assalamualaikum..
bape ramai antara kita yang sudah bersiap sedia menyiapkan payung sebelum hujan?
'sediakan payung sebelum hujan'. itu antara bait-bait kata Pn.Muji selaku pengasas Rumah Al-Ikhlas, Puchong. satu-satunya rumah jagaan orang-orang tua Islam yang ada di Malaysia. alhamdulillah ahad baru ni aku bersama 2 org lagi kwn berkesempatan join program amal ini anjuran #TwtupKaseh di twitter.
tmpt perjumpaan di Lrt Kelana Jaya dan Esso berdepan IOI Mall. kitorg pilih IOI Mall sebab itu yg terdekat kalo dari cheras hehe. cam biasela bile dah berkumpul ramai2 tu confirm ade yang lambatla yang sesat sume kan.
selepas dah berkumpul kitorg bergerak ramai2 ke Rumah Al-Iklas. dalam kul 2 camtu dah sampai. diiringi dengan hujan lebat. hujan rahmat kate orang. semua yang join program kali ni adelah anak2 muda. eh aku muda jugak okeeee!hahahaha. tapi kitorg kene take turn sebab kat dalam tu ade kunjungan dari student Uitm dihatiku dan UPM.
dalam kul 3 kitorg dapat masuk, beramah mesra dengan penghuni2, dengar penerangan oleh pengasas dan buat macam2 lagi aktiviti such as aktiviti berkumpulan sesama kitorg, mingle dengan semua penghuni dan sesi karaoke dengan penghuni2. best giler!!
my nenek angkat..opah! best borak2 ngn opah ni hehe
yes..ini sebenarnye peluang yg aku nantikan sekian lame. memang selalu cakap ngn mak aku teringin sangat nak buat keje2 amal camni. alhamdulillah dimakbulkan. mereka2 yang merancang aktiviti ini sememangnye awesome! credits to #aidasue!
congrats jugak buat semua yang menjayakan program #TwtupKaseh ni. walaupun sume muda2 lagi tapi tetap meluangkan masa bersama2 menggembirakan hati semua penghuni. korang memang gorjes dan kacak!!hehe
penghuni Rumah Al-Ikhlas ni ade seramai 50 orang yang diambil seluruh Malaysia. mereka2 ni sume ade penyakit. biasela orang tua kan. dengan kencing manis, darah tinggi, sakit lutut dan macam2 lagi. alhamdulillah masih jugak ada yang sayang sanggup menjaga dan memberi tempat berteduh buat mereka ini sume. terima kasih tak terhingga buat 'mak' iaitu Pn Muji :)
group 4. korang memang da best!!
mase mula2 masuk tu memang bergenang jugakla airmata. kesian tengok mereka2 ni sume. tak tau macamana nak gambarkan. untuk korang2 yang masih ade family tu hargailah mereka. bersiap sedia dari awal.
kalo korang2 ade nak bagi any sumbangan sangatlah dialu2kan ye. insyaallah aku dan kwn2 akan ke sini lagi. sebelum balik nenek2 dan opah serta atuk2 kat sini suruh kitorg datang lagi. sedih sangat bile dorang cakap camtu. yela most of them kt sini dah xde family members.
wishing tree untuk penghuni dari kami ;)
sayangi dan hargailah kaum keluarga anda. dan bantulah mereka2 yang kurang bernasib baik.