Kawan-Kawan

Rezeki Dia...


posted by ceklala

1 comment

dari kecik aku dah di didik untuk hormat orang lebih tua dan tolong orang yg dlm kesususahan. masing2 didik oleh mak ayah dengan cara masing2. mak ayah aku jugak ade cara tersendiri. alhamdulillah aku di didik dengan cara yang sangat sempurna oleh mak ayah aku. bukan duniawi semata2 tetapi untuk bekalan akhirat jugak. alhamdulillah.

aku tak kan pernah lupa jasa orang tua aku. cara didikan mereka yang buatkan aku jadi manusia berguna sekarang. aku tak pernah kisah orang nak cakap ape pasal aku. pada aku setiap orang ade pendapat tersendiri. susah nak buat sume orang suke kita dan sangat senang untuk buat orang tak suka kita. terpulang pada masing2. hak masing2 unuk berkata2.

aku tak cakap aku ni baik sangat dan aku sempurna. memang aku tak pernah cakap macam tu. pada aku kenal aku dulu betul2 barula ko nak cakap aku ni macam ni macam tu. dan aku pun tak mudah nak cakap orang itu jahat orang ini baik. allah lebih berhak untuk tentukan. aku manusia biasa.

aku tak tau nape aku jenis cepat kesian kat orang. kalo ade orang jual tisu memang cepat aku hulur duit nak beli tisu, macam tu jugak kalo tengok orang tak berupaya kt pasar2 malam minta sedekah. tapi tengok atas keadaan jugakla. kalo aku tengok memang tak mampu untuk cari rezeki sendiri aku tak keberatan menghulur. almaklumlah..tangan yang menghulur lebih baik dari yang menerima. aku ingat ayat tu sampai bila2. :)

setakat seringgit dua apalah sangat yang mampu aku tolong kan?

tadi pagi keluar rumah aku beli nasi lemak dari orang baru. aku terperasan akak dan abg ni dari semalam lagi. 1st time menjual. tadi aku beli dan macam biase aku meramahkan mulut aku yang dah sedia ramah tamah ni ha..borak2 dengan die. "baru meniaga ke bang?"...abg tu jawab.."baru hari kedua"..tepat sungguh jangkaan aku!
"selalunye abg niaga malam bawah blok tu, tapi pagi takde wat pape kat uma baik meniaga je dapat jugak lepas duit sekolah anak2"...aduh..bile dgr je perkataan anak2 terus aku jadi cam kesian! siyes!

walaupun kite tak berada di tempat die tapi cuba kita rasa ape yang dorang alami. aku hanya mampu menolong dgn membayar rm3.50 duit nasi lemak tu je. mungkin die tak la sesusah mana tapi bile melihatkan cara die berniaga memang untuk mencari rezeki bg anak bini makan memang buat aku tersentuh. die ikhlas.

mudah-mudahan allah murahkan rezekinye. dan semoga anak2nye membesar menjadi manusia berguna yang dapat menolong kelaurganye pulak satu hari nanti :)

1 comment

  1. Anonymous