Kawan-Kawan

Archive for 2012

Pahit Manis Tahun 2012


posted by ceklala

2 comments

Assalamualaikum :)

Sampai sudah kita penghujung tahun 2012. alhamdulillah banyak sangat pengalaman dah aku kutip sepanjang tahun 2012 ni. ada pahit dan manis. semua tu sangat2 mengajar aku.

Kita tinggalkan yang pahit. kita tumpu pada yang manis aje yek. sebab pada aku yang pahit tu biarlah kita lupakan dan jadikan ianya pengakaran untuk kita menempuh tahun baru dan hari-hari yang mendatang.

Blog ni dari dulu tetap macam ni jugak. followers takdela riban-riban. ratus pun idakkkk!hahaha tapi aku tetap sayang semua yang sudi folo blog picisan aku ni dan baca repekan aku setiap kali aku update. memang kadang aku update mende tak masuk akal. tapi aku rasa takdela semua. ade jugak faktor-faktor ilmiah ye dak? ke takde langsung ni??hahaha

Pada aku da best memori paling aku tak boleh lupa sepanjang tahun ni adalah pencapaian travel aku. ohh mende yang paling aku suke buatttt! dari dulu lagi kot aku mengidam nak sangat pergi jalan2 macam orang lain. mengidam koooo!hahaha

Alhamdulillah Allah makbulkan jugak. walaupun aku takdela pegi sampai Europe sana (mimpi jela dapat pegi, mahal giler hoiii) tapi at least dapat jugak aku menjejakkan kaki ke beberapa negara. alhamdulillah sangat. syukur ya allah.

Kalo nak ikutkan bermula 2 tahun lepas, tapi time tu semangat takde lagi hihi. 1st trip aku adelah Umrah 2011 bersama mak dan ayah aku. bertiga je pegi. aku buat gila lagi 2 minggu nak pergi baru aku bitau nak join. tapi alhamdulillah memang rezeki aku, semua urusan setel dalam sehari. alhamdulillah sangat aku dijemput menjadi tetamu-Nya.

1. Dan...semenjak itulah kegilaan aku bermula. aku start dengan bulan 5 cuti hari pekerja aritu ke Seoul, Korea. ini aku pergi sorang. hati kental giler time ni hahaha. tapi sampai sane ade kawan aku ade tunggu. dia study kat sane. dan dah balik Malaysia pun raya baru ni. sayang sangat2 ko Ain!! tq so much bawak aku jenjalan! rindu giler nak pegi lagi! so far pada aku Seoul ni la tempat paling aku puas berjalan. walaupun sebenarnye tak semua tempat dapat cover tapi aku puas hati giler. yang penting impian aku dari kecik nak tengok bunga sakura dah tercapai!!



2. Aku teruskan beberapa bulan selepas tu dengan sekali lagi menjejak kan kaki ke Mekah dan juga Madinah bulan puasa baru ni. lagi sekali aku pergi last minit dengan mak ayah aku. biasela susah nak dapat cuti kalo pegi lelama ni kan. dan Alhamdulillah lagi sekali semuanya berjalan lancar dan selamat :)



3. Aku teruskan misi ke Krabi, Thailand. plan asalnya adalah bertiga sahaja. akhirnya berenam! best! sebab semua kepala gila-gila. walaupun memula cam ada drama skit tapi di akhiri dengan senyuman! bile lagi kekorang kite nak pi berjalan nih?? kaki aku dah gatal nih hahahaha



4. Penutup bagi tahun ni iaitu minggu lepas aku ke Phnom Penh, Cambodia. ini lagi sekali aku buat kerja gila jugak. lagi seminggu nak pergi baru beli tiket flight dan setel pa pe yang patut. plan asal memula pergi berdua dengan mak aku tapi di akhiri dengan akak and abang ipar aku bersama anak2nya hihi




Aku puas. bersyukur sangat sebenarnye. dengan gaji yang bape sen sangat aku kumpul dalam tabung ayam akhirnya dapat jugak aku merayap ke sana sini. aku pun tak tau aku boleh berhenti ke tidak dengan hobi baru ni. kepada bakal suami saya, tolongla fahami kehendak sanubari saya ni yek. hahahaha

Tahun baru...Lembaran baru.

Insyaallah mudah-mudahan Lembaran Baru memberi seribu makna dan erti yang lebih baik. mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan termasuk jodoh ku juga insyaallah.

Selamat Tinggal 2012.
Selamat Datang 2013!


Jawapan = Cambodia


posted by ceklala

4 comments

salam jumaat

jumaat yang terakhir untuk tahun 2012. insyaallah mudah-mudahan kita bertemu lagi pada jumaat tahun hadapan insyaallah :)

malang sungguh takde yang berjaya meneka ke mana aku menghilang cuti baru ni. korang ni cer creative skit bagi jawapan. siap ade yang jawab pi melaka tuuuu! takkan pi melaka naik flight sejam 40 minit kot boni?kikikiki




ini adalah sneak peak gambar yang sempat aku upload di instagram aku. oh silela folo yek kalo rajin 'shukrinfaradiba' hihi

aku kemana? ye negara jiran saja. iaitu Cambodia aka Kemboja. atau lebih tepat lagi aku ke Phnom Penh! :)

aku tak bape sihat ni, demam. musim kan. insyaallah next week aku sambung kisah pemergian aku ke Phnom Penh yek korang2. sabar tau. hiks daaaa



Siapa pemenang?


posted by ceklala

4 comments

hai korangggggg!

takde lagi yang jawab dengan betul. everytime aku buat give away takde lagi yang jawab dengan betul. ke hadiah tak menarik??hmmm..

cer bagitau korang nak hadiah ape kalo dapat jawab dengan betul. tapi janganla pulak mintak kereta ke rumah sejibik kat aku. nangis ler meks hahaha

tak jauh pun trip aku kali ni. flight sejam 40 minit dah sampai. haaaaa cepat teka!

tapi trip kali ni memang paling best. sebab ade mak aku. and dis time mak aku sempoi main redah jugak cam aku! 3 hari kat sane naik tuk tuk dari pagi sampai ke malam rilex jek. aku book bilik hotel yang cikai semalam rm60 pun die rilex. memang best!!

sesapa saje boleh jawab. even anonymous skalipun. tapi make sure tinggalkan email la so aku bole contact kalo jawapan betul. tak perlu folo pun takpe. aku tak kejam pun hihihi

main teka teki


posted by ceklala

5 comments


cuba teka aku ke mana cuti baru ni?

kalo dapat jawab aku kasi fridge magnet!! :)

Short Trip


posted by ceklala

4 comments

assalamualaikum...salam jumaat!

