sesambil dok melayan youtube kat ofis ni ha dok tengok cite nora elena hehe. eh aku memang berhantu tengok cite nih. bole siap gado2 ngan mak aku sebab tunggu cite ni habis baru nak kuar umah yek hehe
tertarik dengan skrip antara adila dengan nora pasal cantik. nora jawab 'kecantikan bukan pada wajah tapi hati'...
memang betul pun. pada aku kecantikan pada wajah tak penting sebab ianya tak kekal lama. tapi kecantikan dalaman iaitu hati budi pekerti tu lebih penting. sebab ianya takkan musnah lagi hilang ditelan waktu.
ade ape dengan cantik pada wajah kalo hati dan perangai teruk?
muka tak cantik bole lagi pi cari ape2 kosmetik untuk bagi cantik. make up skit2 pun dah bole ubah wajah jadi cantik tapi cuba kalo hati busuk perangai cam hape, ade ubat ke bole baik??
takde manusia tak suke pada kecantikkan. tapi pada aku biarlah berpada. cantik tak salah sebab itu kurniaan allah. tapi ade jugak spesies manusia yang cantik tapi bongkak and berlagak. asyik nak memandang rendah orang lain je.
cantikkan la dulu hati dan perangai..insyaallah akan naik seri pada wajah. itu lebih cantik yang mana kecantikan datang dari hati suci akan terbit ke wajah...:)
Post a Comment