Kawan-Kawan
Archive for May 2012
posted by ceklala
aku sebenarnye kalo gi bercuti mane2 tak pernah tidak tak beli ole2. tak kisahla kecik ke besar. sebab pada aku sesekali ko berjalan ape salahnye ingat orang tersayang kan. tak kisahla orang tu sayang aku ke idak, yang penting bile aku beli dan kasi, tu tandanya aku ingat die. tol tak? :)
tadi anak bos masuk opis. opis aku kan depan uma bos. bos tak masuk so anak die jela. dorang kan baru balik bercuti dari langkawi. bos aku cakap die beli tiket lepas aku balik langkawi aritu. jeles lettew. hehehe.
lagpun cuti sekola kan. so nak tau bos kasi ape?? ni haaa..
nasibla staff 2 kerat je kan. mampu la kasi ni sorang satu. kalo staff 10 orang?? nangis! maseh bos!!
start beri memberi ni sbnrnye dari akula. everytime aku g memana mesti aku akan bawak blk something utk bos dan dak opis. family tu wajibla. yela bukan ramai kan. then bos aku pun agaknye ntah segan ke ape die pun start jugak bagi2 ni sume.
aritu die pegi terengganu siap msg tanye nak ape. aku cakap la nak kopok lekor. hihhihi. dapat okeh! siap ngn sos lagi! bak kate orang, memberi lebih baik dari yang menerima. ape salahnye kan. tak banyak sikit pun jadila. buat kenangan. ^_^
posted by ceklala
assalamualaikum.
pagi
ni sebelum sempat sampai opis bos dah msg. bos aku memang cenggitu.
time kite tunggu die bole pulak buat tak tau. sibuk dok kemas uma lah
masak lah. kadang time orang nak balik time tu la baru sibuk2 nak suh
buat itu ini. kadang sampai tak nyempat2. redha. =______+
semalam
lunch time pi tesco extra. dekat je. beli bebarang dapo skit. kene ade
stok. senang nak masak. leceh giler bile nak masak itu takde ini takde.
stressss!
aku
bukan spesies makan kat luar sangat. sebab aku sorang. baik dok uma
masak makan depan tv. yeayyy! hehe. so malam tadi selepas beberapa hasil
tangkapan di tesco aku dengan bangganya balik masak. dahla barang
banyak. bole pulak kene parking jauh sebab dorang buat kerja2 pemotongan
pokok! yang aku herankan apesal tak potong time pagi2? petang time
orang balik keje jugak ko baru nak start. adehhhla.
so nak cite pasal menu semalam adalah 'pan-fried salmon with herb sauce'.
wahhh! dasat kan menu aku semalam. hehe. sebenarnye 1st time nih try
test nak masak. sebab mase tengah dok membeli tu aku pasan pak arab ni
die pi borong sume salmon kt situ. aku pun cam...hmm mesti best kot. so
rembat 2 keping!
pernah
makan salmon tp pd sushi. pernah makan yang kt ikea tu jugak. tapi masak
memang tak pernah. so nak jugak try. alhamdulillah menjadi. pasni bleh
la masak lagi! hehe.
kat tekak aku sedap so aku cakapla sedap. kalo tak sedap aku cakap je tak sedap.
so
senang je caranya. aku just goreng salmon dengan sedikit butter. sikit
tau bukan banyak. tapi sebelum tu aku perap dengan salt and pepper. just
masak 5 minit sebelah side dan lg sebelah pun 5 minit, my salmon is
ready to eat!
sauce
die pulak selalunye aku buat sendiri. tapi kali ni aku nak cepat sebab
dah tahap lapar giler so aku guna serbuk yang dalam peket. tapi aku olah cara
aku nak. just aku letak butter skit, 1 sudu serbuk dlm peket, susu, garam skit, black pepper,
serbuk kulit kayu manis dan jugak cendawan. biarkan dalam 10 minit camtu
sebab aku nak sos aku pekat skit.
sambil
nak tunggu pekat skit sos tu aku rebus sayur. jgn lupa letak garam skit
dalam air rebusan yek. brokoli, karrot dan juga kentang. then
presentation!! susun ikut sedap mata aku tengok. yela aku je yang tengok
kan. lagipun ape salahnye sekali sekala treat urself mcm kt kedai hehe. so hasilnye??