arini kalo ikutkan macam2 la spekulasi. wahhhh macam retis gituuu!hahaha yela ikut kan yang dok heboh 'calendar mayan' cakap arini kiamat kan. 21.12.2012. tapi siapa lah kita sebagai manusia punya hak untuk meramal?

segala yang jadi adalah kehendak Allah swt..

kadang annoying jugak la bile orang dok memain pertikaikan. yang pertikai tu dah cukup sangat ke pahala bagai? mempermainkan. itu kepercayaan agama dorang. kita patutnya lebih percaya pada qada dan qadar kita. jangan kutuk orang lain. tak baik.

dahla. aku bukan nak cakap pasal ni pun.

just nak bagitau aku akan ke short trip terakhir untuk tahun ini! yeayyyyy jenjalan lagi! hihihi ye aku janji ni last. sebab minggu depan dah last minggu kan before masuk tahun baru hahaha. ramai yang bercuti panjang kan sampai krismas ni. manfaatkan cuti sebaiknya okeh

aku ke mana? tunggu nanti aku update yek. untuk korang yang nak pergi bercuti jugak tu..jaga diri bebaik. jaga kesihatan makan dan minum. musim hujan tak menentu ni banyak wabak penyakit boleh kene kalo kita tak jaga.


 taking care sume. babaiiiiii! =)


20.12.2012


posted by ceklala

1 comment

cantik kan date hari ni!

kepada yang lahir pada tarikh cantik ini di ucapkan selamat hari lahir! moga diberkati allah swt hendaknya..kepada yang berkahwin hari ini pulak, moga kekal bahagia ke akhir hayat dan dipermudahkan segala urusan :)

kalo di ikutkan tahun ni paling banyak no cantik. tapi hari ni adalah hari terakhir date cantik untuk abad ini. sebab takde tarikh 13.13.2013 sebabnye kite takde bulan yang ke 13, hanya ade 12 bulan sahaja hihihi

mungkin ade ramai yang manfaatkan tarikh cantik hari ini sebagai kenangan terindah.

tak salah pun sebenarnye. apa salahnya kan. untuk aku yang memang tak berapa gemar akan no ni confirm aku pun akan pilih date cantik sebagai kenangan! senang nak ingat kata orang!hahahaha

jaga diri semua :)

Rabu dengan Gambar


posted by ceklala

1 comment



buatlah apa saja kerja sekalipun asalkan ianya halal :)



Durian + Crepe


posted by ceklala

1 comment

halluuuuuuuuu!

hai korang2. sihat? dah makan? aku dah. hihihi

lame giler tak update. bizi la korang. ujung minggu ni nak gi jenjalan. so wajib siapkan kerja dulu. baru la boleh jalan dengan senang hati! kalo tidak sambil jalan pun bole pikir. siap bole termimpi tu yang tak tahan!hahahaha


fuhhhh terliur tengok! aku cilok gambo ni dari si kecik http://chiqu3chill.blogspot.com/ ni ha. huiiiii siyes aku dah cam teringin sangat lepas tengok gambo die upload ni. korang kalo tak terliur aku rasa selera korang memang pelik ahh hahaha

rasenye ramai dah dari korang dah makan. best sangat ke? so far aku belum try rasa lagi. sebabnye aku tau dalam tu ade cream plus durian kan. aku makan durian tapi aku tak makan cream!

haaa itu sebab dekat 10 kali pikir nak makan hahaha. tapi insyaallah satu hari nanti nak try jugak makan.

kepada peminat tegar durian, silela cuba! =)

Date To Remember - 12.12.12


posted by ceklala

4 comments

ape yang menarik hari ni untuk di ingati?

pada aku biasa je. sama seperti hari2 lain jugak. kehidupan sama. cuma syukur alhamdulillah pada allah kerana diberi peluang lagi untuk bernafas di muka bumi ini :)

tepat jam 12 tengah malam tadi dekat twitter aku berderet2 sume wish 12.12.12.

sampaikan tadi pun tepat jam 12.12pm pun memasing sempat capture. yelah 12.12.12 ni adalah yang terakhir di abad ini. dah takde date cantik 13.13.13 sebabnye mane ade bulan ke 13 ye dak? hihihi

tahniah buat yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh cantik ini. moga kekal bahagia ke akhir hayat. buat yang baru nak bercouple pulak moga ke jinjang pelamin!

#BigBadWolf


posted by ceklala

1 comment

bukan serigala jadian menyalak ke ape ye. bukan bukannnn. so ape die #BigBadWolf ni?

sebenarnye ni adalah kali pertama dan jugak tahun pertama dorang buat event jualan buku terbesar. aku baru tau. sebelum2 ni tak pernah tau pun. sedihhhhh dan agak rugi jugak sebenarnye sebab aku baru tau!

ini pun aku tau sebab kawan aku bagitau. dan ramai dok tuit kat twitter.


aku pegi hari ahad baru ni. 63 jam tanpa tutup. maksudnye bukak untuk 63 jam tak tutup2. siyes tak tipu. ini aku pegi pukul 6.30 pagi yek ahad baru ni. semalam dah start 9 pagi sampai 9 malam. ko nampak tak walaupun aku cakap 6.30 pagi orang dah ramaiiiiii!

aku rasa dorang2 ni berkampung la kat situ tak balik2.

plan asal nak pegi kul 1 pagi. pastu member aku bgtau time tu nak masuk jem gilerrr! so aku pun pakat la tido dulu. subuh jela pegi. 4.30 pagi member aku dah tepon kejut suh bangun! hahahah aku cakap pi la dulu. aku pas subuh baru gerak. lagipun dengan rumah aku 10 minit dah sampai.

aku hanya tau mines je kat mane. tapi miecc ni aku tak tau. rupenye kat sebelah bangunan je pun. ade parking sume siap. dont worry. aku saran korang datang awal la. siyes tak rugi okeh. harga buku serendah 3 ringgit!

sebut je buku ape ko nak sume ade. travel, history, arts, kids, sport, recipe dan banyak lagila. siyes memang banyakkkkkk!

 
inilah belian hangus aku aritu. aku beli 7 buah buku. 3 buku masakan, 2 buku grafik untuk ofis aku dan jugak 1 novel bahasa inggeris 1 novel bahasa melayu. total duit hangus aritu hanyalah rm70!

aku sarankan korang pegila. tak rugi. untung lagi adelah.

nasib baik kul 8 lebih tu kawan aku ajak pi breakfast. rasanya kalo lama lagi kat situ boleh sawan aku. sume mende nak beli! hahaha. tapi siyes aku nak pegi lagi. aritu kejap sangat tak puas. kawan aku datang siap bawak luggage besar. dah macam nak pegi airport!hihihi


