Kawan-Kawan

Wanita Bertudung dan Rokok


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum dan selamat pagi!

how's weekend? korang buat ape jek? weekend aku best sangat! dipenuhi aktiviti berfaedah! berfaedah la sangat kannn hihi. tapi takpe. bukan nak cite pasal tu arini. tapi tajuk kat atas tu.

tertarik untuk bercerita pasal tu sebab tadi ade terbaca satu artikel pasal ni jugak. bukan nak cite pasal halal haram. tapi dari perspektif lain. aku bukan ustazah.

tapi pada aku mende ni terpulang jugak pada individu. sapa kita nak judge cakap orang itu baik orang ini jahat. kite takde hak pun. memang kite ade satu rasa untuk menegur, dengan cara baik, nak sama2 berubah ke arah kepada kebaikan. tapi still kita takde hak.

nak bercakap, nak menegur tu boleh. tapi biarlah berpada.


kenapa kene cakap perempuan yang bertudung tu kalo merokok dia jahat? abis tu cemana pulak dengan wanita yang tak bertudung tapi merokok? itu dikira cemana ye?

ini sume berkait dengan hati. rokok itu adalah perbuatan. kenapa kene cakap mende yang negatif? be positifla. mungkin sebelum die bertudung die berhijrah dulu lagi dia memang dah hisap rokok. dari sekolah mungkin terpengaruh dengan rakan2.

rokok dah jadi habit. so agak susah nak ubah. tak boleh nak expect die pakai tudung terus nak benti rokok. kalo dah tiap pagi habit ko kene gosok gigi sebelum makan tapi tetibe ko nak ubah tak bleh gosok gigi dah cemana? mesti agak janggal. sebab dah jadi sebati dalam diri. faham tak ni?

aku sendiri ade kawan perempuan yang merokok. ramai sebenarnye. yang tak bertudung merokok dan tak bertudung merokok. ade jugak aku tanye kenapa merokok? kan tak manis. jawapan masing-masing tersendiri.

sumenye bersebab. sebab yang tidak disengajakan.

tapi dorang tetap kawan. bukan dorang ajak aku pun merokok sama. kadang kite tengok dorang paling jahat tapi sebenarnye apda aku tidak. doranglah yang mempunyai hati paling baik dan bersih. sebab dorang berusaha untuk berubah walaupun lambat :)