tadaaaaaa! :)
amacam? ok dak?? hihihi. ini percubaan yang pertama okeh. kire okla kan. sayur ikutla atas ko nak ape kan. macam aku sebab ini memang sayur2 feveret aku. mase memula masak tu aku tengok cam cukup ke 2 keping ni? lapa kang cane?? skali da makan...amikkkk ko! kenyang giler! alhamdulillah.
kasi close up skit!
tertarik? ok balik ni pi masak k. tak susah pun. aku balik kang macam nak try buat lasagna pulak. tengah mood nak masak nih. hihihi. selamat mencuba!! ^_^
posted by ceklala
cukup sudah cite pasal 'aku bukan lesbian' tu sebab aku sememangnya bukan lesbian. mak wanita tulin meksss!hahahah
nak update pasal lagi kawan kawen. aku memang skang tetiap minggu aktiviti dipenuhi dengan kengkawan kawen. eh ehh? uols ni kan. takyahla tanye bile turn aku yek. sbb aku pun tak tau!hihihihi
jumaat lepas aku ke The Club, Bukit Utama. ala yang dekat ngn Curve tu la. Sue Wedding. eh korang tau cite pasal kes ahad lepas tak? cubaan menculik seorang gadis. huiiiii sian weh! risau aku baca. yela bole jadi kat sape2 je. kejadian tu kul 5.22petang. petang tau bukan malam! nasib baik gurl tu selamat.
orang skang ni nak buat jahat tak kire siang ke malam. haishh ngeri! korang hati2 la yek. yang gegurl tu kalo masuk kete terus lock! jangan nak terkedek2, mende nak jadi sekelip mata je tau.
eh tersasar pulak cerita. hehehe. biasela kenela bagi pesanan. pesanan khidmat masyarakat kann.
aku gerak dari umah lepas maghrib. dahla mak aku ade kt uma. sian jugak nak tinggal tapi sebab dah janji nak datang kan, mak aku pun cakap takpe. jem giler mak aihhh. aku dr cheras nak ke dmnsara memang aku amik kerinchi link je senang. yang jem gilernye sebelum masuk kerinchi link. sume org nak pegi Midvalley. ade ape ek midvalley jumaat lepas?
aku sampai The Club 8.30pm. singgah amik kawan aku jap kt Curve sebelum tu.
alhamdulillah sampai2 majlis tak start lagi. ikutkan ramai lagi kenkawan yang tersangkut dalam jem. biasela hari jumaat kan. ape pun thanks sue sudi jemput =)
meh la layankan gambo yek.
kengkawan zaman diploma kt perak dulu
majlis start kul 9 camtu. agak lambat tapi takpe. lepas pengantin masuk je terus dok kt meja makan. tetamu disajikan dengan slide show dan selepas tu tetamu pun dipersilakan makan! yeayyyy sume dah tahap kelaparan hihi
sedap okeh makanan die!! sedapppp tang ikan sweet sour tuh. feveret!
lama tak dapat lepak dan jumpa camni. so macam2 cite keluar. gosip tak gosip sume ade hhihi. yela time camni jela dapat jumpa. time orang kawen. kalo idak memasing bz ngn keje dan hal memasing kan. lepas ni turn sape pulak ekk? malam tu kawan aku yg datang dengan bf telah dipropose oleh boyfriendnya secara tak rasmi. yeayyyy! congrats babe!
si kecik penyeri suasana. anak angkat aku no 2 nih!hihihi
geng ground floor block b :)
bersama pengantin yang gorjes!!
tahniah sue! moga kekal bahagia ke akhir hayat. cecepat skit buat junior yek. hihii. kalo korang nak tau kitorg ni sume sebenarnye bukanla satu kelas. kitorg dari department yang berlainan cuma sama fakulti. ade fashion, grafik, fine art dan jugak photografi! kitorg rapat sebab dalam faculty yang sama dan jugak bilik hostel sebelah menyebelah. korang bestttt!
ole2 untuk di bawa pulang =)
p/s: pic sume tak edit. aku malas! hahaha. amik direct je dr hp ^_^
posted by ceklala
hahahahahha. memula gelak dulu. pastu baru sambung taip. hehe
snapshot dari search keywords
agak pelik la jugak. kenapa ade orang nak search keywords camni kat blog aku. dan aku pun tak pasti sama ada die jumpa ape yang dicari ke idak. adoiiiila. aku bukan lesbian ye buat yang rajin sangat nak search tuh.