#BigBadWolf di buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9 malam bertempat di MineS Convention Centre dari jumaat lepas sehingga 22 disember ini. so jangan lepaskan peluang!! :)


Wanita Bertudung dan Rokok


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum dan selamat pagi!

how's weekend? korang buat ape jek? weekend aku best sangat! dipenuhi aktiviti berfaedah! berfaedah la sangat kannn hihi. tapi takpe. bukan nak cite pasal tu arini. tapi tajuk kat atas tu.

tertarik untuk bercerita pasal tu sebab tadi ade terbaca satu artikel pasal ni jugak. bukan nak cite pasal halal haram. tapi dari perspektif lain. aku bukan ustazah.

tapi pada aku mende ni terpulang jugak pada individu. sapa kita nak judge cakap orang itu baik orang ini jahat. kite takde hak pun. memang kite ade satu rasa untuk menegur, dengan cara baik, nak sama2 berubah ke arah kepada kebaikan. tapi still kita takde hak.

nak bercakap, nak menegur tu boleh. tapi biarlah berpada.


kenapa kene cakap perempuan yang bertudung tu kalo merokok dia jahat? abis tu cemana pulak dengan wanita yang tak bertudung tapi merokok? itu dikira cemana ye?

ini sume berkait dengan hati. rokok itu adalah perbuatan. kenapa kene cakap mende yang negatif? be positifla. mungkin sebelum die bertudung die berhijrah dulu lagi dia memang dah hisap rokok. dari sekolah mungkin terpengaruh dengan rakan2.

rokok dah jadi habit. so agak susah nak ubah. tak boleh nak expect die pakai tudung terus nak benti rokok. kalo dah tiap pagi habit ko kene gosok gigi sebelum makan tapi tetibe ko nak ubah tak bleh gosok gigi dah cemana? mesti agak janggal. sebab dah jadi sebati dalam diri. faham tak ni?

aku sendiri ade kawan perempuan yang merokok. ramai sebenarnye. yang tak bertudung merokok dan tak bertudung merokok. ade jugak aku tanye kenapa merokok? kan tak manis. jawapan masing-masing tersendiri.

sumenye bersebab. sebab yang tidak disengajakan.

tapi dorang tetap kawan. bukan dorang ajak aku pun merokok sama. kadang kite tengok dorang paling jahat tapi sebenarnye apda aku tidak. doranglah yang mempunyai hati paling baik dan bersih. sebab dorang berusaha untuk berubah walaupun lambat :)




#TwtupKaseh di Badan Amal Nur Zaharah


posted by ceklala

3 comments

Salam jumaat sume :)

Alhamdulillah sabtu lepas kami team #Twtupkaseh telah berjaya jugak menganjurkan acara penutup bagi tahun 2012 bersama dengan penghuni Badan Amal Nur Zaharah yang terletak di Janda Baik, Pahang. Seramai lebih kurang 40 pengguna Twitter dan 40 orang adik-adik penghuni menyertai acara ini. Ini adalah acara ke 9 anjuran team Twtupkaseh. yeayyyy!

Sume sukarelawan Twitter berkumpul seawal pukul 8 pagi di LRT Titiwangsa untuk menaiki bas yang disediakan. Perjalanan lebih kurang 45 minit dan tiba di Janda Baik pada pukul 10 pagi. wiiiiiiii jalan2!

Pukul 10.30 pagi kitorang dah start aktiviti. Dimulakan dengan bacaan doa kemudian pendaftaran dan jugak pembahagian kumpulan. Antara aktiviti ialah mencipta logo dan bendera, mencipta chant atau cheers, menulis surat dari dan kepada mentor dan mentee, permainan apungkan paperclip dan bermacam-macam lagi.

 
Acara berhenti sekejap untuk solat Zohor dan makan tengahari. Selepas makan tengahari, aktiviti santai pula diadakan iaitu mini talk berkenaan kehidupan dan karier, yang diharap dapat menaikkan semangat adik-adik untuk berjaya di masa depan. Time agak mengantuk sikit sebabnye kekenyangan kan. dapat bantal pun besttt!hahahaha

tau menu ape hari tu? ayam masak lemak cili api, ikan keli goreng, ulam, kobis goreng, sambal belacan dan jugak tempoyak!! haaaa gigih okeh aku pilih menu hihi


Sebelah petang pula diadakan sukaneka. Memang sangat meriah bila acara sukaneka seperti ambil gula-gula dalam tepung, bawa gula-gula menggunakan chopstik, baling belon berisi air dan isi air dalam botol menggunakan tangan. Meriah dan gamat! terjerit2 memasing! paling seronok sebenarnye bila lihat wajah kegembiraan adik-adik penghuni. Semua dah macam adik beradik :)



 
Sukaneka diakhiri dengan ‘perang’ air dan tepung sesama sukarelawan dan adik-adik!hihihi

6.30 petang kitorang sume bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Malam tu bola kan. Ade jugakla yang termiss nak ke stadium sebabnye sampai lambat hihi.Memang moment yang tak dapat dilupakan. Setiap bulan sebenarnye aku memang ke sini. Lari dari dunia realiti kejap. Kadang sorang2 pun sampai. bukan jauh sangat pun..30 minit dah sampai :)

ni group aku..Black Dragon..kumpulan 2 :)

sukarelawan yang datang memeriahkan hari tu :)


Mereka memang menunggu orang luar datang untuk bersama mereka. Apa salahnya sekali sekala kita memberi sinar baru dalam hidup orang lain. Insyaallah mudah-mudahan hidup kita diberkati. If korang nak menyumbangkan ape2 bantuan sangat lah di alu2kan. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit atau barangan keperluan boleh di hantar terus ke sana :)

Take care sume..

