hai korang..
sory. tak tau bile nak update pasal trip jakarta. takde mood. tak tau mane hilang. pegi jalan2 jugak kot. tapi rasenye takde pulak aku tinggalkan mood aku kat jakarta. no no no. hahahaha
kite borak2 je bole? tapi nak borak ape? hihihi
untuk yang tak tau, sebenarnye skang ni aku tengah berjinak2 untuk buat travel agent sendiri. agent tak berdaftar la tapi hihi. buat suke-suke je pun. skang ni tengah arrange trip ke Ho Chi Minh, Vietnam untuk 20 orang pegawai polis dan bini dorang. ade yang nak join skali ke?
harga? hanya rm1500 sahaja all in. murah kan? murahhhhhh oii! hahaha. rm1500 ni untuk ticket flight return, makan, transport kat vietnam, hotel, tax, guide tipping dan jugak entrance fee.
dan jugak baru sudah setel kan trip untuk 10 orang ke Pulau Perhentian, Terengganu. yang ni hanya rm400 sahaja per pax untuk 3 hari 2 malam. siap tiket bas return dari kl, return feri ticket, chalet, snorkeling trip & island hopping ke redang dan jugak makan semestinya. ade bbq lagi okeh!
untuk yang Krabi aku tengah usha, dok cari no tepon akak kelantan kat ao nang tu tapi tak jumpa plak, tapi nanti aku try usha yek. aku tau ramai yang singgah blog ni nak tau pasal krabi kan. so lepas ni kalo ade sesapa nak cuba try budget trip ngan aku sudi-sudi la drop comment or email aku yek. insyaallah aku tolong dapatkan best price!
harga bole kautim maaaa! hihihi =)
jom jalan-jalan!
bagus idea ni nk bkk nak wt travel agent ni..leh guna servise ceklala nih..heheh
bole sangat. just name it insyaallah saya tolong :)