banyak lagi rasenye laman lain yang confirm2 ko bole jumpa yang ko cari nih. tetibe rasa malu sendiri pun ade. adehhhh. =_='
posted by ceklala
assalamualaikum.
dah
ramai rakyat malaysia sekarang yang mendapatkan khidmat amah. atau
dalam ayat lain ialah pembantu rumah. mak ayah aku sendiri tak
memerlukan khidmat pembantu, sebab mak aku sejak dari lepas lahirnya
abang aku, mak aku berhenti kerja. meneruskan legasi keluarga iaitu
berniaga makanan.
even
mak aku cerita yang mase tengah pregnant kan aku n akk aku, die dok
sibuk meniaga satay. patutla aku sampai skang dok gila satay. sebulan at
least sekali pi makan satay! hehehe
tapi bukan pasal meniaga satay yang aku nak cite ni, tapi pasal amah.
zaman
skang lebih ramai wanta yang bekerja. bersama2 membantu membina
keluarga. kalo tak kerja, nak harapkan gaji suami rasenye memang tak
cukup. kos sara hidup semakin tinggi. nak2 hidup di kotaraya besar.
2
orang pakcik aku pernah mempunyai amah. tapi tak lama. sorang pkcik aku
amahnya bertahan setahun, sorang lagi bertahan hampir 3 tahun tak silap
aku. kini giliran akk aku.
yela,
anak dah dua, nak hantar babysitter pun 2 orang dah 7 ratus. bayar gaji
amah baru 6 ratus. mase mula2 akak aku macam tak berapa nak amik,
tapi aku bgtau la pro n con mempunyai amah. ko anta kat babysitter bayar
7 ratus, ko setakat hanta je anak ko, balik penat2 kene bawak balik,
nak kemas umah nak masak sume. tapi kalo amik amah, anak2 duduk di
rumah, sambil babysit anak2 die bole jugak tolong2 kemas ape yang patut
kat umah.
dengan
kakak aku yang kerja kekadang sabtu ahad nak kene outstation,
babysitter adalah pilihan yang salah sebab babysitter sabtu ahad cuti.
ko dah rugi 2 hari kat situ.
proses
mengambil amah bermula. dapat sorang. dari kakak aku tengah pantang die
dah ade. alhamdulillah tengok die jaga anak akak aku bagus. pantas yang
paling penting. sebab kitorg ni kalo tengok orang buat kerja lambat2
rase menyirap je!hahahah. tapi dapat pulak agent penipu. dah bayar ape
sume permit tak buat2. dah keje 2 bulan dok renew visa jek. skali anta
balik indon untuk buat permit terus tak balik2! pentipu betul agent!
skang
dah dapat yang replace aritu. tapi kali ni bapak aku amik direct. tapi
masalah bila buat kerja macam nak taknak. buat macam rumah sendiri.
pengkotor giler and pemalas paling penting! die 1st time datang
malaysia. dengan suami. yang suami keje ngan abag aku kat bengkel, yang
bini yang akk aku. dua2 pemalas ya rabbiiii!
yg suami
abang aku dah reject. yang bini ni akak aku tengah nak reject jugak.
pinggan mangkuk atas meja tak reti nak kemas basuh, baju berterabur, umah tak
bersapu, tunggang langgang! semalam akk aku tepon bgtau die nak anta
balik amah ni, anak die yang kecik si sofea tu terjatuh dari buai.
dengan buai2 terlungkup! benjol kt dahi. ko bayangkan. lepas tu die
salahkan si abang sofea yang buat. ape jadahnye dak kecik umur 3 thn nk
terbalik kan? tak kuat kot die.
mengong tau. aku cakap, sebelum jadi pape yang lebih teruk silela hantar balik.
dorang ni kita buat baik pun tak hargai
langsung. kitorg ni jangankan nak marah, nak cakap pun elok2. makan siap
sediakan sume. tu yang kes kene seterika satu badan, kene jirus air
panas sebab dapat spesies yang camni la. datang sini kate nak kerja kan,
kerja la elok2. ni tak. ko main2. bukan susah sangat pun aku rasa. dok
uma jaga budak pastu kemas skit2. tu je. tu pun takleh ke? depan2 tuan
umah ko bantai tido! adoiiiilaa.
moga2 dapatla ganti yang elok skit. tapi
tu la, sebenarnye nasib2. tapi patutnye dorang ni bila dapat majikan
yang baik janganla lelebih sangat. buatla keje leklok. ni tak.
selamatla ko ngan majikan baru nanti. dapat kat cina baru padan muka
dorang ni. kene buli cecukup. moga yang lama dapat kembali.
posted by ceklala
hai.
ape
cite hujung minggu? aku alhamdulillah dapat menghabiskan hujung minggu
bersama keluarga tersayang. especially mak aku. sayang mama sangat2!!!
