Kawan-Kawan

#Twtupkaseh bersama MILO di Badan Amal Nur Zaharah


posted by ceklala

1 comment

assalamualaikum....

amboiiiii kemaen lama tak update! harap-harap tak terus tinggal bersawang untuk sebulan hihihi. korang sume sihat? kemana peginye korang cuti wesak aritu? aku alhamdulillah ade 2 kejadian yang sudah berlaku dengan jayanya. 

jumaat, bertempat di Badan Amal Nur Zaharah Janda Baik pahang, aku dan jugak team #twtupkaseh sekali lagi datang beramai2 dan bersama-sama menggembirakan penghuni rumah. alhamdulilah telah selamat berlansung dengan jayanya.

walaupun sangat penat sebab terpaksa berlari kesana sini nak settle sume benda tapi aku puas hati sangat :)

event kali ni di sponsored penuh oleh Milo bersempena dengan #milobreakfastmovement. sangat seronok! volunteers yang datang seramai 25 orang bersama dengan adik-adik penghuni seramai 40 orang.

kesemua volunteers yang datang


antara aktiviti sepanjang hari adalah senamrobik, membuat sandwich paling kreatif, mini library, berkebun dan jugak membersihkan kawasan sekitar rumah. volunteers yang join kali ni pun sumenye sporting dan happening! thanks koranggggggg

ape pun nak ucap terima kasih banyak2 pada semua volunteers yang terlibat. paling seronok bila tengok adik-adik pun seronok. siap tanye bile lagi nak datang hahahha. alhamdulillah niat nak menggembirakan dorang tercapai.

bila nampak senyuman terukir, tiada kata-kata yang mampu diucapkan :)

 memasang rak untuk mini library


adik-adik seronok dapat makan aiskrim!




insyaallah kalo ade rezeki kami akan datang lagi. pada yang sudi membantu boleh sentiasa menghulur bantuan. mereka memerlukan bantuan makanan dan jugak pakaian. agak jauh dari kl tapi boleh jugak minta bantuan aku untuk menghantar kalo korang rase tak mampu nak pegi sane menghantar. 

sedikit sebanyak sumbangan yang dihulur insyaallah diberkati allah...



1 comment