Kawan-Kawan

Archive for January 2012

Malu bertanya


posted by ceklala

3 comments

arini mood bukan mood upload pic dah. tp arini mood edit gambo. ade sesapa nak kasi gambo untuk aku jahanam try and error kan idak?hehehe

tak2. aku jahanam kan sume gambo aku jek. takde gambo orang lain. try and error je. walaupun dulu belajo sampai 5 tahun ko ingat sume mende tau ke? same jugak bile dah keje nak masuk 5 tahun ni tak semestinya sume mende tau. still bertanya jugak pada yang pakar.

kite ni hidup memang kene macam tu. tapi itu pendapat aku la. yang aku cite ni pasal aku bukan orang lain. takde kene mengena yang idup atau mati. ceh ayat cam dalam drama hehe

memang kadang kite tau mende tu. and tak salah untuk kite cakap or jawab. tapi itu sume sebenarnye hasil berkat usaha banyak bertanya dan membaca. kan dulu2 mase kecik mak selalu cakap 'malu bertanya sesat jalan'. tapi ni bile dah tau banyak mende pun kene marah jugak. abis nak wat cano ek?

sok wilayah cuti. iaitu kl, putrajaya dan jugak labuan. selamat bercuti sumenye yek. jangan sesakkan lagi jalan kl la. dah la hari2 penuh sesak. tak kan ni cuti pun korang nak masuk kl jugak kan. dok je uma diam2 k hehe

selamat bercuti warga kota!


hasil takde keje...buruk sebenarnye..abaikan jela yek hehe


Keje di hari Isnin


posted by ceklala

3 comments

walaupun arini ari isnin tapi aku tetap cergas di opis.

buktinya? 3 album gambar aku edit dan upload terus dalam fb! ade 1 album tu dah hampir setahun trip tapi baru skang aku nak upload hehe. almaklumlah nak mencari mood tu susah. ngn keje lagi kan.

insyaallah kalo rajin nanti aku upload kt sini pulak k. kalau rajin la hehehe

ini dalam pic album ~~ Bandung Trip


ini Cameron Trip



dan ini Trip ke Kota Kinabalu

sebenarnye banyak lagi trip tapi tula. bile ade mood ade keje pulak. bile xde keje takde mood pulak. haish macam2 sangat kan! hehehe

Tazkirah di hari Jumaat


posted by ceklala

3 comments

Mulai hari ini aku nak buat sedikit selingan tazkirah sempena hari jumaat yang mulia. moga kita semua sama-sama mendapat manfaatnya :)


‘Ringan-ringan’ Sebelum Kahwin 

Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin ditegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumahtangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.


Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumahtangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas!!


Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak handphone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.



cerita kosong


posted by ceklala

No comments

salam pagi jumaat! moga hari ini lebih baik dari semalam :)

hmm ape nk cite arini ek? kemana korang CNY baru2 ni? cuti 4 hari. memang lengang segala jalan2 kat kl ni. sume lari balik ke kampung. almaklumlah bukan selalu dapat cuti lama kan. sekali dapat tu apa salahnya luangkan bersama keluarga kan.

dan semestinye jumaat tu segala jalan keluar kl teramat jem! bukan lepas balik keje ye tapi dari pagi jumaat tu lagi. even aku pun gerak kuar dari kl jam 11 malam pun still jem kat gombak tu. sampai kuantan dalam kul 3 pagi. memang banyak kete!

kalo kat R&R tu toksah cakapla. nak kencing pun beratur sepanjang2 tidak! kalo yang nak tercirit tu cane yek? hehe. kitorg before masuk tol gombak dah siap2 sume dah. isi minyak and gi toilet siap2. yela sbb taknakla benti2 dengan keadaan jalan dan tempat yang sesak.

tak kemana pun aku sepanjang 4 hari cuti. hanya menjaga atuk aku di hospital. setiap pagi aku take turn untuk jaga. yela aku takde komitment ngn sapa2. org lain dengan anak bini ape sume kan. aku tak kisah pun. selagi ada hayat apa salahnya aku menjaga. tu je pun sorang atuk yang aku ada.

