Kawan-Kawan

Jerebu oh! Jerebu


posted by ceklala

1 comment

hai!

musim jerebu ni harap semuanya jaga kesihatan. minum air masak bebanyak..jangan buat aktiviti di luar rumah. kalo boleh tutup segala tingkap dan pintu. musim macam ni memang sangat senang nak dapat penyakit.

aku yang di cheras ni boleh namapak makin hari makin meningkat bacaan ipu. dah mula sakit tekak dan pedih mata. kadang2 pening. itu sume tanda2 awal penyakit disebabkan jerebu. kalo korang memang kerja di luar pakaila mask ye. mengelak lebih baik :)

mask boleh didapati di hospital, klinik dan jugak farmasi. kalo ada anak2 di rumah nasihatkan supaya tidak bermain di luar ye sehingga keadaan kembali reda

agak kebizian di opis sebenarnye, tu yang seminggu sekali je dok update hihih jangan marah yek. actually aku nak update pasal 2 cerita tapi tunggula yek, sampai bebetul aku dah free k

pada yang teka mengenai instagram aku minggu lepas kemana sumenye salah! ramai bagai jawapan thailand kan tapi sebenarnye aku pergi negara jiran thailand. kemana?

vietnam!

kalo dah sampan ngan topi tu dan motorsikal banyak tu memang trademark di vietnam la pun. insyaallah nanti aku update pasal trip ke vietnam k. nak sharing2 jugak dengan korang yang teringin nak ke sana. tapi insyaallah aku akan repeat balik vietnam. sebab nak amik stock barang. vietnam memang best shopping!! hihihi


1 comment