tukang masak pakai tudung. so tak perlu risau.

tapi kalo ko rasa was-was jugak takyah la makan. 

kitorang tak amik masa lama nak makan. sebab kitorang nak jenjalan. dah sampai tu harung jelah terus kan. bukan selalu boleh sampai.






malas nak menaip. sakit perut. layan gemabra jelah yek. hihihi






kalo duduk sini aku rasa sehari aku dah abis tawaf satu pulau. hihihi. takde yang menarik sangat. biasa je. harga pun lebih kurang sama je dengan Ao Nang. takdela harga sampai ebrganda-ganda macam pulau kat malaysia.

yang membuat kan mat dan minah salleh suke kat sini adalah sebab pulau ni tenang. aman jek. siyesly aku suke jugak. memang port best la nak lepaks dalam seminggu.


inilah menjadi idaman aku. memang banyak betul aku duduk sorang-sorang area longtail boat ni. fefeeling. kihkikhkih. yang lain-lain ntah kemana-mana. aku melayan tangkap gambo boat jek. tak taula apesal macam teruja sangat tengok. sukeeeeeeee sangat!

ha hamik. berapa kali repeat cakap suke ntah. lepas ni tolong la mane2 hire aku jadi tukang promote pulau dalam malaysia. aku promote habis-habisan khazanah negara. nak2 boat sampan yang ada. terutama boat ikan!hihihi

dalam 2 jam kat sini. terus aktiviti seterusnya. aktiviti yang terakhir. iaitu snorkelling!!

ni paling sadis nak cite. gambo snorkelling takde nak tunjuk. sebab hp aku sampai skang tak siap-siap lagi. tak taula cine tu dah jual terus ke hape hp aku kan. kate 2 minggu pi hanta warranty. ni dah masuk 3 minggu weh!


ni lah agent yang tolong amik gambo kitorang. sikit-sikit buat lawak. perut dah la boroi. berangan nak jadi Leonardo. die cakap die lagi hensem dari Leonardo. kahkahkahkah okeh tak baik gelakkan orang. hihihi lepas penerangan pasal snorkelling terus memasing amik kelengkapan dan terjun tiruk!!

tapi takleh tiruk sangat pun sebabnya air laut agak cetek. aku yang rendah ni pun turun-turun kaki dah cecah batu karang. syok sangat mandi naik atas boat tengok2 kaki dah berdarah. syabas!! takdela teruk. luka jek sikit kene batu karang. sile berhati-hati yek.

bagi mandi dalam sejam setengah. cantik memang cantik. tapi baru lepas hujan so air keruh sikitla.

setel mandi terus balik!! yeaayyy boleh terjun swimming pool pulak hihi kitorang sampai hotel pukul 5pm. terus get ready pulak untuk next aktiviti =)

To Krabi wit Love - Phi Phi Island Tour 1


posted by ceklala

3 comments

hai korang. how's weekend? 

aku lari balik kampung jap. giler bosan okeh dok kl sensorang. dah mati kutu aku tak tau nak buat apa. padahal punyala berlambak shopping kompleks kan. tapi kalo dah berjalan sorang mau tak bosan kan? dahla kat uma pun aku sorang. sampai kekadang terpaksa cakap ngan pokok nak kasi ilang stress!hahahah

ok jom sambung cite krabi. korang dah bosan? ahhh lantak! aku pepenat pilih gambar nak kasi korang tatap ni tau, so silela hargai kesungguhan aku ni hihihi


setelah hampir 45 minit sampailah kitorg ke pulau yang pertama. yeayyyyyyyy tak sabar! cantik kan air laut biru hijauuuuuuuu! sejuk jek mata aku ni pandang.

dan aktiviti sebaik menjejakkan kaki ke pasir pantai yang putih halus tu adalah.....


melompat lebih tinggi!!! hahahaha. berapa kali shoot barula ok. kalo idak kang sorang kat bawah dua kat atas. kang lagi satu shoot sume baru nak naik. heh sakit perut gelak-gelak nak dapatkan shoot ni tau! sambil lompat sambil gelak!kikikiki

aku lupa sebenarnye ape nama pulau 1st ni. nanti dah ingat aku bagitau yek. aci tak?hihi




sempat la berendam kejap dalam 10 minit. memang selalunya camtu pun. kat langkawi aritu pun aku mandi tak lama. ko giler hape time tetengahari panas buta mandi laut. walaupun pakai sunblock!

ceh padahal dah memang sedia gelap pun. saje taknak ngaku. kikikiki

kat sini dia bagi masa 45 minit. itu pun rase macam kejap sangat. jenjalan jap, berendam kejap, tangkap gambar jap alih-alih dah abis 45 minit. ade jugak yang lambat. tak perasan or tak tengok jam agaknya kan. takpela. kate pun bercuti kan. haaaaa! island ni namanya 'Bamboo Island'!! yeayyy dah ingat!hahahaha


ini adalah 'cave man'. orang yang tinggal dalam gua atas laut. cantik giler tempat nih. dengan air laut membiru. ini adalah perhentian ke-2. kat sini kejap je. die berhenti bagi tangkap gambar then tengok sekeliling terus jalan.


sempat mintak tolong pembantu bot tangkap kan gambar. aku memang dok tepi skali kat tempat enjin. sebab nak tangkap gambo. kalo dah duduk ke dalam memang ko tengok muka orang jela. buat ape kan. kalo model cun ke ok jugak ini.....hmm abaikan hihi

then terus ke perhentian seterusnya. dia macam masuk ke dalam kawasan teluk. air cantik giler. dahla jernih. memikirkan aku tak pandai berenang jek. kalo tidak memang dah selamattttt! dahla nampak coral ngan ikan kat bawah tu melambai2. tahannnnn!




inilah yang aku suke pasal pantai dan pulau. tenang je. itu yang aku cari.

sejuk mata memandang. memang cantik ciptaan allah. alhamdulillah bila pikir balik aku berpeluang pergi ke tempat-tempat yang memang cantik. bila tenung gambar ni lelama rasa nak pergi balik. eh tapi nak dok kat situ terus. taknak balik. bole?hahahah






antara pic feveret aku. aku suke benor tangkap gambo boat kayu panjang nih. unik sangat pada aku. kebanyakkan pelancong yang nak kan private, bole sewa boat kayu panjang ni. takde sharing ngan orang lain.

suka hati ko la nak kuak lentang ke gaya kupu-kupu ke dalam boat tu. takde orang marah!hihi

sape rase nak honeymoon relax-relax sesuai sangatlah ke sini. tak mahal dan tak renyah pada aku. tempat yang cantik dan menarik untuk di explore.