4 hari menjaga. banyak cerita yang keluar dari mulut atuk aku. aku dengar jela. kesian dan sedih. kita ni pun akan tua jugak nanti. aku rasa hargailah dan jagala orang tua kite sementara die ada. sayangila dorang sepenuh hati. dorang bukan nak duit kita pun, hanya nak kasih sayang je sementara masih hidup.

harap2 nanti bile mak ayah aku sakit aku bole menjaga dorang dengan baik tanpa ada halangan. insyaallah.

selamat berhujung minggu sume!

Perancangan yang baik...


posted by ceklala

1 comment

Kita berkenalan secara tak sengaja
adalah perancangan Allah...
Kita berkawan begitu lama bertahan persahabatan kita pun
Allah yang rancang..
kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga
... Allah yang beri..
kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa,
Allah yang aturkan..
kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana
Allah sayang pada kita..
kita berjauhan untuk mencapai redhaNya juga
Dia yang rancang...
kita berdoa untuk kebahagiaan masing2 juga
Allah yang detikkan dalam hati kita..
dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan berkekalan
sehingga ke syurga atau terputus di tengah jalan juga
ALLAH yang akan tentukan...

jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz untukku...
InsyaAllah kita akan bertemu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...

- Indahkan perancangan Dia -

Lesen Kopi-O ke?


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum...ape2 pun bagi salam tu penting. sebagai pembuka kata orang kata :)


eiiiiiiiiiii! aku menci tau dak! (*ha datang dah meroyan die nih). maunye aku pepagi tak meroyan. setelah 4 hari aku tinggalkan kete aku kat uma sebab balik sambut raya cina sambil makan limau banyak2 adalah sebab kete aku kene sagat!

pepagi tadi nak g keje tengok2...masyaallah..................

ye terkedu kejap di situ. dalam hati memaki hamun cara berhemah. aku parking kete secara sisi (side parking dlm omputih). tapi ade pulak manusia durjana ni gamaknye baru abis belaja bawak kete atau nak tunjuk teror parking sambil sagat kete orang.

memang tahniah la untuk die. dengan rasa tak bersalah. kalo calar sikit aku tak kisah. ni sampai abis nampak segala cat! nampak sangat memang die gamaknye nak parking amik side sampai terover confident! dammmnm!


tak nangis. tapi sedih n geram. dah la baru je cat kete 2 bulan sudah :(

Masak..Makan.


posted by ceklala

No comments

alhamdulillah...kenyang dah.

nasi putih, sup ayam dan kailan ikan masin. bukan beli tapi bawak bekal dari umah. :) da lunch? menu ape agaknye korang ye...

sejak2 aku kembali dok sorang ni passion aku di rumah adalah memasak. aku nak2 bile stress ngn keje kan bile nampak makanan tu bole cair! hahahaha siyes okeh! aku suke makan dan makanan!

dan aku jugak suke masak. pandai ke? itu tak penting, yang penting aku usaha untuk belaja. bile balik keje and stress aku masak. aku suke bile aku masak makanan tu org makan n abis. tu kepuasan utk aku. paling aku cuak kalo tengok makanan tu macam tak bape luak...kes xbape nak sedap lettew hehe 

kalo kite tak pandai sekalipun kite bole usaha sampai kita pandai kan? yang penting kita janganla malas k. ingat lagi pesan mak aku dulu2 'anak dara belaja tinggi langit pun kalo tak tau masak tak guna juga'........'pompuan belaja tinggi2 pun nanti kawen dok dapur jugak'.

ade benarnye kate2 orang tua tu. mereka lebih dulu makan garam.

aku start belaja memasak kalo ikutkan memangla dari zaman sekola. nak2 mak aku dulu ade catering and amik tender kantin sekola. tapi biasela bile mak ade ni just tolong2 potong bawang la masak nasi and tolong kaco2 jela kan hehe. time tu memang tak pikir langsung nak belaja masak bebetul.

