Kawan-Kawan

Lelaki dan Wanita Bila Bergaduh


posted by ceklala

4 comments

Wanita lebih suka bercakap dengan perasaan manakala lelaki pula lebih suka berterus terang. wanita  lebih gemar menggunakan bahasa berbunga ataupun tidak teragak-agak berlebihan ketika menyatakan perkara supaya kenyataannya lebih berkesan. lelaki sebaliknya memahami apa yang dikatakan wanita sebagaimana yang disebutkan dan bertindak dengan sepatutnya.


maksudnya di sini, kaum wanita ni bile bercakap lebih suka berkias. menggunakan ayat bunga-bunga orang kata. bukanlah setiap kali bersuara lelaki kene bagi bunga hehe. memang lumrah alam wanita memang dijadikan begitu.

lelaki pulak sering salah anggap. banyak berlaku salah faham bile lelaki dan wanita berbual. lelaki sukar memahami apabila wanita menggunakan bahasa kiasan.

ketika bergaduh misalnya, lelaki mentakrifkan setiap ayat yang diluahkan oleh wanita sebagai percubaan untuk menang. wanita pula bila bergaduh lebih suka menggunakan emosi. akhir pergaduhan masing-masing akan lari dan tidak akan bercakap buat sementara waktu.

dalam bertelagah, lelaki perlu memahami wanita selalu menggunakan perkataan yang dia tidak maksudkan. contohnye seperti 'saya tidak akan menggangu kamu lagi selepas ini'. ape yang lelaki faham dari ayat itu adalah wanita itu tidak mahu lagi ape-ape perhubungan selepas itu. tetapi di pihak wanita pula dia hanya menyatakannya tanpa apa-apa maksud.

faham? 

dimana-mana atau bila-bila mase dari kecil sampaila berusia kita memang akan menghadapi masalah seperti ini. tapi ini adalah lumrah kejadian. sifat semulajadi. takde ape yangg bole kita persoalkan. terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan.

tidak ade yang sempurna di dunia ini :)

4 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous