Kawan-Kawan

Sayangi apa yang kamu ada


posted by ceklala

3 comments

korang sayang mak korang tak?

aku sayang mak aku sangat-sangat. dulu kekecik takdela rapat sangat ngan mak. tapi bila adik beradik lain sume dah kawen barula aku bebetul rapat. sume mende aku cite kat mak aku. dan mak aku pun sume mende cite ke aku. takde rahsia.

semalam lunch time sempatla balik uma sekejap. sampai-sampai bukak hbo kejap tengok ape yang menarik. ade movie tajuk 'One True Thing'. lakonan hebat pelakon feveret aku iaitu Meryl Streep dan jugak Renee Zellweger.


walaupun dapat tengok sejam je tapi siyes. filem ni sedih weh. pasal mak dia sakit barah. aku lupa barah ape. ya allah apesal aku macam dah tua sangat nih??? sume mende lupa! =_="

sedihnya bila kita dapat tau kita dah tak dapat hidup lama. kita taknak sakit tapi kita terpaksa jugak hadapi. bukan yang sakit je sengsara tapi seluruh keluarga. bila tengok orang yang kita sayang sakit sape la yang tak sedih kan. kalo bole kita nak happykan semua orang tapi kita tak mampu. aku tak bole betul tengok kisah camni. sedih wehhh. melelh jugakla. sobs.

korang-korang yang ada mak ayah tu, ade lagi adik beradik sayangilah selagi mereka ada. buat jela apa saja yang termampu untuk membahagiakan mereka. sebab kite tak kan pernah tau siapa antara kita yang akan pergi dulu...

3 comments

  1. Anonymous