assalamualaikum :)
selamat hari jumaat dan jugak selamat datang buat bulan rejab! :) ade yang puase arini??
alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan usia oleh allah. diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup di muka bumi yang indah ini. usia yang dipinjamkan sekejap ini janganla disia2kan.
ok, malam tadi aku ngn kawan pegi ke midvalley tengok wayang cite 'KaraK'. ade sebab yang membuatkan aku jarang nak tengok filem2 melayu kat pawagam. begitu jugak dengan kawan aku. tak. bukan tak support filem melayu, tapi kekadang hasilnye kurang memuaskan. kite mengharap sesuatu yang lain tapi yang dapat just ok ok jek. sayangnye..
semestinye korang mengeluarkan duit tu untuk mendapat sesuatu yang berbaloi betul tak?. aku bukan tak cakap filem ni tak bagus. dari 10 bintang aku bole bagi 5 bintang. why? cite ni pada awalnye memang cam teruja, ade scene buat terkejut tapi bile dah sampai tengah2 and sampai ending dah jadi cam mendatar. kawan aku bole bantai tido tengok cite nih! oh my..nampak sangat bosan pada die.
well, filem2 ni sume depends jugak pada masing2. ade yang cakap best ade cakap tak. depends atas ko suke tengok filem genre yang macamane. aku sume aku belasah tengok janji jalan cite best and lain dari yang lain.
mase tengok trailer kat panggung beberapa bulan lepas memang aku teruja sangat nak tengok cite ni sebab dari kecik aku dah disajikan cerita2 pasal karak ni, nak2 pulak aku kalo balik kampung drive dah memang sah2 lalu karak highway ni. jangankan jalan lame, highway baru ni pun macam2 ade ye. aku pernah jugakla jadi beberapa kali tapi alhamdulillah takdela yang teruk2. tapi still terasa jugakla bile balik malam tu.
tapi bile tengok cite malam tadi aku tak rasa ianya mampu dibuat setakat itu. siyes pada aku kalo cite ni diolah lebih lagi confirm best! hanya 2-3 cerita mengenai karak tu je yang ada, yang lain tu lebih pada cerita lain. kalo ikutkan banyak lagi cerita2 yang aku dengar pasal karak tu. kalo dikumpulkn semuanya dan diceritakan semula betul2 confirm best! siyes.
ape2 pun..teruskan membuat filem melayu yang bagus2. aku tak tau why sampai skang aku masih lagi suke tengok filem2 allahyarham Tan Sri P.Ramlee walaupun dah beratus kali aku tengok! cerita yang simple tapi ko tak kan pernah jemu tengok...itulah seni yang agung :)
majulah filem malaysia. sile support industri filem malaysia!! hehe
Post a Comment