sampaila mase tu aku sambung degree kat shah alam. dok uma sendiri. ptptn aku tak macam orang lain yang dapat full. aku dapat lebih skit dari suku je dari kawan2 lain. memang struggle nak survive. aku ni budak art. macam2 nak kene beli. duit nak beli barang la nak print ape sume. aku jarang mintak tolong ayah aku walaupun sbnrnye die lebih dari mampu. takpe. ini pilihan aku. pandai2 la aku hidup berdikari.

time ni makan luar ngn kawan2 tu normal. lunch memang kat luar tapi malam kitorg masak. time ni la bagi tugas. tiap orang kene masak. paling best bile time bulan puasa. masing2 amik giliran masak. lawak tu kekadang memang lawak sebab ade kawan aku memang tak tau masak. time sahur die hidangkan kitorg sup jagung dalam tin! oh my god. orang nak nasik la...hahahha. lawak memang lawak. sampai ade dak umah aku ni tak makan makanan warna kuning langsung. last2nye minum air jela. hehe

time ni la aku betul2 belaja masak yang betul2. bebudak umah dari beberapa negeri. most kitorg adalah org johor. tapi still asam pedas rasa lain2!hahahha. tapi seronok sebab kt sini la belaja masak sama2. bile aku teringin nak makan sesuatu aku call mak aku tanye cane nak masak. sekali mak aku sound ' tu la dulu suh blaja masak malas! mama masak taknak tengok!' pangggg! sedas setepek kene kat muka hehe

skang ni dari masa ke semasa aku improve. smpi aku dah keje ni sbnrnye mak ayah aku macam tak konfident aku bole masak. sebab aku tak pernah masak depan dorang! yela ayah aku tu cerewet bab makan. bini die sorang je masak sedap!hehehe. takpe. yang penting nanti pas kawen suami aku takdela makan luar dah or makan maggi je kan. dnt worry syg..i will cook da best for u..masak dengan penuh kasih sayang okeh!hahahah

pesanan untuk kawan2 aku yang nak kawen and tak tau masak tu..learn my dear fren. jangan malu bertanya. bak kata orang tua2..antara pengikat kasih sayang suami isteri adalah melalui masakan. biar perut suami tu boroi janji die senang hati kita da masak sedap2 untuk die!hehehe



masak tak susah. normally aku belaja masak dari tengok tv. dan semstinye tengok mak aku masak. sambil masak tu sambil tanya. tengok dan buat. kalo amik resepi pun tapi simpan je buku resepi tu dalam almari tak cuba praktik sendiri pun xjadi jugak. sampai bilela tak pandai2 hehe

terpanjang pulak enty kali ni hehe. xpe. kita tapau untuk 4 hari punye okeh!hahaha selamat tahun baru cina and selamat bercuti buat sume! take care ye...muahh!

Iqra..


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum..

aku skang lebih banyak membaca. menghabiskan masa membaca dikala waktu senggang (ceh ayat cam dalam bukut teks bm jek hehe). tapi itu memang diri aku yang sebenar. membaca minat yg tak pernah pudar dalam diri aku dari aku mula tau membaca sampaila skang nih.

sumber bacaan aku tak terhad. ape saja yang bole dibaca aku baca. tak semestinya novel cinta je ye. memang aku aku ade banyak koleksi. tapi bahan ilmiah pun banyak.

nak2 pulak skang ni keje tengah banyak. kalo ade mase free aku memang akan habiskan masa untuk membaca. kalo kat internet ni semestinye memang banyak blog2 yang aku terjah. blogwalking orang kata. walau tak meninggalkan jejak tapi aku belaja mende baru bile membaca. dapat info berguna tu memang satu bonus! :)

kalo yang memang biase dengan blog aku ni mesti akan perasan cara penulisan aku kadang2 berlainan. sebabnya adalah dengan membacala. bila aku baca blog berunsur ilmiah automatik cara aku akan bertukar. begitu jugak jika aku baca bahan sampingan hehe

bukanla nak kata aku ni mudah di manipulasi. sometimes ade yang mempertikaikan aku. cane aku leh tau sume mende. tak kan tak de bende yang aku tak tau. tapi nak buat cane, sebab aku membaca. all source! membaca itu ilmu. salah ke aku mencari ilmu?

memang ade je mende yang aku tak tau!



aku ni manusia biasa. tak lepas lari dari buat silap. aku tak sempurna. maafkan aku.