 

bercalar


posted by ceklala

2 comments

morning :)

tak tau apesal mood tengah tak bape best nak update belog. keje banyak malas pun ade jugak hihi so kalo dah bercampur baur tu faham2 jela yek

arini patutnye wordless wednesday kan tapi nak cite jugak. sikit je pun.

tadi nak pegi keje tengok-tengok kete dah kene calarrrrrrrrr! eiii stressssssssssssssss T_T

dendam betul aku ngan kete color merah lah. aritu kete lama pun sama jugak kene calar ngan kete merah. tak reti parking ke hape ni??? eiiii kalo aku dapat tau sape siapla. penat tau asyik g workshop pi betul. :( sobsss

tu je nak cakap. sedih. :( :(

cuti sekolah


posted by ceklala

2 comments

morning!

sihat korang? alhamdulillah aku pun sihat2 je ni. yang cuti sekolah tu kemana saje korang pegi? moga cuti kali ni lebih bermanfaat. luangkan lebih masa untuk family. sebab kita bukan tau bila kita akan pergi kan..

alhamdulillah selesai sudah projek akhir #TwtupKaseh yang berlangsung di Badan Amal Nur Zaharah Janda Baik Pahang..insyaallah gambar nanti aku upload yek :)

alhamdulillah semua berjalan lancar. pada aku event paling best dari #TwtupKaseh untuk tahun ni. adik2 pun sporting, volunteers yang datang jugak best dan sporting abis! ada drama air mata jugak!hihi

dan semalam aku repeat lagi ke sana dengan kawan2. sebabnye nak makan bakso dan duriannnn! hihihi. berdepan dengan badan amal ade cafe iaitu under badan amal ni jugak. setiap bayaran dari makanan yang korang makan akan terus disalurkan ke badan amal ni. kire sambil makan sambil menderma la

nak mandi sungai sekali tapi deras sangat airnye pastu dah macam teh pekat! hahahaha hujan paginya so memang tak bleh buat ape la..nanti datang lagi insyaallah

tu jela nak cite. ade keje nak buat. nanti sambung yek. taking care :)

Jenjalan Penutup Tahun 2012


posted by ceklala

2 comments

salam jumaat :)

minggu ni teruk betul update blog. main ikut dan jek kan. ampunnnn. kekangan masa la korang. nak buat cemana ye dak? kite kan kerja ngan orang so kenela ikut masa. kalo kreje sendiri suka hati lah nak kerja ke idak kan hihi

tadi kan aku dah terrrrrbeli! ha beli ape yek?


aku dah terbeli ni sebenarnye tadi. patutnye dok usha2 jek sekali amikkkk ko. sebab ape aku beli? sebabnye murah sangatttt! siyes tak tipu!

sorang tak sampai RM250 pun. ini pergi balik yek. sama cam aku dapat tiket gi krabi aritu. tapi tu la yang krabi tu 9 bulan awal beli baru dapat harga tuh. ini kire last minit jugakla beli tak sampai sebulan. alhamdulillah rezeki nampaknye.

kira ini penutup hujung tahunla. mak aku la bising2 suh bawak die jalan. haaa ma, moh ler kite jenjalan yek. so far pergi berdua jek. bapak aku tak ikut sebabnye die kene pi kedah sebulan ade keje. sian tak bleh ikut hihi

korang2 yang tak beli lagi tu dipersilakan usha2 mane tempat nak pergi yek. tiket murah still ade lagi tuh..jangan lepaskan peluang hiks :)


promo sehingga ahad ini!
 

Jom ke MAHA2012


posted by ceklala

2 comments

selamat pagi!

huiiii lamenye tak berupdate. sory yek. kebizian melanda. biasala dah bos bercuti kan so banyakla mende nak kene setelnye. bos pegi hong kong wehhhh! taknak pun bawak kite skali sobss :(

semalam memang hectic betul!

pagi semalam aku ke MAHA2012. korang dah pegi? aku dah. pagi2 lagi pegi ngan mak aku. ehh tetibe mak aku ade kan. terpaksa bawak skali sebabnye aku nak pegi tangkap gambo, lepas tu nak terus anta mak aku ke hospital, so tak payah la 2-3 kali patah balik kan


ramai dan PANAS! aku sian pada yang bawak anak kecik tuh. siyes panasssss.

tu pun aku sampai sane tepat jam 10 pagi. tak semua tempat dapat cover. besarrrrrr punye tempat!hiks tapi murahhhhh! murah bab jualan buah-buahan tu la. beli manggis 800gram tak sampai 3 hinggit pun! siyes murah!

korang-korang yang tak tau nak buat ape tu cuti sekolah ni silelah ke sana. tapi make sure korang datang pagi. kalo tengahari or petang baru nak sampai jawabnye jauhla nak menapak. aku yang datang awal pun bole tahan jauh jugak. sian mak aku.

pagi semalam ke Maha ni kat serdang pastu balik opis kat cheras, pastu pegi kg baru anta mak aku, pastu terus balik opis balik, pegi putrajaya plak anta annual report pastu patah balik cheras pastu pegi balik putrajaya anta gambo plak pastu pegi spital amik mak aku then baru sampai uma. hectic tak? phiewwwww penat!



Air Asia Promo 11 sen!


posted by ceklala

3 comments


nampak jelas dak? pagi2 bukak email terus nampak ni. ape lagi...terus la zaasssssss bukak website air asia. peluang jangan dilepaskan! hihi

so ape tunggu lagi korang2? peluang tak datang 24 kali kan? hikss. jom kite terjah http://www.airasia.com/my/en/home.page

selamat bercuti! :)

#Twtupkaseh collabo with Viva Palestina


posted by ceklala

1 comment

salam jumaat :)


sihat korang? insyaallah minggu depan lagi sekali #Twtupkaseh akan meneruskan kerja-kerja amal. kali ni kami akan ke Badan Amal Nur Zaharah, Janda Baik Pahang

untuk yang tak pernah tahu, Twtupkaseh adalah badan bukan kerajaan atau dipanggil NGO yang telah berdaftar yang menjalankan kerja-kerja kebajikan melalui Twitter. atau paling mudahnya aktivis yang menjalankan kerja-kerja kebajikan dari laman sosial

insyaallah event minggu depan adalah program yang ke 7 dari team #Twtupkaseh :)


dan bersempena dengan event minggu depan jugak kami malam ni ada mengadakan satu fund raising mengumpul segala keperluan asas seperti pakaian, makanan asas dan jugak duit untuk didermakan kepada anak yatim di Badan Amal Nur Zaharah, Janda Baik

kepada yang ingin menderma dan membantu sedikit sebanyak boleh la ke Rasta TTDI malam ni jam 9pm ke atas untuk bersama-sama memeriahkan. boleh direct email kepada aku di shukrin_farahdiba@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan

dan jugak...banyak betul dan hihi...malam ni kami akan bersama-sama dengan Viva Palestina My akan mengumpul sedikit dana untuk Gaza iaitu #SaveGaza. kalo tak boleh banyak kite hulur sedikit. insyaallah setiap huluran yang anda beri itu akan diberi ganjaran oleh Allah SWT insyaallah :)

Jangan lupa malam ni fund rasising collabo with Viva Palestina My at Rasta TTDI jam 9PM Please come and support us! :) 

Datang beramai-ramai ok!

RESCUE GAZA


posted by ceklala

3 comments


WAKE-UP!!!! RESCUE GAZA
Gaza perlukan bantuan Infaq kalian, situasi sangat genting!