^_^
mak aku yang kecik molek dan cantik, badan kalah anak dara tu la. walaupun umur dah 53 tahun tp mama tetap maintain!
dulu
mase zaman study orang selalu cakap aku ni banyak sangat petua. tapi
sebenarnye dorang tak tau yang hidup aku banyak berdasarkan pada petua
orang2 tua ni. aku amik tau petua arwah nenek2 aku, nenek sedara yang
masih hidup, mak aku dan orang lain. aku baca, aku dengar dan aku simpan
dalam hati dan otak. sebab mungkin berguna untuk aku satu hari nanti.
nak
cantik tak perlu susah payah nak panjat bukit broga 4-5 kali turun
naik. tak perlu ikat perut tak makan langsung selama sebulan, itu
menempah maut namanya.
siyes. janganla sampai memakan diri kalo nak cantik sekalipun.
ikut
kemampuan diri. allah dah jadikan kita sebaik2 kejadian. memangla sume
orang nak cantik kan, i mean perempuan ye hiks. tapi berpada lah. jangan
obses sangat. kesian jugak kat diri sendiri tu. meh aku share sikit ape
yang selalu aku buat untuk maintain :)
paling selalu aku titik beratkan of cos la pemakanan.
dah acap kali aku bgtau yang kepentingan air putih tu. 8 gelas sehari tanpa culas. tapi itu pun masih susah nak buat, tol tak? even aku pun kekadang terbabas!hahaha. air putih tersangatla penting. selain dapat menyingkirkan toksik ianya jugak dapat melembapkan kulit. takdela menggelupas kering bagai kan. tak lupa masalah kedutan! =)
dah acap kali aku bgtau yang kepentingan air putih tu. 8 gelas sehari tanpa culas. tapi itu pun masih susah nak buat, tol tak? even aku pun kekadang terbabas!hahaha. air putih tersangatla penting. selain dapat menyingkirkan toksik ianya jugak dapat melembapkan kulit. takdela menggelupas kering bagai kan. tak lupa masalah kedutan! =)
tido 6- 8 jam sehari. ini
tido yang cukup. bukan 2 jam tido terbangun 5 minit pastu tido balik,
kang 4 jam lepas tu terbangun lagi. itu tak dikira. bila kita tido
sebenanrnye badan kita berehat dan melakukan proses pembaikan. tidur
yang berkualiti menghasilkan badan yang sihat dan cergas!!
kurangkan makanan bergoreng. aku kat umah tu memang rasanya jarang sangat nak makan mende bergoreng. banyakkan sup dan stim dan jugak grill. aku agak kureng skit dengan makanan berlemak seperti santan. aku makan tapi tak banyak, if masak pun tak guna banyak sangat. selalu aku gantikan dengan fresh milk. sedapp!
fastfood kalo bole kurangkan la. sangat tak elok ye, nak2 kentang goreng tuh. coke jugak!! bole potong kaki tuhh! aku kalo da teringin sangat minum coke tu barula beli. tu pun beli botol kecik minum seminggu baru abis!hahaha. orang lain sekali teguk dah abis kan. cukupla buat rasa2 je.
kurangkan masin dan manis dalam masakan dan lebihkan manis dalam senyuman!! =)
aku kalo kuar makan kalo tak air kosong, aku mintak air buah. kalo teringin sangat baru minum air lain mcm tea o ais. ais ni kang sakit lutut pulak!!hahaha
kalo bole ikutla piramid makanan yang disyorkan. tak bole banyak cuba sikit2.