Tenung..


posted by ceklala

No comments

aku tenung...


lamaaaaa.



aku tenung lagi. tak keluar2 jugak.







tak bole jadi nih.


terus aku save. then publish post entry nih.




bai.
hahahahah jgn marah ek
aku takde idea plus sedikit blur pagi nih :)

50 Perkara...


posted by ceklala

No comments

50 Things That Girls Should Know About Guys
  1. Guys aren’t psychic, mind telling them what you mean?
  2. Guys don’t like to be used as pawns in trying to make your friends jealous.
  3. Guys tend to get serious with their relationship and become too possessive. Better watch out girls.
  4. The biggest turn off for guys is to see girls smoking.
  5. The biggest turn on for guys are the girls who workout.
  6. Girls who don’t want to listen to the truth shouldn’t be asking any questions.
  7. Ending a heated conversation with “Fine” or “Whatever” isn’t considered acceptable.
  8. If you want sex, just ask.
  9. Don’t expect guys to say as many sweet things as they do in the movies. It takes 10 couples to come up with one sweet thing that they put up in the movies.
  10. Only models are able to carry off most of the stuff you see in fashion magazines.
  11. A guy who likes you wants to be the only guy you talk to.
  12. A guy would sacrifice his money for lunch just to get you a couple of roses.
  13. Guys need to be reassured often that they’re still loved.
  14. Guys don’t care about how gorgeous you are, it’s goodbye, adios, and sayonara if you’re being a bitch.
  15. All guys are kinky and willing to try anything that you may enjoy, just let them know.
  16. Guys are more emotional than you think. If they loved you at one point, it’ll take them a lot longer than you think to let you go, and it hurts every second that they try.
  17. A guy would do just about anything to get you to notice him.
  18. Guys do not look into minute detailing. So, if you gave up a quarter of an inch from your 20 inches long hair, don’t expect your guy to know that instantly.
  19. Guys like porn!
  20. Anything said six months ago is inadmissible in an argument. All comments become null and void after seven days.
  21.  “The game is on” will be considered an acceptable excuse to postpone any serious conversations.
  22. Cooking makes a girl all the more attractive.
  23. You can’t get mad if your guy refuses to hook up your “ugly friend” with one of his good-looking friends.
  24. Nothing you will ever do will entitle you to operate the remote control, unless operating means handing it to him.
  25. The only thing left to be said after sex is “goodnight.”
  26. Video games have helped men develop awesome finger skills that only encourage them to play more often.
  27. Critiquing a man’s driving is outright unacceptable.
  28. Guys’ night outs are sacred events. If you ask any question about it, you’ll be castigated.
  29. Believe it or not, 99.5% of the time men honestly don’t mean to hurt you.
  30. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about.
  31. Guys hate it when you talk about your ex-boyfriend or ex love-interest.
  32. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don’t need to give advice.
  33. Don’t hold it against your guy if he starts to cry after a good sports movie, and was laughing outrageously last night when the two of you were watching an emotional drama saga.
  34. Leaving a message like “You know what?! Mmm… Never mind…” would make a guy hanging on to that thought all day long and reach a conclusion that is far from what you are thinking. Don’t ever do that!
  35. A usual act that proves that the guy likes you is when he teases you.
  36. Guys love you more than you love them.
  37. No matter how much guys talk about hotness or sex appeal, personality is key.
  38. When a guy says he is going crazy about the girl, he really is. Guys rarely say that.
  39. If a guy starts to talk seriously, listen to him. It doesn’t happen that often, so when it does, you know something’s up.
  40. A guy has more problems than you can see with your naked eyes.
  41. Guys talk about girls more than girls talk about guys.
  42. You like when your guy calls and asks you out for dinner and pays for you, right? Well yeah, guys like it once in a while too.
  43. It’s natural for a guy’s eyes to wander.
  44. It’s not that guys don’t want to make their girlfriends happy; it’s just that sometimes, they don’t know how.
  45. A guy would give his right arm to be able to read a girl’s mind for a day.
  46. Not all guys are jerks. Just because one is a jackass doesn’t mean he represents all of them.
  47. When a guy sacrifices his sleep and health just to be with you, he isn’t doing it all for sex. It means he likes you more than you can imagine.
  48. Even if you dumped a guy months ago and he loved you, he probably still does and if he had one wish it would be to have you back in his life.
  49. Guys love girls with brains more than girls in miniskirts.
  50. A guy would waste his time over video games and football, the way a girl would do over novels and make-ups.
 
