Kawan-Kawan

Archive for 2013

Kisah Lama Dolu2...17 tahun punye cerita


posted by ceklala

No comments

perut tak bape sedap, pastu pening lagi..pening lalat orang kata...kat luar dahla sejuk kemaen brrrrrrrr!

ade mase skit ni baik cecepat update, idak kang memang ntah zaman bile lak nak nyambung ye dak hihi. dalam entry lepas ade kau cakap aku kawen dengan suami yang dah 17 tahun tak jumpa kan? iye memang benar ibuk ibuk bapak bapak sekalian

sebenarnye aku dan suami sekelas masa darjah 6 tahun 1996, dan memang itulah jugak masa terakhir jumpa. masa sekelas dulu takdela beria kawan pun, sebab die cakap aku budak baik die jahat hahahahha bole gitu? aku pun rasa walaupun kitorg sekelas aku memang tak bergaul or bercampur pun dgn die sbb aku dedulu memang takut skit ngan lelaki hihi

haish dah terberenti 10 minit. emergency panggilan toilet  T____T

aku sambung balik cite. last time aku jumpe die hujung tahun lepas tak silap, mase tu kat traffic light area umah, die dalam kete die dan aku dalam kete ngan mak ayah aku. mase terpandang tu aku pandang jela die dalam sekilas gitu pastu senyum pastu pandang tempat lain, aku memang gitu kalo pandang orang, kalo dah jalan pun banyak pandang bawah kotttt

mengenangkan aku macam perasan die budak sekolah lama la aku pandang dan senyum, kalo tak kenal ko ingat aku giler nak buat camtuuuuu?

mase jumpe balik setahun lepas tu die ade jugak bukak cite pasal kes kat traffic light tu, die pun cakap die kenal aku tp die tau aku tak kenal die sangat, die cakap ape tau "saya dok cari jugak budak yang senyum kt saya kt traffic light tu tapi tak jumpa dah lepas tu" alololo comelnye cakap camtu nihhhhhhh

tapi tu la kan takdir allah, jumpa lagi skali terus naik satu kereta, borak2 pastu tak lama pastu eh ajak kawen terus! hahahhaahahah itulah dia Jodoh Rahsia Allah :)

Tak Kenal Tak Semestinya tak Cintaaa


posted by ceklala

No comments

assalamualikum semuaaaaaa...

haaaaa nampak tajuk? kemaen kann setelah lama menghilang hihi ampun..lama giler tak berupdate belog. maafkan saya. bukan sengaja.

sebenarnye dah lama nak update tapi lupa password daaaaaaaaa hiks. puasla menggodek ape kenama la password tak ingat-ingat! hahahahha

ye yee nanti saya update gambo kawen yek. ramai dok sibuk tanye best tak kawen??

giler tak best!! hahahaha mestila best.

meh nak cite skit yek.

aku ngan husband tak amik masa lama pun untuk bertunang dan bernikah. yes kitorang tak pernah bercinta pun. percaya lah cakap aku cinta selepas kawen tu memang indah allahuakbar tak tau nak ungkap, hanya mereka yang lalui je tau :)

memang mula-mula kami hadapai kesukaran, 2 minggu pertama kawen tu toksah cakap lah hari2 kot bergaduh hahaha. yela masing-masing macam tak boleh terima orang baru kot. kami jumpa 5 hb 5 dan kami nikah 6 hb 9. nampak tak 4 bulan jek masa. dalam 4 bulan kami kenal, merisik, bertunang dan berkahwin! padahal sebelum ni 17 tahun tak jumpa okehhhh. Allah tu maha besar, maha penyanyang...

kalo dah jodoh tak kemana. percaya pada jodoh dan paling penting percaya pada allah yang telah menetapkan sesuatu untuk hambanya :)

k lah nanti sambung yek..daa


Officially....


posted by ceklala

3 comments



alhamdulillah..dengan sekali lafaz..we are now officially husband and wife :)


dah sah baru boleh pegang tangan..baru boleh pegang-pegang peluk2 hihi. tarikh 6/9/2013 alhamdulillah tarikh keramat bertukar status buat kami berdua. semoga perkahwinan yang di bina insyaallah berkekalan ke akhir hayat. harap semua mendoakan kami..

dalam masa 4 bulan semuanya bermula. kami berjumpa kembali setelah 17 tahun tak berjumpa. jodoh itu ketentuan allah. memang benar kita mampu merancang dan yang menentukan allah jua :)

berjumpa 5/5/2013 semasa mengundi di sekolah lama kami pernah bersekolah. dan 6/9/2013 kami sah sebagai suami isteri. agak cepat tapi itulah jodoh...

ramai yang pelik kenapa cepat sangat. ada yang terkejut sebab katanya tiba-tiba. tapi kenapa perlu dihebohkan kalo belum confirm ye dak hihi. ini skang dah confirm baru kite heboh2kan. yela awak tu bukan artis nak heboh sangat pun kannnn

insyaallah lepas dapat gambar2 dari official photog nanti kite upload lagi k. pengantin ade 2-3 keping je pun, yela tak kan nak tangkap gambar sendiri ye dak hihi

doakan kami.. ^_^


Seminggu lagi...


posted by ceklala

2 comments

salam jumaat!

alahai berhabuk bersawang sangat dah ni lahaiii..bz bebenor akunye pun haaaa..

yela memang sedia maklum aku kalo nak cuti je confirm2 la time tu keje bertimbun masuk..kalo idak tu takde plak kejenye..dok melanguk je hari-hari kat opis makan tido main tenet tiap masa hihi

aku idup lagi. alhamdulillah masih dipanjangkan usia. cuma tu la bz sangat ha. rumah pun tak abis berkemas lagi nih. minggu depan da cuti uwaaaaaaa. ada sape2 nak tolong?

