Kawan-Kawan

Pahit Manis Tahun 2012


posted by ceklala

2 comments

Assalamualaikum :)

Sampai sudah kita penghujung tahun 2012. alhamdulillah banyak sangat pengalaman dah aku kutip sepanjang tahun 2012 ni. ada pahit dan manis. semua tu sangat2 mengajar aku.

Kita tinggalkan yang pahit. kita tumpu pada yang manis aje yek. sebab pada aku yang pahit tu biarlah kita lupakan dan jadikan ianya pengakaran untuk kita menempuh tahun baru dan hari-hari yang mendatang.

Blog ni dari dulu tetap macam ni jugak. followers takdela riban-riban. ratus pun idakkkk!hahaha tapi aku tetap sayang semua yang sudi folo blog picisan aku ni dan baca repekan aku setiap kali aku update. memang kadang aku update mende tak masuk akal. tapi aku rasa takdela semua. ade jugak faktor-faktor ilmiah ye dak? ke takde langsung ni??hahaha

Pada aku da best memori paling aku tak boleh lupa sepanjang tahun ni adalah pencapaian travel aku. ohh mende yang paling aku suke buatttt! dari dulu lagi kot aku mengidam nak sangat pergi jalan2 macam orang lain. mengidam koooo!hahaha

Alhamdulillah Allah makbulkan jugak. walaupun aku takdela pegi sampai Europe sana (mimpi jela dapat pegi, mahal giler hoiii) tapi at least dapat jugak aku menjejakkan kaki ke beberapa negara. alhamdulillah sangat. syukur ya allah.

Kalo nak ikutkan bermula 2 tahun lepas, tapi time tu semangat takde lagi hihi. 1st trip aku adelah Umrah 2011 bersama mak dan ayah aku. bertiga je pegi. aku buat gila lagi 2 minggu nak pergi baru aku bitau nak join. tapi alhamdulillah memang rezeki aku, semua urusan setel dalam sehari. alhamdulillah sangat aku dijemput menjadi tetamu-Nya.

1. Dan...semenjak itulah kegilaan aku bermula. aku start dengan bulan 5 cuti hari pekerja aritu ke Seoul, Korea. ini aku pergi sorang. hati kental giler time ni hahaha. tapi sampai sane ade kawan aku ade tunggu. dia study kat sane. dan dah balik Malaysia pun raya baru ni. sayang sangat2 ko Ain!! tq so much bawak aku jenjalan! rindu giler nak pegi lagi! so far pada aku Seoul ni la tempat paling aku puas berjalan. walaupun sebenarnye tak semua tempat dapat cover tapi aku puas hati giler. yang penting impian aku dari kecik nak tengok bunga sakura dah tercapai!!



2. Aku teruskan beberapa bulan selepas tu dengan sekali lagi menjejak kan kaki ke Mekah dan juga Madinah bulan puasa baru ni. lagi sekali aku pergi last minit dengan mak ayah aku. biasela susah nak dapat cuti kalo pegi lelama ni kan. dan Alhamdulillah lagi sekali semuanya berjalan lancar dan selamat :)



3. Aku teruskan misi ke Krabi, Thailand. plan asalnya adalah bertiga sahaja. akhirnya berenam! best! sebab semua kepala gila-gila. walaupun memula cam ada drama skit tapi di akhiri dengan senyuman! bile lagi kekorang kite nak pi berjalan nih?? kaki aku dah gatal nih hahahaha



4. Penutup bagi tahun ni iaitu minggu lepas aku ke Phnom Penh, Cambodia. ini lagi sekali aku buat kerja gila jugak. lagi seminggu nak pergi baru beli tiket flight dan setel pa pe yang patut. plan asal memula pergi berdua dengan mak aku tapi di akhiri dengan akak and abang ipar aku bersama anak2nya hihi




Aku puas. bersyukur sangat sebenarnye. dengan gaji yang bape sen sangat aku kumpul dalam tabung ayam akhirnya dapat jugak aku merayap ke sana sini. aku pun tak tau aku boleh berhenti ke tidak dengan hobi baru ni. kepada bakal suami saya, tolongla fahami kehendak sanubari saya ni yek. hahahaha

Tahun baru...Lembaran baru.

Insyaallah mudah-mudahan Lembaran Baru memberi seribu makna dan erti yang lebih baik. mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan termasuk jodoh ku juga insyaallah.

Selamat Tinggal 2012.
Selamat Datang 2013!


2 comments