Kawan-Kawan

Travel Tips & Info


posted by ceklala

1 comment

Alhamdulillah walaupun tak banyak tempat macam orang lain tapi aku dah capai target aku sendiri. sebenarnye aku tak pernah bayangkan pun dapat travel ke tempat-tempat impian aku dari dulu lagi. tapi itula orang kate insyaallah kalo dah rezeki kan :)

So far aku dah pergi ke 5 buah negara berbeza. walaupun negara seberang hihi. pencapaian terbaik aku adalah tahun lepas iaitu ke 4 buah negara. 2 tahun lepas ke 2 buah negara. kalo ikutkan perkiraan 6 tempat kan semuanya tapi aku dah pergi negara yang sama 2 kali iaitu semasa menunaikan umrah

Tahun lepas. ikutkan lagi takde merancang sangat pun. tiket korea dan krabi memang beli awal. tapi main beli je sebab tiket murah hihi. tapi umrah dan jugak phnom penh baru ni memang on the spot!


So kat sini aku nak share sikitla mengenai tips penting bila korang ke luar negara. aku taklah pandai sangat tapi ini yang aku amalkan sepanjang travel :)

1. Cari maklumat sebanyak mungkin

Aku memang spesies akan google giler-giler untuk cari info. dari yang sekecik hal hingga ke sebesar hal. sebab pada aku maklumat ni semua yang akan membantu bile berada di sana nanti. pastikan korang mendapat sebanyak mungkin maklumat tempat yang bakal dilawati seperti hotel, pengangkutan, tempat makan, kedai cenderahati dan sebagainya

2. Tempat penginapan

Pada aku ini yang paling penting. untuk mengetahui lokasi tempat penginapan sama ada hotel, homestay, hostel dan sebagainya. cari sedikit info mengenai tempat penginapan bakal anda duduki. paling penting aku selalu baca review. selalu aku survey di Agoda.com, Expedia.com, Booking.com dan sebagainya. jangan lupa tengok map lokasi hotel anda. pastikan berdekatan dengan tempat keperluan seperti kedai serbaneka dan pengangkutan. booking secara online jugak kadangkala memudahkan dan menjimatkan kerana selalu ada promo!



3. Pengangkutan

Pastikan negara yang korang pergi tu mempunyai pengangkutan awam yang baik. setiap negara lain jenis pengangkutan. kalo anda mahu menggunakan keretapi atau subway pastikan anda mempunyai peta! ini bagi memastikan anda sampai ke tempat di tuju. peta ni selalunya kalo sampai airport ade kaunter pertanyaan yang korang boleh ambil percuma kat situ. peta ni sangat membantu kalo korang tersesat atau berlaku kejadian tak di ingini. rancang pengankutan dengan baik. ikut jadual yang ditetapkan. pastikan juga anda survey dulu harga untuk pengangkutan. contoh kalo ke satu-satu destinasi menggunakan tuk-tuk harga pasti berlainan jika menaiki teksi.



4. Backpack / Bagasi

Untuk backpackers memang sangat sesuai anda menggunakan beg jenis backpack. senang untuk di bawa kemana-mana. jika pergi untuk santai-santai tak salah membawa beg beroda. kemas barang anda dengan teliti. apa yang aku selalu buat sebelum berkemas adalah listkan semua barang yang hendak di bawa. ini memudahkan kita berkemas dan jugak mengelakkan membawa barang tak di ingini dan berlebihan. jika mempunyai penyakit pastikan anda membawa ubat-ubatan anda kerana bimbang berlaku sesuatu. bersedia lebih baik kan :) . elakkan membawa handbag atau barang yang tidak penting. sila jaga passport dan duit anda. simpan dan isi dalam sling bag atau pouchbag ikat di pinggang bagi memudahkan pergerakkan.



5. Relax dan positif

Tak perlu kelam kabut. hayati percutian anda dengan tenang. pastikan anda bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan pengembaraan anda. terpulang pada anda merancang percutian jenis yang bagaimana. ape pun sentiasa positif. bila fikiran positif barulah kita dapat menikmati percutian dengan sebaiknya!

Ape-apa pun semuanya bergantung kepada budget anda juga. pilihan transport dan hotel merupakan elemen utama bila bercuti. dan semestinya destinasi dituju! lakukan dengan bijak. survey dan survey dulu sebelum memulakan perjalanan.

Aku lebih prefer percutian backpackers secara budget. sebabnya aku dapat meminimakan penggunaan duit. dan aku bukan pulak jenis yang travel sebab nak shopping. aku lebih kepada sightseeing orang kata. melihat cara hidup, budaya dan makanan sesbuah negara tu. tapi setakat fridge magnet n t-shirt tu biasa la kan. tak semestinya nak melancong kene simpan duit banyak-banyak kan? yang penting pengalaman yang ditimba sepanjang perjalanan. buruk atau manis itu semua pengalaman.

Pastikan anda membawa duit yang mencukupi okeh

So ape tunggu lagi? jom melancong! =)



1 comment