Kawan-Kawan

adam's cookies buat gerak gempur


posted by ceklala

1 comment

gud morning!!

sihat korang2?? cuti 2 hari ni macam2 planning kan. mane yang dok sibuk bershopping sane sini, yang sibuk dengan jemputan berbuka pose lagi kan. aku cam biasela sibuk meniaga! gerak gempur sabtu lepas menjadi! habis licin segala stock2 yang ada kat kedai!hehe

alhamdulillah itulah yang dinamakan rezeki kan. sampai kedai pagi tu terus menunaikan tanggungjawab dulu iaitu membayar zakat. walaupun aku tau bapak aku dah bayarkan tapi apela salahnye bayar lebih untuk diri sendiri ye dak? zakat ni membersihkan harta. mudah-mudahan hidup kite diberkati :)

dari kul 10 pagi sampaila ke pukul 5 orang datang beli kuih macam kitorg ni buat jualan lelong! padahal tidak pun. sumenye sebab cookies2 kitorg memang sedap lagi terbaek! kalo yang datang mula2 takat nak buat rasa2 je tapi bile datang lagi sekali terus beli berkotak2! dasat kan??hehe

untuk yang belum beli cookies sedap dan bercadang nak minggu ni harap maaf sebab stock kitorg memang dah sold out, yang tinggal pun tak banyak dah. yang tersangat sedap seperti hazelnut sensation iaitu gabungan hazelnut,white choc dan jugak cereal, jula juli dan manjalara iaitu cookies seperti famos amos yang ada kacang pecan dan jugak choc chip telah habis licin dijual dalam masa 3 jam!!

camana la tak sold out kalo kitorg yang datang kerja haritu pun sume dah feel raya memakai baju kurung dan jugak baju melayu awal2 kan hehe

rabu ni akan datang kek lapis asam manis import from kuantan mari..confirm sedap! so pada yang masih belum memborong kuih raya..jangan lupa datang cari kami yek di ampang park =)


selamat hari senin...

1 comment