Saya tidak akan pulang ke Tanah Air Tercinta selagi kutipan dana RESCUE GAZA tidak mencapai angka yang diperlukan......Saya akan terus mencari jalan untuk membuka mata semua Bangun untuk Gaza........Moga nyawa saya bukan sia-sia disisi Allah S.W.T.

INFAQ NOW!!!
Saya membuka laluan menggunakan akaun peribadi saya

untuk saluran terus ke Gaza. Keadaan border di Rafah yang tidak stabil, Bank dan Western Union ditutup akan melambatkan bantuan. Saya akan withdraw infaq kalian sehari RM5,000 x 4 debit cards saya. Sehari saluran terus boleh sampai RM25,000. Keperluan segera RM500,000.

Account : RHB Islamic
No : 10714560039776
Nama : Ahmad Sani Bin Abdul Alim Araby

Kalian juga boleh infaq ke Tabung Gaza MAPIM. Target keperluan RM2,000,000.
TABUNG GAZA MAPIM
BIMB: 08013010075820
MAYBANK ISLAMIC: 558220601374

Via Sani Araby Al-Kahery

Derma Aman Palestin


posted by ceklala

2 comments

Assalamualaikum.

Takda apa yang mampu kita tolong selain menghulur bantuan dari jauh. kita mungkin tak mampu ke sana membantu menyelamatkan atau membawa mereka keluar dari neraka dunia itu, tapi insyaallah kita mampu untuk menghulur sedikit bantuan untuk mereka terus hidup.


Menitis airmata melihat nasib rakyat di sana. tak kan kita hanya nak tengok saja tanpa membantu? aku mohon pada korang agar hulur lah sedikit sebanyak. insyaallah sedikit yang anda hulurkan itu mampu membantu mereka sedikit sebanyak. yang memberi itu lebih mulia dan lebih baik dari yang menerima.

Sumbangan anda bole disalurkan melalui:

AMAN PALESTIN BERHAD
Dana Sumbangan & Derma
 
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
 
****************************
 
Aman Palestin:
Untuk menderma kepada rakyat Palestin,taip PALESTINnilai derma(rm10/5/3/1)dan hantar ke 39111(Aman Palestin)
****************************
 
Further Info-




Bantulah mereka. insyaallah allah akan membalas setiap bantuan dan huluran yang korang sumbangkan..insyaallah. peringatan buat diri aku sendiri dan jugak untuk rakan-rakan. janganlah terlalu leka dengan apa yang kita ada sekarang. tidak mustahil satu hari nanti kita jugak akan jadi seperti mereka. semuanya kuasa Allah SWT...



Mc D FREE agenda tersendiri?


posted by ceklala

2 comments

ramai ke yang tengah beratur kat Mc D? arini Mc D bagi Egg McMuffin free dari kul 7 pagi sampai 11 pagi. ade sejam lagi kalo korang nak pegi.

 
dah aku semestinya bukan salah seorang yang tengah beratur atau sudah atau akan beratur. yelah dah masuk opis kan takda maknanya aku nak keluar balik semata-mata.

sana sini dok cakap pasal boikot ape sume. tapi pada aku la kan yang pegi beratur tu la dok pung pang kate nak boikot ape sume. biasala typical malaysian kan memang cenggitu. mulut cakap lain tapi kat belakang buat jugak.

kalo ikutkan nak sangat boikot banyak lagi mende lain. bukan Mc D je. tapi kebanyakkan produk seharian yang kita guna kebanyakkan dari sana. fikir-fikirkan lah dengan bijak ye :)

Manfaat cuti Deepavali


posted by ceklala

1 comment

good morning!!

sedih. tak dapat makan maruku. huhu. ade sesapa nak kasi sikit tak??

kemana korang semalam? haish mementang semalam cuti, pagi tadi malasnye nak bangun tido! rase nak sambung cuti jek tapi cuti tinggal sehari jek lagi. kene simpan, standby kalo ade pa pe kan

semalam pagi bangun-bangun kemas uma, basuh baju , kemas dapo ape sume. setel tu tengok tv pastu kuar jap sebab nak pegi kedai hp betulkan. hp aku tu jawabnye dah bole jadi arwah. pegi sana sini sume tak betulkan. kalo boleh pun dah macam harga beli hp tu. mahal wehhhh!

ade warranty tapi pegi kedai tu tutup plak semalam. pasni sile bile hp kat centre je yek. jadi pa pe senang!

tengahari semalam pegi makan kat kg baru. lame dah tak gi lunch sane. nasib kakak tu bukak. 11.30 pagi dah lunch! amik koooo! awal sangat kan hihi. setel makan gi klcc jap. boring tak tau nak gi mana. ramai jugak orang.

dalam kul 1 camtu mak ayah aku sampai. pastu dorang lunch kat kedai aku gi tadi. so patah la balik. dah setel tu dorang check in hotel pastu aku gi jenjalan ngan mak aku. shopping timeeeeeee!

giler tak suke kan. dah lame sangat aku tak shopping. sewel jap semalam sume mende rase nak beli hihi. sempat jugak rembat baju 3 helai ngan handbag satu! yeayyyyyy suke! so cuti deepavali semalam adalah paling bermanfaat untuk aku. bershopping dan luang masa untuk family. quality time orang kate hihi.

sok cuti awal muharram pulak. maghrib nanti jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun okeh. taking care. daaaa :)

Happy Diwali


posted by ceklala

1 comment

tengah makan maruku ke tu??hihih

makan ingat skit aku kat sini yek. takde pulak maruku kat opis ni nak buat kunyah-kunyah hihi. sok kene pegi belila jawabnye kalo nak makan kannn

selamat menyambut deepavali atau diwali iaitu pesta cahaya buat anda yang menyambutnye :)

May the Lights of Diwali bless your Family!

