Kawan-Kawan

Nak kerja ke tidak ni??


posted by ceklala

1 comment

salam jumaat.

tadi baca blog kak diana http://comatosewithbraindamage.blogspot.com. aku memang suke baca blog dia. hari2 kot. cehh nampak sangat macam takde kerja kan? aku baca time aku takde kerja la. takdela aku nak mengadap 24 jam kan. tak berkat gaji wehhh

latest update pasal 'ofis hour vs working hours'. pada aku betul jugak. sama macam yang aku tengah buat ni jugakla. kita berkerja tapi berapa jam kite bekerja yang kita betul-betul buat kerja?? ha bape banyak perkataan kerja kat situ kikikiki

pada aku satu la, tak kisahla ko nak berfb ke blog ke menuit bagai tapi pada aku ko kerja so paham-pahamla. janganla ko kerja tapi buat-buat cam orang takde kerja. kalo bebetul memang takde kerja takpela kan. tak kisah. ni ade kerja tapi tak buat dok bertangguh.

even kadang aku ade jugak member tanye takde kerja ke bile aku sibuk bertuit berchat bagai. nampak macam takde keje langsung. padahal aku sesambil bertuit tu aku tengah buat kerja. kenela multitasking ye dak? hahahaha

pada aku tak kisahla ko kerja apa sekalipun kenela pandai bahagi masa. ko kerja dibayar gaji untuk buat kerja bukan untuk bersuka ria bersenang lenang goyang kaki. aku pun kadang bila takde kerja melayan tenet bagai bos aku bukan tak tau. dia tau siap nampak lagi. tapi yela kalo dah memang takde kerja sukahati la nak buat ape kan. dia pun tak marah. janji kerja ko siap.

berlainan pulak yang ada kerja tapi malas buat. aku kerja ikut dateline. kalo lambat dateline bole la buat slow motion. tapi kalo nak urgent memang takde maknenye nak bersenang lenang. kadang masuk ofis kul 9 pagi sampai 6.30ptg tu sampai tak sempat nak makan! haa tu aku bile dah banyak sangat kerja. kadang nak gi toilet pun boleh tahannnn!

baru ni aku pegi putrajaya pasang bunting kat setiap jabatan kerajaan dengan bos aku. dari pagi membawak ke petang. penat. macam2 kerenah orang gomen aku jumpa. ade sorang ni perempuan, jaga kaunter. die nampak aku ngan bos aku masuk and berdiri depan dia, tapi die boleh buat macam kitorang ni halimunan. die bergayut tak hingattt punya lama! memang macam takde perasaan lah. 

masalah skang ni bergayut guna hp opis bukan hp sendiri yek. dekat 15 minit jugak kitorang berdiri tunggu dia abis bergayut. aku memang nak pegi sound je. tapi bos aku tak kasi. 

lenkali kalo rasa nak kerja hari-hari untuk bergosip bergayut kat tepon silela duduk je rumah ye. 24 jam la ko bergosip pun takde orang nak marah!

sekian.

1 comment