persiapan so far alhamdulillah ok. biasela makin dekat hari makin dasat dugaan yang datang. banyakkan bersabar je. nak kire nangis tu rase aku dah berbaldi-baldi dah! hahahaha

insyaallah lepas kawen nanti aku update la segala persiapan yang aku buat yek..tapi tu pun memang insyaallah la kalo tak bz hihi. takmo aku janji kosong orang kate tak baik. insyaallah yek

semalam setel fitting baju sanding. aku anta tailor jahit baju nikah and sanding tapi kat dua tailor berlainan. so far dedua ok. baju nikah je tak siap lagi nih. insyaallah sume siap :)

ape pun aku mohon doa pada semua agar doakan majlis aku berjalan lancar, dan rumahtangga yang bakal di bina diberkati dan dirahmati serta kekal bahagia ke akhir hayat...doakan aku yek ^_^

seminggu je lagi! hihi

Cita nan menggunung


posted by ceklala

No comments

ya...cita-cita dan impian aku memang tinggi. tinggi melangit orang kata.

eh ini tidak ade kene mengena dengan persiapan menjadi bakal seorang isteri ye..tidak sama sekali. tapi ada kene mengena dengan ini blog.

cita-cita dan impian aku menggunung tinggi nak update blog setiap hari. kalo boleh setiap jam! hahahaha over tau! tapi apakan daya. aku manusia hanya mampu merancang. 

asal bukak blog je nak update aku blur.

bukan takde cerita. banyakkkkkk. tapi tak tau nak start mane dulu. penyudahnya? bersawang. sekian.

Ehh dah nak raya??


posted by ceklala

1 comment




Dengan rendah hati, aku memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap, tersilap kata tersalah bahasa..aku manusia biasa tak lepas lari dari buat kesilapan...mohon jugak dihalalkan jika ada termakan dan terminum yang aku tak sedari

kejap je rasa puasa tahun ni, pejam celik ehh lusa dah nak rayaaaaaa!

petang ni dah nak balik kampung...balik kuantan dulu then sampai kuantan terus balik jb pulak. tahun ni raya uma atuk aku kt kempas dulu pagi raya. dekat 5 tahun dah lepas sembahyang raya baru balik. tahun ni nak ada sane malam raya, seronok!

paling best balik jb ni sebab jenis bebudak main mercun dok berbalas2. ko bunyik kuat camni sat lagi ko dengar la kampung sebelah atttck balik dengan bunyik lagi kuat! itu memang memori paling best la pada aku. duduk kat tepi tembok depan umah atuk aku sambil dengar orang bertakbir...

allahhuakbar..perasaan yang tak tergambar..

pada yang memandu pandulah dengan berhati-hati. jangan nak laju2 sangat, tak kemana pun kampung tu. ingat jugak orang lain yang sama-sama gunakan jalanraya. ingatan untuk aku jugak ni :)

jumpa lagi. selamat hari raya semuaaaaaa!





Bertukar Status....


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum...

iye....sudah hampir sebulan lebih bertukar status menjadi tunangan orang pun hihi...alhamdulillah dipermudahkan segalanya..

benar kata orang, jodoh itu di tangan allah...bila, dimana, dengan siapa kita tak kan pernah tahu. mungkin yang tahun lepas berlanggar bahu dekat shopping mall dengan kita tu lah jodoh kita, cuma masa belum sesuai allah tak temukan lagi...insyaallah nanti sampai masa dia muncul la balik. betul tak tipu! hahahaha

aku bercakap dari pengalaman.

aku berjalan ke sana ke sini, sampai ke luar negara mencari diri mencari jodoh sekali jugak kot2 la terjumpa kan hahahaha tapi nan adooooo hihi. allah cakap jodoh aku tak payah pegi jauh2 pun, depan mata je dia ada. cuma selama ni die tak munculkan diri. belum masanya....

skang dah muncul...insyaallah sebulan saja lagi hari yang dinanti akan tiba. persiapan nak kata rancak tu biasa2 je pun, mungkin selama ni memang dah keje buat event kawen n dah biasa dengan kerja2 kawen so dah pandai manage. tapi biasala, mana yang patut di dulukan harus di dulukan ye

skang ni lebih pikir untuk hari itu dan hari selepas...alhamdulillah dapat tunang yang sangat baik dan memahami :) 

terima kasih allah....




#BajuRayaProject - Program amal untuk mereka yang memerlukan


posted by ceklala

1 comment





mungkin ada antara korang yang pernah nampak poster ni kat fb atau twitter kan? ini adalah antara projek terbaru group aku iaitu @Twtupkaseh :)

kami mengumpul baju-baju raya seperti baju kurung, melayu, jubah dan tudung untuk diagihkan kepada mereka2 yang memerlukan. baju yang diberikan kebanyakkannya baju terpakai yang masih elok yang telah kami pilih terlebih dahulu

idea spontan yang datang dari founder kitorg iaitu Aida rupenye memberi impak yang sangat besar buat semua termasuk kami jugak. asalnya kami hanya buat kecil-kecilan, tapi kuasa allah ramai yang datang membantu dan jugak selepas satu-satu media datang membuat liputan..alhamdulillah :)

baru saja berakhir kelmarin kutipan selama sebulan lebih. mula-mula kami hanya war2kan pada kawan terdekat, tak sangka ramai yang nak join jugak. pengumpulan bermula mengikut tempat kami tinggal seperti di cheras, ampang, petaling jaya dan damansara. tapi sebab terlalu banyak respond akhirnya kami bukak untuk ramai orang bertempat di masjid shah alam.

antara yang menderma di masjid shah alam

di shah alam kami dapat respond yang sangat2 baik...alhamdulillah. pengumpulan dari jam 10 pagi hingga 1 petang. jam 2 petang kami sudah pun bergerak ke rumah2 kebajikan yang terpilih. untuk hari itu shaja kami ke 5 buah rumah untuk mengagihkan baju2 yang diberi. alhamdulillah dipermudahkan..

