giler pemalas nak update pasal cambodia. sebabnye tak banyak gambar menarik sempat aku capture. almaklumlah pegi dengan family ni lain. dengan pulak aku pakai camera phone je. memang snap mane yang sempat jela pun.
tapi takpe. aku harap sedikit sebanyak dapat jugakla membantu bagi sesapa yang nak pergi sana nanti. aku cuba bagitau mane yang aku tau yek.
sedikit info mengenai Cambodia aka Kemboja :
Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan. Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab ke-11 hingga abad
ke-14. Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh
Semenanjung Indochina. Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Agama lain termasuklah Islam (penduduk Cham) serta animisme di kalangan kaum peribumi.
Cambodia ni terbahagi kepada dua bandar utama iaitu Phnom Penh dan jugak Siem Reap. so aku memilih Phnom Penh kali ni sebabnye...shopping! :)
mak aku hari-hari dok berzikir kat telinga aku suh bawak die jalan. asyik aku je jalan mane adil katenye. so aku pun mulala dok mengusha website airasia hari-hari dari pagi membawak ke petang. dan akhirnya setelah puas menggodek dan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan maka aku memilih Phnom Penh sebagai destinasi.
ramai yang tanye aku ade ape sane? best ke? well pada aku tempat yang tak berapa orang nak pergi ni la yang aku suke! sebab dah tentu-tentu murah dan berpatutan. sangkaan aku benar sama sekali. ececeh hihi. tiket pergi balik hanya berharga rm230 sahaja siap dengan tax insurans sume. nak naik MAS tak mampu =_=
tiket giler murah kan? haaa sebab tu la aku pergi. dahla hujung tahun. duit pun tak berapa nak ada. aku memang berharap je dapat tiket harga murah sebab bole cover yang lain pulak nanti. plan asal pergi berdua je ngan mak aku last minit akk aku pun nak ikut
flight awal pagi weh. kul 7 pagi ko tau. akak aku bising ar apesal amik awal pagi, aku cakapla dah nak tiket murah kan? sebat jelaaaa. sebelum subuh kul 4 pagi dah keluar rumah weiiiii. 1st time gini. so far okla. best jugak. tapi yang tak tahan kul 4 lebih pun orang dah ramai giler. korang ni tak tido ke ape ni??
nampak tak punye ramai? tapi ini yang nak pegi vietnam dengan cambodia je. pada aku tak panjang mane. tapi yang panjang sangat side satu lagi nak pi indonesia. fuhhhhh die punye panjang macam nak beli tiket bola!kikiki
cantik jep view nk naek flight tu.sila share more info tmpt2 best kat Phnom Penh tu ek. :) tiket tgh promosi lagi tu stat today.hikhik
wah... phnom penh... tak pernah jejak lagi ke sana.. al-maklumlah..gayat..hahaha
kelip2: hihi sile sabar menunggu yek
boni: hahaha naik je pengangkutan darat dan air kalo gayat sangat hahaha
pnom penh best!penah pegi ngan family in law..kampung champ best3x..hee~