 
p/s: sharing is caring rite :) 

Rabu dengan sekeping Gambar


posted by ceklala

4 comments

tenang..dan mendamaikan...


aku dan tingkap


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum...

ye aku tau dah berabuk skit2 ni..plus ade sawang jugak nih hehe. aku berusaha ok nak up entry baru. tapi tiap kali aku bukak je window ni mesti ade keje nak kene buat. kenela utamakan kerja kan. kalo idak nanti bos tak kasi gaji. kalo takde gaji nak makan ape ye dak?ekekeke....melalut2.

ni pun salah satu jugak. aku ingat start tahun baru ni tak nak la dah merepek bukan2. harap aku tabah. tabah untuk tidak merepek2 lagi dalam ni. tapi aku manusia biasa. setan suke sesatkan aku. tengok ni! cakap tadi tak nak merepek lagi tapi akhirnya... again maafkan aku. :(

aku tengah tak sihat ni. memang banyak sangat mende nak story mory kat korang ni tapi tu la. tengoklah kalo keadaan mengizinkan yek.

tekak dah perit dari semalam. bergelen dah air masak aku teguk rasenye tapi macam takde efek secara langsung. idung pulak dah start berair pagi ni. kalo dah start batuk sure bersambung dengan asma pulak. ya allah tolongla jangan sampai aku demam teruk. ni kalo aku demam confirm2 2 minggu baru leh baik. 

sebab aku jarang sakit. sekali sakit die bagi package terus! tahniah.


aku yang kecik atau tingkap ni terlebih besar ek??



sepatah 2 kata...


posted by ceklala

1 comment


 There's no need to rush. 
If something is meant to be, 
it will happen in the right time with the right person 
for the best reason.

Mohon Doa


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum dan selamat pagi...

takde banyak yang aku nak cakap. cuma memerlukan sedikit masa dan ruang untuk pulih. mungkin akan bersawang sedikit. maafkan aku yek.

aku cuma mohon doa dari semua yang membaca agar doakan yang terbaik untuk aku. doakan aku pulih seperti sediakala. kembali mendapat kekuatan yang aku cari selama ini, dan moga allah tunjukkan petunjuk dan jalan yang benar untuk aku.

insyaallah. 
amin.

pejam celik


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum..

pejam celik dah hari jumaat. rase macam baru je lg sabtu ahad hehe. masa memang cepat berlalu skang ni. tanpa kite sedar. macam tu la jugak hati dan perasaan. tanpa sedar membuahkan sesuatu :)

semalam aku seharian kebizian. eh?mmg skang ni selalu bz je ke? memang pun. hiks. tapi kan bile asyik bz ni bagus jugak. tak sempat nak pikir mende lain. penat tu memang penat tapi kadang2 tu best! pada aku la. aku enjoy ngan keje aku. yes kadang tu memangla stress. tension giler okeh ngan kerenah client. tapi dah nama pun keje kan? so redha and banyakkan bersabar.

semalam dalam tengahri tu tetibe bos ajak berjalan. bukan ape nak gi jumpa supplier sebenarnye. aku suke ikut die. bleh tau banyak tmpt supplier. mane tau nanti one day ade rezeki bukak company sendiri ke kan, dah senang hehe.

jarang die nak ajak aku. tapi dok sebab semalam bergaduh ngan laki die pasal job tu yang ajak aku. hehe. dua2 berangin. same je laki bini. sesuai la tu. nasib la aku ni on je. keje pun time tu da siap. so layannn.

