Kawan-Kawan

Ekspresi Wanita dan Lelaki Bila Mendengar


posted by ceklala

2 comments

Lelaki dan wanita memang berbeza. begitu juga dengan ekspresi wajah.

Wanita pada kebiasaannya dapat menggunakan secara purata 6 ekspresi wajah. ianya dilakukan ketika mereka sedang mendengar dalam masa 10 saat dan ketika memberi tindak balas kepada emosi orang yang sedang bercakap.

bila anda perhatikan betul-betul wajah wanita di depan anda, apabila anda sedang bercerita anda akan dapat lihat yang wanita ini juga seperti melalui pengalaman yang sama dan memahami dengan cepat apa yang anda sampaikan.


wanita dapat memahami apa yang disampaikan melalui intonasi suara dan bahasa badan orang yang bercakap.

inilah yang seharusnya dilakukan kaum lelaki bagi menarik perhatian wanita dan bagi membuatkannya terus mendengar apa yang ingin anda sampaikan.

kebanyakkan lelaki mungkin tidak dapat menunjukkan ekspresi wajah ketika mendengar. mereka juga mempunyai ekspresi mereka sendiri tapi sangat berlainan dari wanita. 

nisbah ekspresi lelaki dan wanita adalah lelaki 1 dan perempuan 6. sebab lelaki kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang emosi apabila mendengar. lebih kepada mendengar seperti patung dan bersikap selamba.

bukan menyatakan lelaki tidak beremosi. tapi itulah hakikatnya. imbasan otak yang dilakukan oleh pakar menunjukkan kekuatan emosi lelaki sama seperti wanita. perbezaan yang timbul hanyalah kerana lelaki tidak mahu menunjukkan emosinya.

2 comments