Kawan-Kawan

#BigBadWolf


posted by ceklala

1 comment

bukan serigala jadian menyalak ke ape ye. bukan bukannnn. so ape die #BigBadWolf ni?

sebenarnye ni adalah kali pertama dan jugak tahun pertama dorang buat event jualan buku terbesar. aku baru tau. sebelum2 ni tak pernah tau pun. sedihhhhh dan agak rugi jugak sebenarnye sebab aku baru tau!

ini pun aku tau sebab kawan aku bagitau. dan ramai dok tuit kat twitter.


aku pegi hari ahad baru ni. 63 jam tanpa tutup. maksudnye bukak untuk 63 jam tak tutup2. siyes tak tipu. ini aku pegi pukul 6.30 pagi yek ahad baru ni. semalam dah start 9 pagi sampai 9 malam. ko nampak tak walaupun aku cakap 6.30 pagi orang dah ramaiiiiii!

aku rasa dorang2 ni berkampung la kat situ tak balik2.

plan asal nak pegi kul 1 pagi. pastu member aku bgtau time tu nak masuk jem gilerrr! so aku pun pakat la tido dulu. subuh jela pegi. 4.30 pagi member aku dah tepon kejut suh bangun! hahahah aku cakap pi la dulu. aku pas subuh baru gerak. lagipun dengan rumah aku 10 minit dah sampai.

aku hanya tau mines je kat mane. tapi miecc ni aku tak tau. rupenye kat sebelah bangunan je pun. ade parking sume siap. dont worry. aku saran korang datang awal la. siyes tak rugi okeh. harga buku serendah 3 ringgit!

sebut je buku ape ko nak sume ade. travel, history, arts, kids, sport, recipe dan banyak lagila. siyes memang banyakkkkkk!

 
inilah belian hangus aku aritu. aku beli 7 buah buku. 3 buku masakan, 2 buku grafik untuk ofis aku dan jugak 1 novel bahasa inggeris 1 novel bahasa melayu. total duit hangus aritu hanyalah rm70!

aku sarankan korang pegila. tak rugi. untung lagi adelah.

nasib baik kul 8 lebih tu kawan aku ajak pi breakfast. rasanya kalo lama lagi kat situ boleh sawan aku. sume mende nak beli! hahaha. tapi siyes aku nak pegi lagi. aritu kejap sangat tak puas. kawan aku datang siap bawak luggage besar. dah macam nak pegi airport!hihihi


#BigBadWolf di buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9 malam bertempat di MineS Convention Centre dari jumaat lepas sehingga 22 disember ini. so jangan lepaskan peluang!! :)


1 comment