memang aku lebih banyak makan di rumah berbanding makan di luar. ape yg kita masak tu kadang lebih sihat dan lebih sedap dari makanan kt kedai. tak sedap takpe, bole baiki kan? ^_^
bila makan tu kalo bole kawal la pengambilan. biar makan sikit2 tapi kerap. jangan makan sekali banyak ye. even aku jugak amalkan makan sikit tapi kerap. sangat membantu. nasi lemak untuk sarapan pagi. memangla sedap! dapat pulak sambal paru or kerang! fuhhhh!! tapi jangan di amalkan.
teh tarik dan roti telur untuk supper. amboiii! manela badan tak naik kan. cukupla sekadar minum susu atau sebiji buah sebelum tidur. cukup memadai untuk badan sebenarnye. alas perut. kadang kita rasa kita lapar, tapi sebenanrnye kita haus. cuba bile lapar terus minum air suam segelas, kadang akan terus kenyang, kalo memang dah 8 jam tak makan tu memang la lapar!hahahah
nak makan bole, tapi berpada. ^_^
sekian untuk perkongsian hari ini. taking care. babai.
me n frens at Sue Wedding @ The Club
posted by ceklala
salam jumaat.
perut tengah tak berapa sedap. apesal ntah. mayb sebab menu berbuka semalam. either tak bersih or ape aku tak tau. nasi goreng kg dengan telur mata, tak pedas. nasib mintak tak pedas. die punye cili kalo tergigit tuh..fuhhh! nangissss!
oh petang semalam ke putrajaya, ade himpunan sejuta belia tu la. bos suh melawat kawasan. sesambil mencari mangsa. ehh tak la. hahahah. tengok keje yang kitorg buat kat wisma tani dorang da siap pasang lum. ikutkan pegi arini, tapi apesal ntah tetibe bos suh gi semalam. so layankan ajela.
sempat aku lari pi amik mak aku kt hotel. sebab tau die tgh bosan. kebetulan bapak aku ade meeting kt kl ni kan. aku tepon tanye nak ikut tak. and aku tau mak aku memang tak pernah menolak ajakan!hahaha
sampai putrajaya pun dah kul 4.30. jalan2 tangkap gambar booth n kiosk and sambung jalan lagi. tertelan2 air liur aku. dahla pose. pastu ramai pulak yang offer air free!! tertekannnnn!
takpe. sabar. demi kerja ku gagahkan jua. ececeh. ngengada!! =)
jenuh jugak berjalan. awal2 aku suh mak aku pakai selipar je. jgn pakai high heels. ko giler hape kan. punyela banyak booth n die punye panjang aku lupe plak nk kire. tp mmg siyes ko kene pegi tengokla. macam2 ada. itu pun da sakit2 kaki tak larat. kalo bole pegila arini. sok lusa dah confirm2 org ramai giler.
gamba aku tak transfer lagi. nanti la yek. hihihi
oh pagi2 tadi masuk opis ade org add ym. ingatkan pakwe, rupenye makwe. hihih. rupenye die one of readers aku. thanks so much suriani suhaimi sebab sudi nak kawan ngn kite. kittew malu taw! =)
p/s: doa2 moga bos suh aku pegi lagi putrajaya arini. boleh sambung cuci mata lagi!wwiiiiieiii!
posted by ceklala
morning!
ahhh. orang kalo dalam kebizian keje camni jangan ko tanye pasal update blog. aku pun tak tau nak update ape. bukan takde cite menarik nak kongsi. banyakkkkk sangat! tapi tak tau nak kongsi yang mana satu dulu sebenarnye hehe.
nak update pasal kepergian aku ke korea pun macam nak taknak. sebab takde sambutan pun. yang nak tau pun sorang dua je. so camtu tak payah la yek update. korang bolela ke blog fatin liyana yang famous amos tu untuk dengar cerita die pegi korea. ye die pergi 2 minggu awal dari aku. last minit. die kaya takpe. aku? 7 bulan sebelum pergi dah beli tiket. nak murah punye pasal kan??
tapi pada aku la kan, better before pergi travel memana, ko buat perancangan yang betul. bimbang nanti terover budget. kalo ko memang kaya raya aku tak kisah ye. tapi kalo spesies aku ni yang tengah2 duitnye ni kan so kenela pandai2.
macam semalam aku baca kat paper metro. eh semalam ke arini ekk?lupa la pulakkkk. pasal sorang akak ni ha, yang pun sama giler macam aku suke berjalan. sebenanrnye betul kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan. sebab dari negara2 berbeza yang aku dah sampai, macam2 mende baru aku belajar.