timbunan baju yang diderma di masjid upm

 sekitar pengumpulan di masjid upm


alhamdulillah kelmarin kami berada di 2 tempat iaitu 1 mont kiara mall dan jugak pengumpulan secara besar-besaran di masjid upm. selesai menghantar semua baju2 yang diderma ke 6 lagi buah rumah. antara rumah yang mendapat sumbangan dari kami adalah ibu tunggal, anak yatim, madrasah & maahad tahfiz, rumah orang tua dan warga emas dan juga rumah oku dan istimewa

walaupun sudah selesai tapi masih ada yang bertanyakan kepada kami mengenai baju2 yang ingin di hantar. dah nak raya kitorg pun dah nak get ready untuk persiapan raya pulak hihi insyaallah di masa lain akan buat lagi.

paling terharu adalah media2 yang datang membuat liputan seperti RTM dan juga Era.fm. kami telah pun keluar di MHI, Bella NTV7, Astro Awani dan jugak NSTP. semuanya berkaitan bajurayaproject..alhamdulillah :)

selepas ni kepada yang masih lagi nak menghantar baju boleh dengarkan radio era.fm kerana skuad era akan berada di seluruh malaysia untuk terus mengutip dan menghantar terus baju2 yang diberikan kepada yang memerlukan. insyaallah mudah-mudahan usaha murni kami ini diberkati allah....amin.


 antara rumah yang menerima kunjungan dan sumbangan dari kami


Penghuni Rumah Bakti Hulu Kelang, KM11, Jalan Hulu Kelang 
yang baru sahaja kehilangan tempat tidur akibat litar pintas



Juadah Pilihan Berbuka Puasa


posted by ceklala

1 comment

bebulan puasa ni biasala...nak update blog memang agakla susahhhhhhh sangat. bukan ape, dengan panas dan penat dan laparnye hihi so agak tak berapa nak produktifla citenye hahaha tapi patutnye bebulan puasa ni kene lebih produktif ye dak

tapi tu la, aku bebulan puasa tahun ni macam lemau jek..apesal ntah

korang puasa2 ni masak ke beli yang banyak? aku tetengah kire sama banyak la. aku gi bazar pun baru 2 kali tu pun just gi beli tepung pelita pastu balik terus. takde nyinggah2 cuci mata beli lauk ke ape memang takde. so meh nak share antara menu buka puasa aku tahun ni :)

mapley bandar sri damansara - tomyam, daging merah, telur dadar

 masak - ketam telur masin, siakap stim limau, kailan ikan masin, ayam tandori

masak - tomyam ayam, cendawan goreng, bubur cha cha

sambal ijau kg pencahala - ayam goreng, sambal ijau, siput lemak cili api, keli bakar, ulam, sayur campur, sambal tempoyak, sambal belacan

 food foundry - salmon n shrimp spagetti

 ketam village steamboat

kokopelli - fried kuey tiow


haaaa amacam? terliur? aku pun perut terus bernyanyi riang lepas tengok sume gegmabo nih! hahahaha. paling best spageti food foundry tu...fuhhh mengancam jiwa dan raga aku betul laaaaaa

semalam masak, arini pun masak. mood masak dah sampai balik. so kenela rerajin skit ye dak hihi. menu arini ayam masak halia, sayur campur dan kerang rebus! fuhhhh harap bertambah la makan nasi arini hihihi


Pengalaman Ponteng Puasa


posted by ceklala

1 comment

assalamualaikum dan salam jumaat sume!

dah hari ketiga umat islam seluruh dunia berpuasa. alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati ramadan tahun ini lagi. korang-korang jangan ponteng pulak yek. 

dah besar tua bangka kan tak kan ponteng jugak? ke memang ade yang dah start ponteng? puasa yang yok pagi-pagi bukak periuk hihihi

pagi tadi mase otw pegi opis tetibe teringat pulak zaman memula puasa dulu. ada jugak kes time dah besar panjang tapi tu bukan kes ponteng tapi siyes terlupa!

dulu mase kekecik time sekola rendah balik sekolah memang flat punye! yela pegi balik sekolah jalan kaki je pun. nak kata dekat sangat tu tak jauh sangat pun idak. kire basah jugak la ketiak tu. nak pulak time tengahari rembang tu kannn

sampai uma biasala balik tu mesti mandi. selalunye mesti..mesti ok sesambil tadah air paip minum skit! hahahah siyes haussssssssss sangat! normally lapar tu tidak cuma haus jela. dan jugak every time amik wudhuk mesti lepas kumur tu bebuat tertelan skit air paip tu hihihihi

tapi tu zaman bebudak la. baru-baru start belaja nak puasa katakan

ade lagi satu kes yang aku ingat mase tu study kt perak. otw nak pegi kelas..pagi. aku dengan selambanya pegi makan gula-gula! dari bilik ke asrama lebih kurang dalam 1km jugakla jalan kaki ke fakulti. sampai je fakulti gula-gula tu abis pastu aku duduk termenung jap tunggu member sampai. rasa macam ade mende yang missing..tak best. pikir punye pikir rupanya baru teringat aku tengah posa!

nasibla takde yang nampak. kalo idak maluuuuuuu hihihi

banyak jugak aku dengar pengalaman orang lain berpuasa. bukan sengaja la pun, memang tak sengaja atau terlupa pun. jangan pulak jadikan alasan kekonon terlupa k padahal memang tau. dah minum air oren segelas baru sedar puasa. selalu terbabas kalo time nak rasa masakan la masin ke idak kann

selamat berpuasa semua! :)


Ramadan Al-Mubarak 1434 Hijrah


posted by ceklala

1 comment

assalamualaikum...

selamat berpuasa buat semua..aku mohon maaf segala salah dan silap..semoga ramadan kali ini 
lebih diberkati allah insyaallah.. :)






jangan buat-buat lupa baca niat pulak k, malam ni dah start boleh baca hihi


Jerebu oh! Jerebu


posted by ceklala

1 comment

hai!

musim jerebu ni harap semuanya jaga kesihatan. minum air masak bebanyak..jangan buat aktiviti di luar rumah. kalo boleh tutup segala tingkap dan pintu. musim macam ni memang sangat senang nak dapat penyakit.

