Kawan-Kawan

Rebah Menyembah Bumi


posted by ceklala

2 comments

takut! yes, sangat takut. why?? skang ni kalo kite dengar terlalu banyak kes kematian mengejut. betul kan? eh korang ni tak baca paper la tuh kalo tak tau hehe. normally kes-kes macam ni sumenye berkaitan dengan jantung. ramai yang tak tau mengenai kepentingan penjagaan jantung yang sihat. dah terlalu banyak kempen kesedaran mengenainya. dan ramai jugak antara kite yang buat endah tak endah. aku pun one of them! hahaha..eh kurang-kurang aku mengaku yek. aku makan oats kalo time teringat. kalo bab bersenam tu memang hari-hari la turun naik tangga. kire bersenam jugaklah kan??hehe

tapi ape-ape pun still kene berjaga-jaga. penyakit skang tak mengira usia. see pagi tadi kite dikejutkan lagi dengan Dato' Malek Noor yang rebah semasa bermain bola malam tadi. hasil pemeriksaan mendapati beliau kene serangan jantung, sedangkan beliau sendiri mengatakan beliau memang takde penyakit tu. penyakit ni memang macam tu. time kite tak sangka die datang tu la die datang. macam tu jugak dengan kes arwah Shamrin Fotograph jugak kene serangan jantung semasa bermain bola.


sedikit info nak berkongsi dengan korang mengenai penyakit jantung ni :

Penyakit yang berkenaan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Antara penyakit jantung adalah sakit koronari jantung atau juga dikenali sebagai penyakit jantung Iskemia (Ischaemic Heart Disease).

Penyakit kardiovascular merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kardiovascular.

Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga dikenali sebagai penyakit jantung koronari. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh meyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung iskemia adalah angina pektoris dan infarksi miokardia.

Epidemiologi 
Dianggarkan bahawa seorang dari lima orang lelaki akan mengidap penyakit jantung iskemia pada umur di antara 60 - 65 tahun. Di Malaysia, kematian disebabkan oleh penyakit ini adalah sebanyak 35 % daripada jumlah keseluruhan kematian yang disebabkan oleh penyakit kardiovaskular dari tahun 1975 - 1989. Kemasukan ke hospital yang disebabkan oleh penyakit jantung iskemia telah meningkat kepada 34,358 kes pada tahun 1997 berbanding dengan 14,754 kes pada tahun 1985. 



Sindrom-Sindrom
Angina Pektoris

Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat penyakit jantung iskemia. Tanda-tanda awal angina pektoris adalah rasa sakit di dada sebelah kiri yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen. Kadangkala pesakit mengadu sakit di bahagian perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila pesakit melakukan aktiviti berat atau ketika pesakit mengalami tekanan (stres) kerana pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit memberhentikan aktiviti berat dan berehat. 

Infarksi Miokardia 

Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang teruk ke bahagian tersebut. Tanda-tanda infarksi miokardia adalah;
  • Sakit dada: Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat.
  • Sukar bernafas
  • Pening kepala
  • Muntah berterusan
DAPATKAN RAWATAN DENGAN SEGERA JIKA ANDA MENGALAMI 
TANDA-TANDA DI ATAS


normally rawatan yang biasanya dilakukan adalah Pembedahan Pintasan atau lebih dikenali 'Bypass Surgery' yang mana pembedahan ini akan memulihkan pengaliran darah ke bahagian jantung. Ia melibatkan penggantian salur darah jantung yang tersumbat dengan salur darah dari kaki atau lengan.

pelis ye kawan-kawan, sayangilah diri anda sebelum anda menyayangi diri orang lain. :)

sentiasa dapatkan rawatan lanjut jika anda mengalami simptom2 di atas. dan tak lupa jugak untuk buat pemeriksaan berkala. jangan macam aku. culas! hahahah

jaga diri :)

2 comments