Kawan-Kawan

Stressssnye oii!


posted by ceklala

2 comments

'aku tengah marah ni..ko bole blah tak??!'

rilex bro. jangan nak memarah. ko ni dah ngape tak pepasal nak marah-marah orang?? eh nape cakap bro? kakak tak marah ke? hehe. sesapala pun yang bile terkeluarnye perkataan di atas maksudnye orang itu dalam keadan stress.

apabila anda menunjukkan emosi sedang marah ketahuilah bahawa ia adalah akibat STRESS!


kenapa anda stress?
  • anda kecewa apabila tidak dapat apa yang anda mahu.
  • ada masalah dengan keluarga - suami/isteri/anak2/mak ayah/masalah kewangan
  • masalah di tempat kerja - tidak dapat menyiapkan tugasan dengan baik, dimarahi bos dan etc

apa yang anda rasa bile dalam keadaan stress?
  • jantung berdegup kencang dan sukar bernafas
  • anda cepat marah
  • rasa tidak gembira
  • hilang selera makan
  • hilang minat bekerja
  • tidak cukup tidur
  • ingin menengking/memaki hamun
  • ingin membaling sesuatu

cara mengurangkan marah
  • berfikir secara positif
  • jangan salahkan orang lain
  • belajar menyukai diri sendiri
  • belajar menerima
  • bertenang
  • lakukan senaman selalu
  • luangkan masa untuk keluarga dan beriadah
  • dapatkan tidur yang cukup
  • dapatkan teman untuk meluahkan masalah anda

so lepas ni kalo korang stres2 tu hope pandai-pandaila korang tangani masalah korang tu yek. jangan nak salahkan orang lain tanpa usul periksa. kite ni kadang cepat sangat lupa diri. take care :)

sumber: kementerian kesihatan malaysia dan harian metro

2 comments