aku yang di cheras ni boleh namapak makin hari makin meningkat bacaan ipu. dah mula sakit tekak dan pedih mata. kadang2 pening. itu sume tanda2 awal penyakit disebabkan jerebu. kalo korang memang kerja di luar pakaila mask ye. mengelak lebih baik :)

mask boleh didapati di hospital, klinik dan jugak farmasi. kalo ada anak2 di rumah nasihatkan supaya tidak bermain di luar ye sehingga keadaan kembali reda

agak kebizian di opis sebenarnye, tu yang seminggu sekali je dok update hihih jangan marah yek. actually aku nak update pasal 2 cerita tapi tunggula yek, sampai bebetul aku dah free k

pada yang teka mengenai instagram aku minggu lepas kemana sumenye salah! ramai bagai jawapan thailand kan tapi sebenarnye aku pergi negara jiran thailand. kemana?

vietnam!

kalo dah sampan ngan topi tu dan motorsikal banyak tu memang trademark di vietnam la pun. insyaallah nanti aku update pasal trip ke vietnam k. nak sharing2 jugak dengan korang yang teringin nak ke sana. tapi insyaallah aku akan repeat balik vietnam. sebab nak amik stock barang. vietnam memang best shopping!! hihihi


Rabu dengan Gambar - Instagram orang bercuti


posted by ceklala

2 comments













ha sapa terer cepat bitau aku pi mana baru ni? nak bagi hadiah gegula getah nih! kekekeke


kek besday gula-gula?


posted by ceklala

2 comments



selamat hari jadi!!!

untuk sapa lagi kalo bukan diri sendiri! hahahahha. tak lupa jugak buat kembar aku yang berkongsi satu perut dan satu uri dalam perut mak kitorg hihihi

moga dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. semoga allah memberkati segala yang aku lakukan.

ade sesapa nak sedekahkan kek rainbow gegula macam dalam pic ni untuk aku tak? pelisss

yang keberapa? ahh tak payah tanya lah. tapi kalo nak tau jugak semestinyelah yang ke 19 tahunnnnnnnnnn! kekekekeke

 


Kursus Kahwin TTDI


posted by ceklala

3 comments

halluuuuuuuu

amboi! kemaen lama tak berupdate. kebizian la korang. biasala nak cuti lama kan. mestila siap-siapkan ape yang patut. barula time bercuti tak rasa terganggu. ececeh padahal tetapppp jugak terpikir nanti

insyaallah kamis sampai ahad ni aku jalan-jalan, bawak orang dan shopping skali. bukan shoppingla tapi istilah amik stock barang orang kirim lebih tepat. tapi yang paling utama aku bawak orangla. ade 15 orang kesemuanya. mudah-mudahan semua berjalan lancar :)

btw ni nak cite nih. sabtu dan ahad lepas aku baru saja selesai kursus kawen! yeayyyy alhamdulillah. banyak ilmu bermanfaat yang aku dapat. tak rugi pun pegi.

dan pilihan tempat aku memang tepat. dimana?

masjid at-taqwa, jalan datuk sulaiman, taman tun dr. ismail


pengisian yang cukup bagus dari ustaz dan juga ustazah. yang paling aku suke bila ada ustazah zawiyah. memang penceramah feveret aku tuuuu. seronok sgt! yang ustaz2 pun bestttttt! sume tak bosan. ade lawak2. yela kalo serius manjang je mau sume bosan kan.

hanya rm80 sahaja. btw katanya lepas ni akan ade ujian. dan yang paling latest start bulan depan tak silap aku akan mula 3 hari!

haaaaaa. pada yang belum pergi tu cecepat la pegi yek. kire aku nasib baik la soalan ujian tak siap lagi kate dorang. sape yang minggu ni dah kene da. hihihi

kalo berminat bole click link ni http://kursuskahwin.webs.com/

call je kak ana 012-978 3149 . kalo bole booking a week before yek. sebab memang full house!

selamat berkursus! :)

 
 

#Twtupkaseh bersama MILO di Badan Amal Nur Zaharah


posted by ceklala

1 comment

assalamualaikum....

amboiiiii kemaen lama tak update! harap-harap tak terus tinggal bersawang untuk sebulan hihihi. korang sume sihat? kemana peginye korang cuti wesak aritu? aku alhamdulillah ade 2 kejadian yang sudah berlaku dengan jayanya. 

jumaat, bertempat di Badan Amal Nur Zaharah Janda Baik pahang, aku dan jugak team #twtupkaseh sekali lagi datang beramai2 dan bersama-sama menggembirakan penghuni rumah. alhamdulilah telah selamat berlansung dengan jayanya.

walaupun sangat penat sebab terpaksa berlari kesana sini nak settle sume benda tapi aku puas hati sangat :)

event kali ni di sponsored penuh oleh Milo bersempena dengan #milobreakfastmovement. sangat seronok! volunteers yang datang seramai 25 orang bersama dengan adik-adik penghuni seramai 40 orang.

kesemua volunteers yang datang


antara aktiviti sepanjang hari adalah senamrobik, membuat sandwich paling kreatif, mini library, berkebun dan jugak membersihkan kawasan sekitar rumah. volunteers yang join kali ni pun sumenye sporting dan happening! thanks koranggggggg

ape pun nak ucap terima kasih banyak2 pada semua volunteers yang terlibat. paling seronok bila tengok adik-adik pun seronok. siap tanye bile lagi nak datang hahahha. alhamdulillah niat nak menggembirakan dorang tercapai.

bila nampak senyuman terukir, tiada kata-kata yang mampu diucapkan :)

 memasang rak untuk mini library


adik-adik seronok dapat makan aiskrim!




insyaallah kalo ade rezeki kami akan datang lagi. pada yang sudi membantu boleh sentiasa menghulur bantuan. mereka memerlukan bantuan makanan dan jugak pakaian. agak jauh dari kl tapi boleh jugak minta bantuan aku untuk menghantar kalo korang rase tak mampu nak pegi sane menghantar. 

sedikit sebanyak sumbangan yang dihulur insyaallah diberkati allah...



