Kawan-Kawan

Review Movie - Harry Potter and The Deadly Hallows Part 2


posted by ceklala

No comments

morning!

sebenarnye dah genap seminggu filem ni ditayangkan di malaysia. dan aku adalah antara manusia terawal kat kl ni yang pi tengok. 

sebenarnye secara kebetulan. aku nak pi tengok Transformers memula tapi sold out! pelik kan. padahal dah 3 minggu tayangan. sebab aku pun budget mesti ramai giler orang nak tengok Harry Potter ni sekali tak la ramai sangat. sebab patutnye release hari khamis tapi aku tengok hari rabu malam.

tempat kejadian adalah tgv mines. 1st time aku tengok wayang kat sini hehe. theme aku hari tu adalah 3D ye kengkawan. ye aku kalo keluar 2 version aku lebih berminat nak tengok 3D! memang terbaek. barula feel macam berlakon skali dalam cite tu hehe

kalo aku nak review panjangla sangat kan sinopsisnye. tapi aku sarankan agar korang tengok dulu part 1 then baru tengok yang final / part 2 ni okeh barula korang faham! 

Harry Potter and The Deadly Hallows Part2 ni adalah filem terakhir dan kelapan dari filem2 siri Harry Potter. lepas ni tak bole dah nak imagine sihir bukan2 hehe

ramai yang menggila baca novel die tapi aku lebih suke tengok filem. tak pernah miss walaupun 1! start aku tengok cite ni mase study kat sri iskandar hehe. happy ending yang aku bole katakan. dan filem yang terakhir ni jugak rangkuman dari semua filem2 yang sebelum ni. so di akhir cerita kalo ko tak faham jugak cite ni memang kene ketuk kepala!

wajib tengok untuk semua penggila Harry Potter dan mereka yang suke magik dan sihir! filem ni jugak dah jadi filem yang paling banyak kutipan di seluruh dunia. memang tak bole dipertikaikan lagi filem ni memang filem wajib tayang dan tengok! hehe