makanan, budaya, cara hidup dan lain2. kakak tu dah pegi 14 buah negara. aku?? baru 4! =_='
sedih. takpe. lepas ni kene usaha lagi kumpul. sebenarnye aku lebih suke budget trip. sebab duit tu banyak mende lain lagi ko bole gunakan. tak perlu tido hotel mewah 5 bintang dan makan di restoran2 mewah. tujuan utama ko berjalan sebab ape??
well, depends sebenarnye atas orang. da bape kali aku sebut 'depends' ek??hahaha. yela. masing2 lain cara kan. aku dengan cara aku. jimat dan menjimatkan!hahahah
negara pertama aku pergi alhamdulillah mekah dan madinah. mengerjakan umrah dengan mak ayah aku. last minit plan untuk aku sebenanrnye. lagi 2 minggu mak ayah aku nak berangkat aku baru cam tergerak hati. tapi betul orang kata kalo pegi ke sana, kalo betul rezeki ko insyaallah segalanya dipermudahkan. memula pergi aku takut, yela, banyak dosa dari pahala!hahaha. tapi mak aku awal2 dah pesan, buat solat taubat ape sume dan jangan pikir lain, just pikir datang nak jadi tetamu allah and nak beribadat. dan itu yang aku buat sepanjang 2 minggu kat sana. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat :)
negara berikut indonesia, ke bandung. yang ni aku uruskan. pegi dengan family ramai2. beli tiket flight sume aku uruskan. cuma untuk kt sane je aku mtk tolong kawan aku. lain sendiri la. itu sangat menjimatkan sebenarnye.
next is yang baru2 ni la iaitu south korea. aku main bedal je beli tiket mase air asia tengah promo. kebetulan ade kawan aku dok sane, sambung master. mase beli tiket memang tak pikir ape pun. just pikir beli jela. lain2 nanti pikir. tapi memang takla seexcited mana mase nak g. bayangkan aku bole renew passport seminggu sebelum berangkat!nampak sangat kan macam nak taknak hahaha
sebenarnye time nak g korea ni tengah bz giler amat kt opis. so memang tak bole pikir ape. so just tibai jela. pegi pun sendiri je. sampai airport amik subway then pegi jumpa kawan aku kat seoul station. sume sendiri. tercangak jugakla tapi buat cam da biasala. time kat negara orang ni la nak tengok diri ko macam mane.
tido pun kat motel je. kawan aku tibai aku suh jalan kaki. nangis wehhhh! tapi memang best! so far korea is da best place aku pegi selain mekah la hihi. satunye sebab memang puas betul aku berjalan. dari pagi sampai ke malam. jalan kaki subway then jalan kaki lagi. tu je!! sampai melecet2 la kan kaki.
k la. dah terpanjang sangat la pulak. later sambung k. bai.
posted by ceklala
assalamualaikum.
harap sume sihat. selamat berpuasa 1 Rejab buat yang berpuasa sunat harini. moga kita sama2 mendapat syafaat. tapi sebelum puasa sunat tu ganti la dulu yang wajib tu ye hihi
aku sebenarnye nak update mengenai kepergian aku ke Seoul, Korea. tapi siyes tak sempat. pic banyak tak pilih, clash dengan kerja2 opis lagi. so harap maaf ye jika ade yang tertunggu2. cehh. macamla ade orang kisah kan???
so ini aku siarkan sedikit teaser..tentang sebab utama aku ke sana. disebabkan oleh iniiiiiii. apa dia?? Cherry Blossom!!
sebenarnye..ni adalah salah satu impian aku dari kecik. terlalu nak sangat tengok cherry blosson dari kecik. aku panggil para2 sakura. sejak2 tengok kartun Sailormoon la nih!hihi. gebuss kan?? gerammmm!
dan memang kepergian aku kesana memang awal2 sebelum beli tiket flight aku dah survey nak datang time cherry blossom ni tengah berkembang. alhamdulillah. dah tercapai salah satu impian aku. syukur.
later aku update lagi yek. babai.
posted by ceklala
hai. sory ler. semalam ingatkan sempat update rupenye idak. tetengah taip bleh plak tetibe bos suh g jumpa client kt kemeterian kt putrajaya. dah la aku ngn pakai t-shirt n jeans. lantak kan ajelaaaaa.