Rabu dengan 3 keping gambar


posted by ceklala

1 comment


nature


cold


peace




Petua Muka 'Glowing'


posted by ceklala

5 comments

hai korang =)

ade perkara baik bakal menanti, insyaallah kalo takde apa-apa halangan. ape perkara baik tu akan aku war-warkan kalo dah confirm yek. so silela bersabar dengan lebih lama lagi! hihihi dan mintak korang doakan yang baik-baiak aje untuk aku k

tengah takde cite menarik ni so ape kate aku kongsi satu lagi petua dengan korang nak? taknak?? taknak sudah. kecik hati iols tau  :(

aku dapat petua ni dari sorang kakak, yang telah mempraktikkan sendiri petua itu. dan aku ni korang tau jela memang suke sangat petua dari dapur iaitu petua yang barang2nye ko bole dapat dari dapur ko jek hihi

kali ni nak sharing petua 'glowing' kan muka. haaaa aku memang suke bab ni. yela sebab nak beli prduk memahal tak mampu kan. so bile dapat petua ni terus zassss masuk dapo dan buat! aku dah cuba 3 kali dan hasilnye memuaskan hati aku.

caranya mudah saja. hanya perlu 3 bahan. iaitu mayonnaise, madu dan lemon :)






caranya ambil 1 sudu mayonnaise dan 1 sudu madu korang campurkan sekali. perahkan sedikit lemon dan kacau lagi. aku selalu masukkan dalam peti sejuk kejap bagi sejuk kemudian baru sapu kat muka. so nanti jadi sejuk sedap jeeee! 15 minit cukup dah sampai kering kat muka. jangan biar sampai kering sangat ye. kire macam pakai mask la. lepas dah kering bole cuci guna pencuci muka biasa ataupun dengan air suam.

bole buat 2 kali seminggu.

selalunye yang aku buat asing-asing, kadang pakai mayo je kadang pakai honey je. means aku tau dua bahan utama iaitu madu dan mayo untuk lembabkan kulit je. tapi aku tak tau pun sebenarnye bole buatkan muka jadi glowing2 gittew hiks. lemon adalah bahan pencerah paling baik.

so untuk yang inginkan kulit lembut, lembab, glow dan jugak cerah silelah cuba petua saya ni yek! 

jangan malas-malas tau, selamat mencuba  :)


Bile nak abis cerita...PRU13


posted by ceklala

4 comments

salam jumaat...

haish abis bersawang kejap blog, almaklumlah kebizian. lagipun aku tunggu redha skit pasal PRU13. kat twitter ke kt fb ke tak abis2 lagi, rasa nak mute je sume! hahahah

adatla bile bertanding ade yang menang dan kalahkan. tak perlu nak pertikai. kalah kali ni bole cuba akan datang. kalo dah rezeki tu tak kemana. tingkatkan usaha. bukan time dah dekat nak PRU je baru nak tunjuk muka, kalo tidak asyik berselindung balik gua je. ehh? macam peribahasa pulak hihihi

aku bukan penyokong mana-mana parti. aku menyokong pada yang betul2 nak bangunkan negara, pada yang betul2 ikhlas menjalankan tanggungjawab. dua2 ada salah dan silap.

aku pun tak tau bile nak abis cite pasal ni. walhal sudah hampir seminggu pun. aku mampu tengok dan scroll je timeline. lepas satu-satu cerita tak enak di keluarkan. kenapa tidak bertanding dengan cara yang bersih? kenapa perlu ada rasa iri dan tidak puas hati?

tepuk dada tanya hati :)


Cuti PRU13 - Selangor & Penang


posted by ceklala

3 comments

Morning...assalamualaikum

ye aku KL, dan aku kat opis sebab arini tak cuti :(

ramai rupenye yang singgah sini nak tau pasal cuti arini, malangnye yang bercuti untuk hari ini hanyalah Selangor dan Penang sahaja. bersabar jela yek hihi aku dahla pagi tadi kul 2 pagi baru sampai umah! sampai2 terus terjah tv nak tengok kot2 la ade pengumuman cuti..sekali..hampehhh

takpela. marilah kite bekerja. asyik nak cuti je pun tak bole jugak ye dak hihi

aku taknak komen ape2 pun pasal politik sebab blog ni bukan blog politik dan aku tak suke bile masuk je bab politik ade saje nak di gaduhkan. terima keputusan dengan hati terbuka. semoga Malaysia terus aman dan makmur dan terus pesat membangun

jangan terlalu fanatik sangat. bergaduh bertumbuk disebabkan orang lain tak guna satu sen pun. baik pikir atau cari jalan nak perbaiki diri lagi banyak faedah. tahniah kepada yang menang, kepada yang kalah bole cuba lagi dekati rakyat dengan lebih kerap.

jangan pandai omong kasi tapi habuk pun takde. jangan tabur janji manis tapi tak pernah ditunaikan. anda sume pemegang amanah, jalankan tanggunjawab sebaiknya :)

kepada yang bercuti, selamat bercutiiiii!


bukti aku menunaikan tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia ^_^




Cuti Hari Pekerja 1 Mei


posted by ceklala

2 comments

selamat bercuti dan selamat hari pekerja buat semua warga malaysia!

pada yang bekerja tu sabar jela bebanyak ye, make sure company bayar double kat korang yek hihihi. ade yang nak berjalan-jalan ke mana-mana ke besok? 

aku tak pikir lagi, cuti sehari je tapi dalam kepala otak ni nak pegi PD la nak pegi Melaka la nak pegi Cameron Highlands la! nampak tak sewel sikit di situ hahaha

takut tetibe bangun tido besok pagi mood malas sampai akhirnye duduk rumah je dari pagi sampai malam hihi memang selalu pun jadi camtu =)



Edisi Jalan-jalan Cari Makan..


posted by ceklala

No comments

Morning! taknak cite banyak...

disebabkan aku ni penggemar tegar makanan hihi kali ni aku bawak korang tengok je makanan tapi tak bole makan sambil terliur tengok gambo-gambo makanan yang sempat aku snap semasa edisi jalan-jalan cari makan versi aku hihi

jom kite zassssss!