Nak kerja ke tidak ni??


posted by ceklala

1 comment

salam jumaat.

tadi baca blog kak diana http://comatosewithbraindamage.blogspot.com. aku memang suke baca blog dia. hari2 kot. cehh nampak sangat macam takde kerja kan? aku baca time aku takde kerja la. takdela aku nak mengadap 24 jam kan. tak berkat gaji wehhh

latest update pasal 'ofis hour vs working hours'. pada aku betul jugak. sama macam yang aku tengah buat ni jugakla. kita berkerja tapi berapa jam kite bekerja yang kita betul-betul buat kerja?? ha bape banyak perkataan kerja kat situ kikikiki

pada aku satu la, tak kisahla ko nak berfb ke blog ke menuit bagai tapi pada aku ko kerja so paham-pahamla. janganla ko kerja tapi buat-buat cam orang takde kerja. kalo bebetul memang takde kerja takpela kan. tak kisah. ni ade kerja tapi tak buat dok bertangguh.

even kadang aku ade jugak member tanye takde kerja ke bile aku sibuk bertuit berchat bagai. nampak macam takde keje langsung. padahal aku sesambil bertuit tu aku tengah buat kerja. kenela multitasking ye dak? hahahaha

pada aku tak kisahla ko kerja apa sekalipun kenela pandai bahagi masa. ko kerja dibayar gaji untuk buat kerja bukan untuk bersuka ria bersenang lenang goyang kaki. aku pun kadang bila takde kerja melayan tenet bagai bos aku bukan tak tau. dia tau siap nampak lagi. tapi yela kalo dah memang takde kerja sukahati la nak buat ape kan. dia pun tak marah. janji kerja ko siap.

berlainan pulak yang ada kerja tapi malas buat. aku kerja ikut dateline. kalo lambat dateline bole la buat slow motion. tapi kalo nak urgent memang takde maknenye nak bersenang lenang. kadang masuk ofis kul 9 pagi sampai 6.30ptg tu sampai tak sempat nak makan! haa tu aku bile dah banyak sangat kerja. kadang nak gi toilet pun boleh tahannnn!

baru ni aku pegi putrajaya pasang bunting kat setiap jabatan kerajaan dengan bos aku. dari pagi membawak ke petang. penat. macam2 kerenah orang gomen aku jumpa. ade sorang ni perempuan, jaga kaunter. die nampak aku ngan bos aku masuk and berdiri depan dia, tapi die boleh buat macam kitorang ni halimunan. die bergayut tak hingattt punya lama! memang macam takde perasaan lah. 

masalah skang ni bergayut guna hp opis bukan hp sendiri yek. dekat 15 minit jugak kitorang berdiri tunggu dia abis bergayut. aku memang nak pegi sound je. tapi bos aku tak kasi. 

lenkali kalo rasa nak kerja hari-hari untuk bergosip bergayut kat tepon silela duduk je rumah ye. 24 jam la ko bergosip pun takde orang nak marah!

sekian.

Pengangkutan Utama di Krabi


posted by ceklala

2 comments




dan semestinya... :)






Dominos Pizza Delivery - Online Order


posted by ceklala

3 comments

korang mesti rajin order delivery kan?

nasib baikla tak banyak sangat fastfood kat malaysia ni yang bole delivery. kalo tidak memang tiap hari la aku order. tapi kan aku jarang makan fast food. tapi at least sebulan sekali la. ehh banyak pulak aku punye tapi kan hihi kalo la sume jenis makanan kat malaysia ni delivery makin jadi pemalas la sume orang nak keluar rumah!

sekarang ni semuanya di hujung jari anda! ececeh ayat. selain dari bole call korang jugak bole jimatkan bill tepon dengan membuat order melalui online! yeayyy my favorite! tadi memasing malas nak kuar sebab banyak keje. so aku mensuggest order pizza je hihi


aku dah memang jadi antara pengorder bulanan tetap dominos. memang suke dominos sebab sedappppp!hahaha every month pun memang akan dapat 2 voucher bulanan untuk online ordering. tak susah pun kalo korang nak ade acc. just click "Order Now" tu then akan kuar box untuk "Log In". untuk yang baru 1st time korang boleh register dulu. dan untuk yang dah sedia ada acc korang bole terus order!

burpppp! alhamdulillah..aku kekenyangan ni. baru lepas makan dominos pizza ni hihi. favorite aku adalah Extravaganza! normally aku jugak akan order sekali dengan Garlic Cheese Onion Rings dan jugak Cinnastix! tak lupa Spaghetti Bolognese dan jugak Chicken Lasagna! sedapnyeeeee! korang bole order dan pilih dari menu yang diberi dan click untuk confirm order. if nak add on pun ade button :)

aku kalo makan pizza regular tu bole habis sorang!hahaha 

yang bagus jugak pasal online ordering ni meh sini nak bagitau....sebabnya korang bole track order yang korang dah place. nak tengok order yang aku dah place tadi? ni haa..


ha nampak? memang bagus la sistem ni. aku rasa sume patut buat camni.

so ape tunggu lagi? selamat mengorder dan menjamu selera! btw dominos pizza jarang anta lewat. sebab tu aku suke! tak lebih dari 30 min. if lambat dorang bagi extra coupon! extra sukeeee!hihih

jangan lupa dapatkan hadiah menarik untuk pengunjung bertuah blog aku yang ke 50000! bole check entry post aku yang sebelum ni k :)




50000 Bertuah!


posted by ceklala

2 comments

ok dah tak banyak masa untuk korang ni.

jika anda adalah pengunjung blog aku yang ke 50000..aku ada hadiah menarik! tak susah pun. tak perlu jadi follower pun bole join! 

caranya mudahnya adalah korang kene capture bukti korang adalah pengunjung yang ke 50000 itu. senang kan? so ape tunggu lagi??

no bertuah skang ni adalah...
cepatttt! :)

Air Asia X 5-hour Birthday Sale!


posted by ceklala

No comments

nak bercuti? nak dapatkan tiket dengan harga yang murah lagi menjimatkan?? pastikan korang tercongok depan laptop, computer atau hp memasing yang boleh book online tiket bermula jam 12 tengahari nanti! ini bukan mainan atau cobaan yek ini bebetul!! siyes tak tipu punye hahaha


ini adalah dari email yang aku dapat dari air asia. aku sharekan dengan korang sume :)


ini sebenarnye adalah khas untuk pengguna-pengguna BIG CARD yang loyal macam aku hihi. korang takde BIG CARD? takpe jangan risau. korang boleh SIGN UP sekarang jugak!

info lanjut boleh layari www.airasia.com

jom cuti-cuti! :)


Tips Bercuti Berkumpulan


posted by ceklala

2 comments

halluuuuuw! salam jumaat sume orang :)

oh ramai jugak yang berminat pegi bercuti-cuti ni yek. eh kalo tak minat tu tak tau nak cakap spesies ape dah hihi. sape tak suke jalan? sile turunkan tangan anda yek. sape suke jalan-jalan?? angkat tangan dan kakiiiii! kikiki *sewel*

sini aku nak share dengan korang mengenai beberapa perkara dan jugak tips jika korang ingin melancong secara berkumpulan. ade pro dan kontra jugakla. aku jenis tak kisah. sendiri-sendiri boleh berkumpulan pun boleh. yang penting kene easy-going orang kata.


kalo berkumpulan kita tak boleh pikir kehendak sendiri je. kene jugak pikir orang lain. contohnya mengenai nak duduk hotel dekat mana, aktiviti ape nak buat bila sampai dan sebagainya semua di ambil kira. kalo tak berkerjasama confirm nanti ade yang tarik muka. so tak bestla kan kalo bercuti macam tu.

tapi agak seronok juga jika bercuti berkumpulan ni. takdela boring sangat. nak-nak kalo yang sekepala perangai gila-gila kan. confirm meriah! tak lupa juga nak bagitau yang bila kite travel by group harga kalo amik package agak murah.

berlainan pula dengan bercuti bersendirian. kita bebas buat apa yang kita nak. terpulang pada masing-masing. kalo anda jenis yang suka ikut kepala sendiri dan tak suka ada gangguan yes ini pilihan anda. mungkin certain percutian korang perlukan kawan-kawan dan mungkin kadang kala perlukan masa bersendirian.

tapi aku lebih prefer bercuti bersama kumpulan. at least 2-3 orang. bahaya jika pergi bersendirian nak-nak perempuan. macam2 hal yang kita tak tau bole terjadi. elakkan selagi bole. jaga diri.

selamat bercuti!!



