hai.
ape
cite hujung minggu? aku alhamdulillah dapat menghabiskan hujung minggu
bersama keluarga tersayang. especially mak aku. sayang mama sangat2!!!
^_^
mak aku yang kecik molek dan cantik, badan kalah anak dara tu la. walaupun umur dah 53 tahun tp mama tetap maintain!
dulu
mase zaman study orang selalu cakap aku ni banyak sangat petua. tapi
sebenarnye dorang tak tau yang hidup aku banyak berdasarkan pada petua
orang2 tua ni. aku amik tau petua arwah nenek2 aku, nenek sedara yang
masih hidup, mak aku dan orang lain. aku baca, aku dengar dan aku simpan
dalam hati dan otak. sebab mungkin berguna untuk aku satu hari nanti.
nak
cantik tak perlu susah payah nak panjat bukit broga 4-5 kali turun
naik. tak perlu ikat perut tak makan langsung selama sebulan, itu
menempah maut namanya.
siyes. janganla sampai memakan diri kalo nak cantik sekalipun.
ikut
kemampuan diri. allah dah jadikan kita sebaik2 kejadian. memangla sume
orang nak cantik kan, i mean perempuan ye hiks. tapi berpada lah. jangan
obses sangat. kesian jugak kat diri sendiri tu. meh aku share sikit ape
yang selalu aku buat untuk maintain :)
paling selalu aku titik beratkan of cos la pemakanan.
dah acap kali aku bgtau yang kepentingan air putih tu. 8 gelas sehari tanpa culas. tapi itu pun masih susah nak buat, tol tak? even aku pun kekadang terbabas!hahaha. air putih tersangatla penting. selain dapat menyingkirkan toksik ianya jugak dapat melembapkan kulit. takdela menggelupas kering bagai kan. tak lupa masalah kedutan! =)
dah acap kali aku bgtau yang kepentingan air putih tu. 8 gelas sehari tanpa culas. tapi itu pun masih susah nak buat, tol tak? even aku pun kekadang terbabas!hahaha. air putih tersangatla penting. selain dapat menyingkirkan toksik ianya jugak dapat melembapkan kulit. takdela menggelupas kering bagai kan. tak lupa masalah kedutan! =)
tido 6- 8 jam sehari. ini
tido yang cukup. bukan 2 jam tido terbangun 5 minit pastu tido balik,
kang 4 jam lepas tu terbangun lagi. itu tak dikira. bila kita tido
sebenanrnye badan kita berehat dan melakukan proses pembaikan. tidur
yang berkualiti menghasilkan badan yang sihat dan cergas!!
kurangkan makanan bergoreng. aku kat umah tu memang rasanya jarang sangat nak makan mende bergoreng. banyakkan sup dan stim dan jugak grill. aku agak kureng skit dengan makanan berlemak seperti santan. aku makan tapi tak banyak, if masak pun tak guna banyak sangat. selalu aku gantikan dengan fresh milk. sedapp!
fastfood kalo bole kurangkan la. sangat tak elok ye, nak2 kentang goreng tuh. coke jugak!! bole potong kaki tuhh! aku kalo da teringin sangat minum coke tu barula beli. tu pun beli botol kecik minum seminggu baru abis!hahaha. orang lain sekali teguk dah abis kan. cukupla buat rasa2 je.
kurangkan masin dan manis dalam masakan dan lebihkan manis dalam senyuman!! =)
aku kalo kuar makan kalo tak air kosong, aku mintak air buah. kalo teringin sangat baru minum air lain mcm tea o ais. ais ni kang sakit lutut pulak!!hahaha
kalo bole ikutla piramid makanan yang disyorkan. tak bole banyak cuba sikit2.
memang aku lebih banyak makan di rumah berbanding makan di luar. ape yg kita masak tu kadang lebih sihat dan lebih sedap dari makanan kt kedai. tak sedap takpe, bole baiki kan? ^_^
bila makan tu kalo bole kawal la pengambilan. biar makan sikit2 tapi kerap. jangan makan sekali banyak ye. even aku jugak amalkan makan sikit tapi kerap. sangat membantu. nasi lemak untuk sarapan pagi. memangla sedap! dapat pulak sambal paru or kerang! fuhhhh!! tapi jangan di amalkan.
teh tarik dan roti telur untuk supper. amboiii! manela badan tak naik kan. cukupla sekadar minum susu atau sebiji buah sebelum tidur. cukup memadai untuk badan sebenarnye. alas perut. kadang kita rasa kita lapar, tapi sebenanrnye kita haus. cuba bile lapar terus minum air suam segelas, kadang akan terus kenyang, kalo memang dah 8 jam tak makan tu memang la lapar!hahahah
nak makan bole, tapi berpada. ^_^
sekian untuk perkongsian hari ini. taking care. babai.
me n frens at Sue Wedding @ The Club
betul tu. air kosong tu penting.. lagi satu, banyakkan makan masakan yang direbus.. sebab minyak memang tak elok
betul. minum banyak air masak tu yang penting. :)
boni: mmg itu pun makanan harian sy hehe
rara: yup, bole rasa beza kalo kurang minum air
akan cuba pastikan minum air secukupnya setiap hari.