Salmon Quiche by Ben's General Food Store, Publika



Sushi by Sushi King, One Utama



Dol Sot Beef Bbibimbap by DubuDubu, Times Square



All Time Favourite - Wanton Noodle Soup by Oasis Foodcourt, Midvalley


Creamy Butter Chicken Burger by Wondermama, Bangsar



so ape tunggu lagi? bolela korang cari dan cuba ok! =)

instagram : @shukrinfaradiba

Rumah? sabar.....


posted by ceklala

No comments

salam jumaat...

banyakkan bersabar ye korang2. kemaen marah korang sume yek baca 2 post lepas, aku pun bole rilex je lagi, nak marah tapi macam tak kuasa...biarkan jela..aku ni tak suke sangat nak gaduh2 ke bising2 ni..sangat la bukan aku hihi

insyaallah...banyakkan bersabar ye sume hahahaha

aku ni buat-buat je cam rilex padahal dalam hati aku cuak jugak, rumah tak dapat lagiiiii oii hahaha, cuak cuakkkk. adela aku tepon sane sini..tapi memang jauh la dari opis, dengan jemnye dan dengan tol minyak kete sume tu kene pikir gak...normal dalam 600..tapi jauh sampai ke pj dan seri kembangan sane..hmm

aku harap sangat dapat rumah yg dedekat skit ni walaupun sewa tinggi, atleast kurang la skit kat duit minyak ye dak, takyah redah tol n jem sangat...2 bulan lagi dah nak puasa...kene pikir sume tu

dah kekemas skit dah barang, tapi tu la selagi tak dapat rumah dalam minggu ni or minggu depan aku memang bole nangis...yela dengan nak angkat barang lagi..aku dah ler sorang..atleast kalo dapat masuk awal tu blehla tiap hari angkut barang sesikit ye dak

doakan aku ye..di hari jumaat ni..mane tau doa korang makbul ke kan hihi...insyaallah..

taking care =)

Lagi Cerita Owner Rumah Tak Bertimbangrasa...


posted by ceklala

3 comments

semalam sampai2 je rumah perasan macam ade something bawah pintu rumah...rupanya tn umah anta surat. seeeeee nampak tak dah macam dolu-dolu jek zaman orang bercinta kannnnnn

bukak pintu aku amik surat tu...ingatkan 1 je rupanya ade 2!

aku ade amik gambo tapi takleh nak transfer pulak gambo. aku taktau ape lagi motif die nak anta surat bagai ke aku. dah suh kuar tu aku kuar jela. ko nak aku meroyan lagi ke? kang ko yang tak sanggup nak dengar karangggg  =__=

aku memang jenis tak minat sangat nak gaduh2 ke bising2 ni, sebab aku rasa mende2 camnila yang mengheret aku masuk neraka. simpan jela dalam hati, allah lebih tau kan. yang paling tak tahan bile die kata "terpaksa bayar" bil air tu. terpaksa? ko dah ketuk harga rumah tu sampai 3 kali ganda pastu ko bole cakap "terpaksa".....what???

surat tu adelah bil maintanance berserta sekeping note. tulis taknak kalah macamkan aku ni bodoh sangat. aku faham je sebenarnye tapi saje buat2 tak faham. dah ko pun as a tuan umah ade ke datang jenguk? dah setahun lebih buat diam je tak datang langsung tengok umah. bagus sangatla camtu?

yang membuat aku tak faham adelah kenapa cukai pintu yang kene bayar setahun sekali pun ko bagi kat aku? aku kene bayar jugak ke? baik ko jual je kat aku umah tu, 5 tahun duduk aku boleh setel bayar sume...termasuk jugak maintanance air beserta note jugak....adoiiiiii tolongla aku, aku tak tau kejadian ape yang melanda tuan umah aku tu sebenarnye, sampai mende kecik pun takleh nak bincang.

tapi takpela, aku bukan jenis minta2 ni. aku bole usaha. tak perlu susahkan orang. ko nak rumah balik? silakan amik. tapi jangan ko harap orang baru akan jaga rumah ko cemana aku jaga. aku jaga rumah ko macam rumah tu aku punye. tapi takpe, jangan gado2...kite cool rilex2 sudah  =)



Owner Rumah Tak Bertimbangrasa...


posted by ceklala

6 comments

selamat pagi! =)

walaupun arini isnin, tapi jangan nak 'monday blues' sangatlah kan. tak cecukup lagi ke 2 hari cuti? tapi kalo tanye aku memang tak cukup! sebab ape? sebab penat kehulu kehilir nak cari rumah.

ye aku kene pindah, short notice dari tuan rumah memang buat aku tak tenteram. aku tak taula kenapa ade bangsa sendiri yang sanggup buat bangsa sendiri jugak. menganiaya aku betul T_T

jumaat jam 6 petang tn uma msg, bagitau suh kosongkan rumah cepat. alasan memang tak munasabah la. nak tau ape? " sepanjang 3 tahun menyewa, tak pernah bayar maintanance air.." what????

aku rasa tn uma aku ni ade wayar short kot. memang berbakul2 la aku maki die jumaat tu tapi dalam hati je mampu. yela dengan takde bagai salamnye ape terus anta msg camtu, dahla tak bole nak consider langsung. macam kan aku duduk rumah tu free dan rosakkan umah die.

actually perjanjian awal adalah segala maintanance memang die yang bayar. sebab die charge aku 3 kali ganda harga sewa dari yang dikenakan orang lain, dan pulak if ade ape2 rosak kat rumah tu aku tak mintak suh potong duit sewa pun, dan jugak lagi aku dah cat baru setiap ceruk rumah tu...tak cukup baik lagi ke aku sebagai penyewa??

