Kawan-Kawan

#TwtupKaseh di Badan Amal Nur Zaharah


posted by ceklala

3 comments

Salam jumaat sume :)

Alhamdulillah sabtu lepas kami team #Twtupkaseh telah berjaya jugak menganjurkan acara penutup bagi tahun 2012 bersama dengan penghuni Badan Amal Nur Zaharah yang terletak di Janda Baik, Pahang. Seramai lebih kurang 40 pengguna Twitter dan 40 orang adik-adik penghuni menyertai acara ini. Ini adalah acara ke 9 anjuran team Twtupkaseh. yeayyyy!

Sume sukarelawan Twitter berkumpul seawal pukul 8 pagi di LRT Titiwangsa untuk menaiki bas yang disediakan. Perjalanan lebih kurang 45 minit dan tiba di Janda Baik pada pukul 10 pagi. wiiiiiiii jalan2!

Pukul 10.30 pagi kitorang dah start aktiviti. Dimulakan dengan bacaan doa kemudian pendaftaran dan jugak pembahagian kumpulan. Antara aktiviti ialah mencipta logo dan bendera, mencipta chant atau cheers, menulis surat dari dan kepada mentor dan mentee, permainan apungkan paperclip dan bermacam-macam lagi.

 
Acara berhenti sekejap untuk solat Zohor dan makan tengahari. Selepas makan tengahari, aktiviti santai pula diadakan iaitu mini talk berkenaan kehidupan dan karier, yang diharap dapat menaikkan semangat adik-adik untuk berjaya di masa depan. Time agak mengantuk sikit sebabnye kekenyangan kan. dapat bantal pun besttt!hahahaha

tau menu ape hari tu? ayam masak lemak cili api, ikan keli goreng, ulam, kobis goreng, sambal belacan dan jugak tempoyak!! haaaa gigih okeh aku pilih menu hihi


Sebelah petang pula diadakan sukaneka. Memang sangat meriah bila acara sukaneka seperti ambil gula-gula dalam tepung, bawa gula-gula menggunakan chopstik, baling belon berisi air dan isi air dalam botol menggunakan tangan. Meriah dan gamat! terjerit2 memasing! paling seronok sebenarnye bila lihat wajah kegembiraan adik-adik penghuni. Semua dah macam adik beradik :)



 
Sukaneka diakhiri dengan ‘perang’ air dan tepung sesama sukarelawan dan adik-adik!hihihi

6.30 petang kitorang sume bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Malam tu bola kan. Ade jugakla yang termiss nak ke stadium sebabnye sampai lambat hihi.Memang moment yang tak dapat dilupakan. Setiap bulan sebenarnye aku memang ke sini. Lari dari dunia realiti kejap. Kadang sorang2 pun sampai. bukan jauh sangat pun..30 minit dah sampai :)

ni group aku..Black Dragon..kumpulan 2 :)

sukarelawan yang datang memeriahkan hari tu :)


Mereka memang menunggu orang luar datang untuk bersama mereka. Apa salahnya sekali sekala kita memberi sinar baru dalam hidup orang lain. Insyaallah mudah-mudahan hidup kita diberkati. If korang nak menyumbangkan ape2 bantuan sangat lah di alu2kan. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit atau barangan keperluan boleh di hantar terus ke sana :)

Take care sume..

 

3 comments