Perancangan Percutian Tahun 2013


posted by ceklala

5 comments

ramai yang suke cuti-cuti ek. bile aku post entry bab trip / cuti laju je ngomen yek korang!hahaha. camtu pasni aku kene rajin berjalan la, khas untuk kasi review kat korang. tapi tula ikutkan sebenarnye aku ade lagi 3 trip yang aku belum update. 2 over the sea dan satu dalam malaysia. tapi malassssssss!

ntahla bile penyakit M tu dapat dibendung ntah hihi.

so far untuk trip oversea tahun ni dah tamat dengan pemergian aku ke krabi thailand aritu. ade jugak perancangan nak pegi memana untuk hujung tahun tapi ntahla. tak decide pun, lagipun kalo nak pegi tak kan sorang ye dak?

aku selalu nak berjalan takde masalah. masalah besar aku adelah aku sorang. anak dara berjalan sorang..haish mau bapak aku bebel sepanjang tahun! at least ade sorang teman tu die ok la skit walaupun baru2 ni die dah bunyik skit bile aku sebut nak berjalan lagi!hahaha

nak wat cemana ye dak. selagi belum kawen apa salahnya aku buat ape yang aku suke. ape yang bole happy kan aku. tak kan nak duduk bermuram durja sepanjang masa pulak kan. so ini je cara aku nak melupakan segala kesedihan. cewahhhhhh!

so tahun depan kemana nak pegi yek? hmmm. 

adela beberapa tempat dalam list aku nk pegi macam jogjakarta, vietnam dan jugak bali tapi tu la..insyaallah kalo ade geng sampaila aku. ade sesapa nak ikut? ohh jangan risau ye kalo ko bertrip ngan aku confirm aku cari yang paling murah tapi best!! itu wajib okeh!hahahha

jogjakarta..

 bali..

vietnam..


mane satu nak pegi nih?? pegi sume bole tak? hihihi 



Review Cuti-cuti Hyatt Regency Kuantan


posted by ceklala

7 comments

morningsss!

sabtu ahad baru ni sempatla aku satu family bercuti-cuti. tak jauh pun dari rumah. 15 minit jek hihi. kat mana lagi kalo bukan Hyatt Regency Kuantan Resort yang terletak di Teluk Cempedak. tempat tumpuan untuk melepaks hahahah

paling happening bila malam menjelma. makin tengah malam makan ramai. kalo hujung minggu takyah cakapla. dengan sekarang segala macam fast food ada kat situ. pilih la ikut selera. sejak-sejak hp aku belum ok lagi so memangla takde gambo. harap maaf yek. aku google je hihi


ini kali ke-3 kalo tak silap aku check in kt Hyatt sini. lama dah tak pegi. sebab pikir dekat ngan rumah kan. teluk cempedak ni takyah cakap tiap kali balik pun pegi lepak hihi.

sampai-sampai dari bilik tengok pantai memang tengah cantik! air membiru. kalah Ao Nang aku pegi aritu. siyes pantai kat Malaysia ni lagi cantik! aku suggest korang pegila ke Tioman atau Perhentian or Redang. siyes tak rugi! sangat cantik

kalo korang tido kat Hyatt Kuantan ni tak perlu risau pasal nak makan ape sume. sebab kat sini sume ade. cafe die food sume sedappppp! kitorg check in dalam pukul 2. lepas tu memasing terus keluar. takdenye nak duduk bilik. bukan penat pun travel dari rumah. 15 min dah sampai!hihi

taknak makan kat hotel pun bole. jalan je kaki ikut pantai ke TC. 2 minit dah sampai hihi. sume ade. Mc D, KFC, Burger King, Chatime sume ade! eh food court pun ade tau. so memang senangla. kebetulan jugak time kitorang check in aritu sabtu aritu ade perjumpaan Twitter Kuantan kt TC. so meriahla dengan segala gerai jualan ape sume.


bilik besar boleh tahan. kitorang sume skali 9 dewasa 3 kanak-kanak dan sorang baby. so yang sorang dewasa kene tido atas lantai tu tak lain dan tak bukan....akula. sape suruh ko tak kawen lagi????  -___-  sadisss!

ade 2 pool. untuk kanak-kanak dan juga dewasa. ade jugak gym, snooker, basikal dan macam2 lagilah aktiviti korang boleh buat kat sini. tak lupa jugak spa!!

layanan memang best! so untuk korang-korang yang nak bercuti ke kuantan aku suggest korang ke sini. sebab memang best! everything best!! 

seronok dapat berkumpul bercuti bersama keluarga. jarang dapat peluang camni :)


8 JAM Perjalanan...


posted by ceklala

3 comments

assalamualaikum...

dengar khabar arini pun highway di beberapa tempat masih lagi jammed sejak semalam. alhamdulillah aku dah selamat sampai tepat jam 11 malam tadi di rumah setelah mengharung perjalanan yang cukup lama. padahal bukan jauh sangat pun :(

8 jam dari kuantan ke kl. aku bertolak jam 4 petang dan sampai rumah tepat jam 11 malam. 7 jam di highway LPT dan sejam lagi dari tol gombak melalui mrr2 balik rumah. siyes tak pernah-pernah jadi camni. penatttttttt! sampai rumah terus tido!

selalu aku balik makan masa pun dalam 4 jam je pun. ini 2 kali ganda! setiap hentian r n r penuh sesak! nak masuk susur pun dah dekat 500 meter. tu belum lagi yang nak isi minyak. dekat 1km beratur menunggu! aku sampai tak minum air dalam kete sebab takut kang nak gi toilet! yela nak benti kat mana kan kalo dah penuh camtu. agak kesian kalo ade yang sakit perut cirit birit!

kesian jugak bagi yang ada anak kecik. mesti mengaruk dalam kete dok lelama. aku yang sorang ni pun dengan rasa nak terlelapnye dan rimas. siap bersila dalam kete sebab dah lenguh sangat! nasib baik isi minyak penuh tank. kalo tidak tak taula kul bape pagi baru sampai. alhamdulillah takde excident, cuma banyak kete yang tersadai semalam.

agaknya kalo negara darurat ke ape aku dah bole bayangkan akan jadi camni jugak kot. bile malam dah jadi macam pesta lampu!! siap ade yang benti tepi jalan borak-borak lagi. dah jenuh sangat tunggu rasanya hihi

ape pun inilah yang meriahnya tentang raya. semua berkumpul beraya bersama. seronok!

