Kawan-Kawan

Azam Baru 2013


posted by ceklala

3 comments

halieewwwww! 

haa nampak tak cara baru tahun baru nak sambut orang masuk blog?hahahaha menggedik namanya nih :D

so cemana korang punye malam new year? sambut di mana? aku? di rumah saja. seorang diri macam selalu. sama jugak macam tahun-tahun sebelumnya. takde yang berbeza pun even dah masuk tahun baru.

tapi mungkin dari segi lain akan berubah sikit. insyaallah.

so ape azam korang sempena tahun baru ni? kengkawan aku yang aku dengar dah macam-macam yang keluar. nak kawenlah nak beli rumah nak pegi situ sinila memacam! tapi seronok sebenarnye bila dengar azam orang lain. sedikit sebanyak memberi inspirasi buat kita.

aku pun tetiap tahun pasang azam. tapi takdela macam beria sangat. aku lebih suke ikut flow. aku usaha, aku cuba dan selebihnya aku berserah. sebab aku takut kalo aku tak capai nanti aku merana. aku tau aku jenis cemana. spesies semua mende nak perfect. kekadang jela pun hihi

aku punye azam? hmmm ade 2 mende je aku nak buat tahun ni. itupun insyaallah kalo di izinkan Allah. iaitu yang pertama nak sambung lagi obses aku dengan travelling tahun ni ke 4 buah negara insyaallah...dan yang last sekali adalah...mencari calon suami! ehh?hahahah

yang last tu sebenarnye aku usaha. aku bukan duduk diam menunggu bulan jatuh ke riba, tidak sama sekali. tapi aku lebih percaya pada qada dan qadar allah. sebab hanya allah yang mengetahui segalanya. umur aku dah tambah lagi 1 angka. walaupun aku tak rasa pa pe!hihi

korang doakan yek :)




makanan new year aku semalam hihi



3 comments