kadang tu la melayu, aku tau aku melayu, tapi jenis camni yang suke jatuhkan bangsa sendiri memang takleh nak cakap ape. cakap jela anak ko nak duk ke ape, janganla bagi alasan tak masuk akal camtu, ko ingat aku lepasan pmr ke ape kak oii? T_T

so skang ni dengan barang2 tak kemas lagi, rumah pun tak dapat lagi. aku tak bole nak sewa bilik sebab barang aku banyak. aku memerlukan sebuah rumah bukan bilik. sebabnye rumah aku dah complete macam orang dah kawen walaupun tak kawen lagi  =___=

aku dah cari kat mudah.my, aku dah cari kat setiap 7eleven berdekatan dan berjauhan sikit dari ofis dan rumah skang and tanye orang keliling pun takde..tolong korang......

aku cari rumah area bandar tun razak, desa tun razak, bandar permaisuri dan sewaktu dengannya...rumah flat pun aku tak kisah asalkan rumah...aku taknak jadi gelandangan..tido masjid sobssss T_T



Cerita PRU10


posted by ceklala

No comments

amboii kemaen rancak korang bile cite bab cuti yek. aku still tak dapat jawapan lagi pasal cuti pru13 6mei ni, if aku tau nanti aku update korang yek. insyaallah...

actually aku still teringat-ingat masa tahun 1998 iaitu pru ke 10 time tu, aku mase tu tingkatan dua. memang masa tu la aku terasa sangat yang negara tengah berkempen sakan. sebab aku pun terjebak sekali. bukan terjebak ape sangatla pun, cuma tiap kali orang pasang bendera aku pun dok sama nyibuk...dok tengok jela mampu pun hihi

kebetulan abang aku ngn kawan2 die pun join sekaki jugak. dorang diberi tugas memasang bendera2 di sekitar kawasan perumahan kitorang.

yang paling aku ingat sebenarnye sehari sebelum pilihanraya tu abang aku eksiden. terperosok bawah lori mase on the way balik rumah dari pasang bendera. sakan pasang bendera dari tengah malam ke pagi, mase nak balik tu la kene. eksiden dengan baju parti tu yang tak menahan kekekeke

aku tak tau abang aku simpan lagi ke idak baju tu. tapi memang tahun tu la aku rasa meriah sangat negara berkempen. mungkin jugak sebab ade kes yang jadi kat anwar sebelum pilihnraya tahun tu..

moga PRU kali ni dalam keadaa aman, tiada sebarang perkara buruk bakal terjadi, aku dah tak tengok berita sejak 2 minggu lepas, sebab aku rimas...aku nak tengok berita penting tapi asyik mende sama je bosan dah aku..

ape pun selamat berkempen...selamat membunag undi! =)


Cuti PRU13 6 Mei?


posted by ceklala

No comments

tadi dok berjalan kejap dalam blog aka blogwalking hihi dah pepetang ni takde ape nak buat pun selain tunggu balik kerja. kesempatan yang ada digunakan sebaiknya!

tadi mase berjalan terbaca kat blog jmr pasal cuti 6 mei, betul ke? sebab masa 1st time umum date pru tu pun aku macam dah terdetik dalam hati...amboiii siap berdetik bagai! hihi ok sambung cite. mase 1st time umum date tu aku mcm ehhhh kenapa hari ahad??

sebabnya kenela pikir mereka2 yang dok jauh tu nak balik kampung mengundi. takkan lepas je sesi memangkah nak terus pecut balik ke ibu kota. jauh tu satu hal dan dah tentu jem tak hingat punye ye dak. ade jugak ritu terbaca kat twitter ade yang kata mayb isnin tu cuti tapi takde pengesahan rasmi.

tapi kalo ikut kata jmr tadi hanya gomen yang bercuti bukan swasta. tapi company aku cuti ikut gomen, so adakah aku pun dapat cuti tambahan jugak tetibe??

sama2 kite nantikan. undi jangan tak undi. undi adalah rahsia! hahahaha

korang kata...


posted by ceklala

2 comments

salam jumaat!

sebenarnye kalo nak ikutkan banyak je mende aku nak sharing kat sini. maksudnye nak update blog la, tapi nanti kang korang kata mende kekecik pun nak update ke? so dats why skang ni jarang nampak aku berupdate. sebab taknak la udate mende yang macam sampah, takde kualiti bermutu. amboiih dah rasa macam ISO plak ade kualiti bagai nih kikikiki

takkanla aku nak balik kampung, aku makan ape, pegi beli barang dapo kat mana pun nak bagitau ye dak. kang korang kata aku gedik. no no no. iols tak gedik okeh! hahahaha

tapi actually everyday aku akan manfaat kan masa aku untuk blogwalking. yes everyday! tak pernah miss untuk pegi blogwalking blog kawan2. cuma jarang tinggalkan komen. tapi yang penting aku ada! silent reader orang kata =)

k la nak pi sambung blogwalking jap. jumpa lagi. tata titi tutuuuuuuu..

(again arini update sampah jugak. soryyy)

Budget Trip Agent


posted by ceklala

2 comments

hai korang..

sory. tak tau bile nak update pasal trip jakarta. takde mood. tak tau mane hilang. pegi jalan2 jugak kot. tapi rasenye takde pulak aku tinggalkan mood aku kat jakarta. no no no. hahahaha

kite borak2 je bole? tapi nak borak ape? hihihi

untuk yang tak tau, sebenarnye skang ni aku tengah berjinak2 untuk buat travel agent sendiri. agent tak berdaftar la tapi hihi. buat suke-suke je pun. skang ni tengah arrange trip ke Ho Chi Minh, Vietnam untuk 20 orang pegawai polis dan bini dorang. ade yang nak join skali ke? 

harga? hanya rm1500 sahaja all in. murah kan? murahhhhhh oii! hahaha. rm1500 ni untuk ticket flight return, makan, transport kat vietnam, hotel, tax, guide tipping dan jugak entrance fee.

dan jugak baru sudah setel kan trip untuk 10 orang ke Pulau Perhentian, Terengganu. yang ni hanya rm400 sahaja per pax untuk 3 hari 2 malam. siap tiket bas return dari kl, return feri ticket, chalet, snorkeling trip & island hopping ke redang dan jugak makan semestinya. ade bbq lagi okeh!

untuk yang Krabi aku tengah usha, dok cari no tepon akak kelantan kat ao nang tu tapi tak jumpa plak, tapi nanti aku try usha yek. aku tau ramai yang singgah blog ni nak tau pasal krabi kan. so lepas ni kalo ade sesapa nak cuba try budget trip ngan aku sudi-sudi la drop comment or email aku yek. insyaallah aku tolong dapatkan best price!

harga bole kautim maaaa! hihihi =)

jom jalan-jalan!