Salam Aidiladha


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum...

dah selamat pulang ke kampung? aku belum. insyaallah lepas setel sume keje aku gerak la balik. tunggu permission bos je ni. tak rasa macam besok nak raya pun hihi

pada yang bakal pulang ke kampung petang nanti atau malam atau bila-bila masa dari sekarang..berhati-hatilah di jalan raya. pulang dengan selamat. tak payah nak terkejar-kejar sangat. kampung tu tak lari pun. nyawa tu lebih berharga.

insyaallah besok aku satu family buat kurban. sekor lembu satu family. pastu besok malam pesta bbq lembu la kan!hihihi. aku tiap tahun pun turun padang menolong melapah. ye jangan tak percaya je. kitorang buat sama-sama. takdela serah semua kat orang. tolong la sikit-sikit mana yang bole.


alhamdulillah tahun ni aku dimurahkan rezeki dapat sama-sama buat kurban. ni 1st time buat untuk diri sendiri. selalunye ayah aku buat kan. tahun ni dapat buat sendiri lain macam jugak dia punya excited!hahahah

so selamat bercuti kepada semua. jaga diri bebaik. jangan lebih sangat makan. limit sikit yek. jangan macam orang tak makan seminggu pulak. hahahah. selamat berbuka puasa buat yang berpuasa 9 zulhijjah. gila awal ucap selamat berbuka kann hahaha lantak. sentiasa ingat mereka yang kurang berkemampuan. sama-sama kita bantu membantu sesama kita insyaallah :)




Sayangi apa yang kamu ada


posted by ceklala

3 comments

korang sayang mak korang tak?

aku sayang mak aku sangat-sangat. dulu kekecik takdela rapat sangat ngan mak. tapi bila adik beradik lain sume dah kawen barula aku bebetul rapat. sume mende aku cite kat mak aku. dan mak aku pun sume mende cite ke aku. takde rahsia.

semalam lunch time sempatla balik uma sekejap. sampai-sampai bukak hbo kejap tengok ape yang menarik. ade movie tajuk 'One True Thing'. lakonan hebat pelakon feveret aku iaitu Meryl Streep dan jugak Renee Zellweger.


walaupun dapat tengok sejam je tapi siyes. filem ni sedih weh. pasal mak dia sakit barah. aku lupa barah ape. ya allah apesal aku macam dah tua sangat nih??? sume mende lupa! =_="

sedihnya bila kita dapat tau kita dah tak dapat hidup lama. kita taknak sakit tapi kita terpaksa jugak hadapi. bukan yang sakit je sengsara tapi seluruh keluarga. bila tengok orang yang kita sayang sakit sape la yang tak sedih kan. kalo bole kita nak happykan semua orang tapi kita tak mampu. aku tak bole betul tengok kisah camni. sedih wehhh. melelh jugakla. sobs.

korang-korang yang ada mak ayah tu, ade lagi adik beradik sayangilah selagi mereka ada. buat jela apa saja yang termampu untuk membahagiakan mereka. sebab kite tak kan pernah tau siapa antara kita yang akan pergi dulu...

Jenjalan & Paranormal Activity 4


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum

hai korang. cane weekend? aku weekend baru ni pegi jenjalan tanpa arah tujuan. ikut sedap rasa namanya hihi. kebetulan mak ayah aku ade kt kl ni kan so sekali la. jumaat tu besday mak aku. aku ngan akak aku awal2 dah beli voucher kt groupon untuk cuti2 morib.

akak n mak ayah aku pegi dulu sebab aku takde cuti. tapi petang pas keje aku amik erl terus ke lcct. dorang amik kat sana. jauh jugak ke dalam. so far ok la. gold coast morib ade theme park. so kalo sesapa area situ takyah la jauh-jauh nak datang sunway lagoon. situ pun ok bawak family. cuma takdela sebesar sunway lagoon. jap aku google gambo.


orang lain pegi mandi manda aku bawak mak aku gi massage. besday mak aku kan sekali sekala apa salahnya bawak :) sabtu tu lepas check out pegi lunch. pastu time lunch tu la bapak aku cakap nak sambung cuti gi melaka. aku pun ape lagi...nak ikuttttt!hahaha

ikut jalan lama. best jugak lalu jalan kampung. memang lambat tapi ok je sekali sekala lalu jalan dalam. asyik lalu highway je kan.

berjalan dengan family dengan berjalan sendiri lain. kalo aku pegi sendiri abis satu melaka aku jelajah. jalan dengan family ni biasa la. faham-faham sudah. tak dapat la sume tempat nak pegi kan. takpe yang penting masa berkualiti bersama keluarga tu yang aku suke! =)

kat dataran pahlawan jumpa kedai beg memurah. dengan mak aku dengan bapak aku sume beli!hahaha apesal kt kl ni aku tak jumpa kedai cenggitu?? tapi okla at least ade la aku beli dari sane. tak beli belacan pun sebab stock ade lagi. yang penting aku mestila beli favourite aku iaitu bahulu kampung!! sukeeeeee sangat!hihi

malam tadi aku pegi tengok movie premier paranormal activity 4. tetibe je pun kawan aku cakap ade pass lebih. ape lagi. zassssss! tapi seram hoiiiiii! aku dahla sesorang kat umah. teringat2! tapi yang 1st siyesly sampai skang aku ingat. paling seram kot!

 
die bukan seram apa. hantu takde tunjuk rupa pun. pada aku yang camtu lagi aku takut. tetibe ade mende gerak. tetibe ade mende kat belakang. tetibe zassssss melintas! serammm! aku bile part malam je mulala tengok dari belahan jejari aku. hahahahah kalo tutup sume rugi la kan tak dapat tengok!

ini namanya penakut2 tapi berani ko tau dak. hahahah. kalo sakit jantung tak digalakkan tengok. tapi kalo berani korang wajib pegi tengok yek.

tu jela nak cite pun. aku bz la. bai. hahahaha