Kawan-Kawan

#BajuRayaProject - Program amal untuk mereka yang memerlukan


posted by ceklala

1 comment





mungkin ada antara korang yang pernah nampak poster ni kat fb atau twitter kan? ini adalah antara projek terbaru group aku iaitu @Twtupkaseh :)

kami mengumpul baju-baju raya seperti baju kurung, melayu, jubah dan tudung untuk diagihkan kepada mereka2 yang memerlukan. baju yang diberikan kebanyakkannya baju terpakai yang masih elok yang telah kami pilih terlebih dahulu

idea spontan yang datang dari founder kitorg iaitu Aida rupenye memberi impak yang sangat besar buat semua termasuk kami jugak. asalnya kami hanya buat kecil-kecilan, tapi kuasa allah ramai yang datang membantu dan jugak selepas satu-satu media datang membuat liputan..alhamdulillah :)

baru saja berakhir kelmarin kutipan selama sebulan lebih. mula-mula kami hanya war2kan pada kawan terdekat, tak sangka ramai yang nak join jugak. pengumpulan bermula mengikut tempat kami tinggal seperti di cheras, ampang, petaling jaya dan damansara. tapi sebab terlalu banyak respond akhirnya kami bukak untuk ramai orang bertempat di masjid shah alam.

antara yang menderma di masjid shah alam

di shah alam kami dapat respond yang sangat2 baik...alhamdulillah. pengumpulan dari jam 10 pagi hingga 1 petang. jam 2 petang kami sudah pun bergerak ke rumah2 kebajikan yang terpilih. untuk hari itu shaja kami ke 5 buah rumah untuk mengagihkan baju2 yang diberi. alhamdulillah dipermudahkan..

timbunan baju yang diderma di masjid upm

 sekitar pengumpulan di masjid upm


alhamdulillah kelmarin kami berada di 2 tempat iaitu 1 mont kiara mall dan jugak pengumpulan secara besar-besaran di masjid upm. selesai menghantar semua baju2 yang diderma ke 6 lagi buah rumah. antara rumah yang mendapat sumbangan dari kami adalah ibu tunggal, anak yatim, madrasah & maahad tahfiz, rumah orang tua dan warga emas dan juga rumah oku dan istimewa

walaupun sudah selesai tapi masih ada yang bertanyakan kepada kami mengenai baju2 yang ingin di hantar. dah nak raya kitorg pun dah nak get ready untuk persiapan raya pulak hihi insyaallah di masa lain akan buat lagi.

paling terharu adalah media2 yang datang membuat liputan seperti RTM dan juga Era.fm. kami telah pun keluar di MHI, Bella NTV7, Astro Awani dan jugak NSTP. semuanya berkaitan bajurayaproject..alhamdulillah :)

selepas ni kepada yang masih lagi nak menghantar baju boleh dengarkan radio era.fm kerana skuad era akan berada di seluruh malaysia untuk terus mengutip dan menghantar terus baju2 yang diberikan kepada yang memerlukan. insyaallah mudah-mudahan usaha murni kami ini diberkati allah....amin.


 antara rumah yang menerima kunjungan dan sumbangan dari kami


Penghuni Rumah Bakti Hulu Kelang, KM11, Jalan Hulu Kelang 
yang baru sahaja kehilangan tempat tidur akibat litar pintas



1 comment