Kawan-Kawan

Lagi Cerita Owner Rumah Tak Bertimbangrasa...


posted by ceklala

3 comments

semalam sampai2 je rumah perasan macam ade something bawah pintu rumah...rupanya tn umah anta surat. seeeeee nampak tak dah macam dolu-dolu jek zaman orang bercinta kannnnnn

bukak pintu aku amik surat tu...ingatkan 1 je rupanya ade 2!

aku ade amik gambo tapi takleh nak transfer pulak gambo. aku taktau ape lagi motif die nak anta surat bagai ke aku. dah suh kuar tu aku kuar jela. ko nak aku meroyan lagi ke? kang ko yang tak sanggup nak dengar karangggg  =__=

aku memang jenis tak minat sangat nak gaduh2 ke bising2 ni, sebab aku rasa mende2 camnila yang mengheret aku masuk neraka. simpan jela dalam hati, allah lebih tau kan. yang paling tak tahan bile die kata "terpaksa bayar" bil air tu. terpaksa? ko dah ketuk harga rumah tu sampai 3 kali ganda pastu ko bole cakap "terpaksa".....what???

surat tu adelah bil maintanance berserta sekeping note. tulis taknak kalah macamkan aku ni bodoh sangat. aku faham je sebenarnye tapi saje buat2 tak faham. dah ko pun as a tuan umah ade ke datang jenguk? dah setahun lebih buat diam je tak datang langsung tengok umah. bagus sangatla camtu?

yang membuat aku tak faham adelah kenapa cukai pintu yang kene bayar setahun sekali pun ko bagi kat aku? aku kene bayar jugak ke? baik ko jual je kat aku umah tu, 5 tahun duduk aku boleh setel bayar sume...termasuk jugak maintanance air beserta note jugak....adoiiiiii tolongla aku, aku tak tau kejadian ape yang melanda tuan umah aku tu sebenarnye, sampai mende kecik pun takleh nak bincang.

tapi takpela, aku bukan jenis minta2 ni. aku bole usaha. tak perlu susahkan orang. ko nak rumah balik? silakan amik. tapi jangan ko harap orang baru akan jaga rumah ko cemana aku jaga. aku jaga rumah ko macam rumah tu aku punye. tapi takpe, jangan gado2...kite cool rilex2 sudah  =)



3 comments

  1. Anonymous