Kawan-Kawan

Main Masak2 : Pan-fried Salmon wit Herb Sauce


posted by ceklala

3 comments

assalamualaikum.

pagi ni sebelum sempat sampai opis bos dah msg. bos aku memang cenggitu. time kite tunggu die bole pulak buat tak tau. sibuk dok kemas uma lah masak lah. kadang time orang nak balik time tu la baru sibuk2 nak suh buat itu ini. kadang sampai tak nyempat2. redha.   =______+

semalam lunch time pi tesco extra. dekat je. beli bebarang dapo skit. kene ade stok. senang nak masak. leceh giler bile nak masak itu takde ini takde. stressss!

aku bukan spesies makan kat luar sangat. sebab aku sorang. baik dok uma masak makan depan tv. yeayyy! hehe. so malam tadi selepas beberapa hasil tangkapan di tesco aku dengan bangganya balik masak. dahla barang banyak. bole pulak kene parking jauh sebab dorang buat kerja2 pemotongan pokok! yang aku herankan apesal tak potong time pagi2? petang time orang balik keje jugak ko baru nak start. adehhhla.

so nak cite pasal menu semalam adalah 'pan-fried salmon with herb sauce'. wahhh! dasat kan menu aku semalam. hehe. sebenarnye 1st time nih try test nak masak. sebab mase tengah dok membeli tu aku pasan pak arab ni die pi borong sume salmon kt situ. aku pun cam...hmm mesti best kot. so rembat 2 keping!

pernah makan salmon tp pd sushi. pernah makan yang kt ikea tu jugak. tapi masak memang tak pernah. so nak jugak try. alhamdulillah menjadi. pasni bleh la masak lagi! hehe.

kat tekak aku sedap so aku cakapla sedap. kalo tak sedap aku cakap je tak sedap.

so senang je caranya. aku just goreng salmon dengan sedikit butter. sikit tau bukan banyak. tapi sebelum tu aku perap dengan salt and pepper. just masak 5 minit sebelah side dan lg sebelah pun 5 minit, my salmon is ready to eat!

sauce die pulak selalunye aku buat sendiri. tapi kali ni aku nak cepat sebab dah tahap lapar giler so aku guna serbuk yang dalam peket. tapi aku olah cara aku nak. just aku letak butter skit, 1 sudu serbuk dlm peket, susu, garam skit, black pepper, serbuk kulit kayu manis dan jugak cendawan. biarkan dalam 10 minit camtu sebab aku nak sos aku pekat skit.

sambil nak tunggu pekat skit sos tu aku rebus sayur. jgn lupa letak garam skit dalam air rebusan yek. brokoli, karrot dan juga kentang. then presentation!! susun ikut sedap mata aku tengok. yela aku je yang tengok kan. lagipun ape salahnye sekali sekala treat urself mcm kt kedai hehe. so hasilnye??


tadaaaaaa! :)

amacam? ok dak?? hihihi. ini percubaan yang pertama okeh. kire okla kan. sayur ikutla atas ko nak ape kan. macam aku sebab ini memang sayur2 feveret aku. mase memula masak tu aku tengok cam cukup ke 2 keping ni? lapa kang cane?? skali da makan...amikkkk ko! kenyang giler! alhamdulillah.


kasi close up skit!

tertarik? ok balik ni pi masak k. tak susah pun. aku balik kang macam nak try buat lasagna pulak. tengah mood nak masak nih. hihihi. selamat mencuba!! ^_^


3 comments