Kawan-Kawan

Jangan Bersedih


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum..

nak share skit kata2 yang ada dalam buku motivasi yang aku tengah baca sekarang iaitu 'Jangan Bersedih...Jadilah WANITA Yang Paling Bahagia' hasil nukilan Dr. 'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni.




Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha  Pemberi Taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadaNya.  
 
Kasihanilah orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamilah emosi anda, nescaya anda akan selamat.
 
Hapuslah airmatamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.
 
Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikat-Nya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.
 
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah? 
 
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu. 
 
 
 
yang last one ni memang aku selalu amalkan. memang agak susah pada mulanya nak buat tapi aku berpegang pada kata2 'sedangkan nabi ampunkan umatnya, inikan kita manusia biasa'.
 
renung2kan :)