Kawan-Kawan

Cinta Tiada Penghujung


posted by ceklala

No comments

Sofea tertekan dengan keadaan dia sekarang. Ape yang perlu dilakukan?


Semakin lama dia memikirkan jalan penyelesaian, semakin dia rasa tertekan dan ingin membunuh diri.


Astagfirullahhalazim…Sofea mengucap panjang. Die umat Islam, tidak seharusnye dia berfikiran singkat sebegitu sehingga mahu menamatkan riwayatnya sedemikian rupa. Ya Allah..ampunkan aku Ya Allah.


Haykal memang dasar lelaki. Tidak pernah sekali pun dia menghargai pengorbanan yang telah dibuat oleh Sofea. Kenapa semua lelaki begitu?? Marah sofea dalam hati. Penyesalan datang bertimpa. Dia terlalu sayangkan Haykal.


Tidak boleh ke lelaki-lelaki yang wujud di dunia ni menghargai kaum wanita? Salah kah kaum wanita jika hanya meminta sedikit rasa ingin dicintai? Rasa dihargai. Bukan wang ringgit yang dicari Sofea tapi kebahagiaan.


Berkali-kali Sofea menerangkan pada Haykal yang dia tidak mencari harta atau rupa paras. Tapi cuma seorang lelaki yang dapat membimbingnya dan menghargainya dan menerima dia seadanya.


Bila bersama Haykal, Sofea rasa bahagia sekali. Bukan kerana dilayan seperti puteri raja, tapi sikap dan cara Haykal yang telah membuatkan Sofea jatuh hati pada pandangan pertama. Haykal tidak seperti lelaki-lelaki yang pernah Sofea jumpa sebelum ini. Tidak sekali pun Haykal mengambil kesempatan walaupun Haykal sebenarnye adalah duda beranak satu. Walaupun kerjaya Sofea lebih berjaya dari Haykal tapi dia tidak peduli semua itu. 

Yang dirasakan Haykal mampu membimbingnya……