#bubar


posted by ceklala

No comments

pagi!

tak tau nak merepek meraban ape. pasal trip yang baru ni nanti dulu yek, tunggu mood datang. (padahal ntah bile nak ade mood ntah)  =______=

semalam kalo bukak fb ke twitter ke sume dok cite pasal BUBAR. yela pembubaran parlimen yang di tunggu2 la. jangan lupa jalankan tanggungjawab korang sebagai pengundi yek. 1 undi pun dikira sebagai penentu masa depan negara. pilih secara berhemah bukan ikut hati.

memang undi tu rahsia, tapi pikirla elok2. aku tak berminat sangat dengan politik tapi atleast aku amik tau sesikit. yela taknak jadi katak duduk bawah tempurung orang kata. hiks

bila PRU13 akan diadakan? kita sume tak tau. tunggu jela dalam masa terdekat ni. pada mana-mana yang belum register tu aku taktau masih sempat lagi ke tidak untuk korang register. tapi dengar citenye alhamdulillah semakin ramai pengundi berdaftar untuk kali ni :)

undi dengan bijak.

Wordless Wednesday


posted by ceklala

No comments



Hello Jakarta!!




Terbang lagi!


posted by ceklala

No comments

baju-baju dah siap pack. toiletries bawak yang kit jek, senang kekecik. lagipun aku bile travel bukan spesies nak make up bagai. padahal kt sini pun tak make up. malassssssss! hahaha

total sume dah siap masuk dalam bag. kali ni bawak back pack je, malas bawak beg troli sebabnye aku tak beli luggage pun. ntahla takde rase excited sok nak gi bercuti ke ape pun. bawak baju pun 3-4 helai jek hahaha

mayb sebab tak tau nak gi kemana kot bile dah sampai. sebab selalunye aku pilih destinasi pantai atau pinggir bandar tapi kali ni ke tengah kota, so agak blur skit..harap sumenya okla

kemana? ohh tunggu laaaa minggu depan. short trip je 3 hari. 2 jam perjalanan sahaja. pegi ngan mak ayah aku. just kami bertiga. suwitttttt sangat kan! padahallllllll haktuihhh! hahaha anak mithali namenye ni berjalan ngan mak ayah

jumpa korang minggu depan...insyaallah..babai

cam biasala iols cheapskate so naik air asia saja dengan tema 
"now everyone can fly" murahhhh! hiks


musim orang sakit


posted by ceklala

4 comments

assalamualaikum....

bukan orang kawen je ade musim, orang sakit pun bermusim ye jangan tak tau. sama jugakla aku ni ha. minggu lepas sehari je update, lepas tu hilang dalam lautan...sebenarnye tak sihat. keracunan makanan, bersama dengan gastrik. amacam best tak package?

aku memang spesies susah pegi klinik, sebab aku sakit hati bile aku masuk dalam, doc cakap aku ok, stress oiiiii! aku dah macam hape sakit die bole kate ok. nyampah okkkkkk

jumaat lepas anak buah aku si sofia tu masuk spital, jangkitan paru-paru katenye. plus jugak kahak banyak sangat. bebudak skang memang selalu sakit. ni kali kedua si kecik tu masuk spital. sampai ke arini tak kuar lagi. kelmarin abang die pulak masuk, demam panas, dok la katil sebelah2. hihi comel je memasing. abang nyanyi2 dalam bilik adik tukang menari, dah macam taska aku nengoknye hahaha

arini, aku sambung lagi sakitnye. demam pulak. mayb sebab kat hospital tu banyak virus tu yang berjangkit ke aku. ni tengah sakit tekak n perit, badan seram sejuk. pagi tadi bangun2 tido da minum air asam jawa...harapnye cepatla kebah demam ni, jumaat dah nak fly dah. jalan jauh.....

Pukul 4 Pagi


posted by ceklala

1 comment

ye pukul 4 pagi tadi. nape ngan pukul 4 pagi? 

aku dah terjaga lepas tu tak bole tido dah pastu. huwaaaaaaaaaa sedih =_=

dahla kul 1 baru tido. hadoilaaaa. ni nasib baik tak jadi mata panda. kalo idak tadi hancus. aku pulak bukan spesies makeup bagai punye orang, lantakla nak bengkak ke nak gelap ke kan aku dulik hape. bukan ade orang nak tengok pun ye dak hihih



tapi panda ni comel kan kannnnn? bestnye kalo dapat peluk! empuk cam tilam! gebussssss! hihi


Matta Fair Promo by Malaysia Airlines


posted by ceklala

No comments

ini ada promo gila dari MAS sempena Matta Fair bulan ni. aku rasa korang yang rancang nak cuti-cuti tu wajibla pegi usha dan beli sesiap, siyes agak murah pada aku.






untuk asean, south asia, europe dan jugak americas package. harga berdasarkan tiket flight dan jugak hotel. murah sebab MAS ada makan dalam flight, kalo air asia kene beli lain untuk makan.

dan korang akan lagi terkejut bile tengok harga return yang MAS keluarkan sempena Matta Fair bermula arini hingga ahad. bukak mata besar2 tau!hihi



harga di atas belum masuk tax ye anak2 sekalian hihi. ape tungu lagi? jom serbu!!

Matta Fair March 2013


posted by ceklala

No comments



dah bersiap sedia korang?
pameran yang diadakan 2 kali setahun yang sangat tak patut dilepaskan!

 bile?


start besok hingga ahad!
jom ramai-ramai kite pergi =)




teringin nak naik cruise la. ade sesapa nak join?hihihi