arini kembali menyiapkan keje2 yang ntah bile nak siap. aku tak faham ngn gomen ni ha. apesal la sume nak last minit?? ko ngat ni ape? sekola tadika main design n print sendiri ke hape. menci tol la. aku menci sebab dorang buat aku stress yang amat. terkejar2 tau dak. yang ni pun tak siap dah die tambah yang ni. patutla kawan aku si syazwan tu sampai dah botak kepala. dok manjang stress hari2!hehe nasib aku ni kekadang je pun.


ape pun korang jgn stress2 ok. cari solution kalo ade probs. solution aku is berjalan!hehehehe

Hal Rumahtangga..


posted by ceklala

No comments

hai..

disebabkan aku kebizian so aku nak share skit kat sini mengenai ape yang sempat aku baca di wall facebook kawan aku k..so layankan aje yek hehe


Hai dan Salam Hormat kepada anda yang masih setia menjadi pembaca blog KursusPerkahwinan.Com saya ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan. Memang saya amat menghargai masa yang anda sudi luangkan untuk membaca dan menambahkan ilmu berkaitan hubungan rumahtangga yang amat penting ini.

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara yang tidak kurangnya penting bagi menjamin sesebuah hubungan perkahwinan agar terus kekal.

Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami. Walaupun saya sendiri adalah kaum lelaki, tapi saya tidak pernah mengutarakan pendapat yang ‘berat sebelah’.

Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami. Bukan isteri!
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
  • Menjaga anak
  • Menyediakan makan-minum isteri
  • Mengurus segala keperluan rumahtangga
  • Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
  • Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.

Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.

Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’

Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.

Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.

Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.

Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.

Ok, sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini. Semoga suami-suami di luar sana mula sedar akan perkara ini.




p/s: ni kang ade pulak cakap aku dah gatal nak kawen la apela. aku mmg menci tol ngn mulut2 puaka nih. asal share skit je psl kawen ckp macam2. ape ke singkat benar otak kome nih? paham tak maksud berkongsi tu ape? segala info yang aku baca aku kongsi dengan sume orang. bukan pasal kawen je tapi pasal sume mende. faham??

bai.

Terlambat untuk Tahun Baru


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum...
terlambat ke aku untuk ucap selamat tahun baru?harap2nye tidak :)

SELAMAT TAHUN BARU!!

memang agak terlambat untuk aku ucap sebenarnye. tapi masih belum terlalu terlambat kan?eh?hahaha. ampun maaf dipinta walau raya aidilfitri lambat lagi. kan udah bilang kalo tak di update tu maknanya kebizian yang amat. again...sory yek hehe

banyak mende aku nak update sebenarnye tapi disebabkan bz abis sume. takpe. nanti kite recap skit2 okies hehe

so ape azam tahun baru korang? ikutkan aku adela dalam 2-3 dah masuk dalam list. tapi tu sume insyaallah jika di izinkan allah. sedang berusaha nih. caiyok2!!

salah satu azam aku adalah menaikkan berat badan! hahahah siyes. jangan pelik yek. aku sebenarnye underweight. not overweight!

JLo versi gemuks??

eh tidak2!bukanla weight gain sampai cenggini yek. ini kang jadi obesiti la pulak. aku hanya nak berat badan ideal dengan ketinggian aku. skang ni aku kene naikkan berat 10kg lagi! 10???mak aihh..nak dapat naik 1kg pun cam sesak aku rasa.

aku tak diet. siyesly xpernah. aku makan banyak. kadang makan banyak dari orang lain. cuma metabolisma aku tinggi and aku susah nak dapat selera makan. jeles okeh tengok orang lain yang asal nampak makanan je ngap! aku ni ha kalo tekak tak rasa nak makan memang takdela pun.

sometimes aku lapa giler tapi aku tak tau nak makan ape. pastu satu lagi kes aku tak bole makan sorang. confirm tak termakan!hahahaha. menggedik kan?

itula azam aku untuk tahun 2012 nih. normal la kan. org kurus nak berisi orang berisi nak kurus. its not pasal kurus ke berisi. pada aku more to keselesaan dan ideal. bukan susu ideal. itu lebih baik.


if korang2 ade petua or tips nak kasi aku silela kongsi yek. jangan malu2 hiks

daaaa....