yela selalu bos pegi. tapi semalam gaduh pulak laki bini kan. hihi
so sambung cite. ahad baru ni ade sesi melepak ngn kaum2 wanita. takla ramai. bertiga je pun. eh tak. 3 setengah! sebab ade baby sorang hihhi
yela selalu bos pegi. tapi semalam gaduh pulak laki bini kan. hihi
so sambung cite. ahad baru ni ade sesi melepak ngn kaum2 wanita. takla ramai. bertiga je pun. eh tak. 3 setengah! sebab ade baby sorang hihhi
kebetulan je pun. ingat kot tak jadi sebab selalunye set time awal2 sure tak jadi! ade je la halnye. tapi pagi tu dah wat confirmation so on kan ajela. aku pun takde mende buat kat uma. dok bergolek sakan je!
amik si nasya kat damansara perdana. sebab husbandnye ade meeting. so rembat die kat tepi jalan terus ke curve. sampai cineleisure terus terjah kedai wahida. oh ni bukan wahida yang aku pegi perak tu ye. ni wahida fashion. yang g perak ngn aku aritu wahida grafik. haaaa. pening kan. hihi
wahida ni ade bukak bazar kt depan manhattan fish market cineleisure. korang2 pasni blehla ye kalo nak cari baju cun2 sile la jengah. cakap je kawan lala pasti dapat diskaun! ^_^
wahida ni ade bukak bazar kt depan manhattan fish market cineleisure. korang2 pasni blehla ye kalo nak cari baju cun2 sile la jengah. cakap je kawan lala pasti dapat diskaun! ^_^
yang tudung putih tu la wahida, tokey baju hihi
aku dan nasya
nasya ni la roomate aku selama 3 tahun mase aku kt uitm perak dulu. kitorg kwn sampaila skang. sayang giler kat die ni! walaupun lain department tp kitorg ngam! :)
so tema hari tu adalah makan, lepak, borak dan makan! kitorg lepak makan bebetul depan kedai si wahida ni ha. kt manhattan fish market. lama giler tak datang makan sini. last makan last 3 years kot tu pun kt sogo sane ha.
spaghetti mushroom mari-nara aku punye
creamy seafood nasya punye
air sedap
aisehhh. lepas upload pic ni sejam aku hold update. sebabnye dan2 bos masuk suh buat itu ini. idea da ilang nak tulis ape. so aku letak gambo jela bebanyak yek. layan kan ajela yee hihihi
si mia ni tgh main cak2 ngn aku sbnrnye hihi
penutup makan di manhattan - mud pie! sedappppp!
so da kenyang. pi jenjalan plak. aku nak gi ikea. cuci mata. tu jela mampu pun kan. nak beli brg uma pun tak tau ape. ikutkan banyakkk lagi memang nak beli kat ikea tuh, tapi aku lupakan jela hasrat. sebab nak ikutkan sume yang ada aku nak borong!
jalan-jalan sampai muntah. pastu laki si nasya dah call kate da abis meeting. lapa pulak katenye. so ape lagi?? zasssss pegi makan lagi!
meatball n chicken wing
kalo dah pi ikea memang tak sah la kalo tak pekena meatball kan. chicken wing ni sbnrnye first time aku makan. ramai sangat orang cakap sedap, nak jugak rasa. tapi takdela sedap mana pada aku. dalamnye berdarah lagi. sedihhhh! -__-
makan lagi. tangkap gamba lagi dan gosip lagi. hihi. sebenanrnye lame jugak tak jumpa minah nih. biasela. surirumahtangga sepenuh masa. bz ngalahkan orang yang keje ni haaa!
bile lagi ntahnye dapat jumpa n lepak2 camni. tapi bulan depan ok kot. sebab bulan depan besday aku. ko banje kan sya kan sya?? kannnnnn!
kul 6 camtu dah peluk cium2 pipi sume babai.
pastu aku dah kat parking dapat pulak call dari akk aku. ajak pi MAKAN lagi!! memang hari makan sedunia gamaknye. hihi
ini sume membawak pada kolesterol tinggi ye. tapi takpe. sangat jarang aku makan. ni pun akak aku dok ngidam2. bile ntahnye die tak pernah ngidam. ngandung ngidam, tak ngandung pun ngidammmm!
orang ajak makan aku makannn jela kan. makan memang tak pernah tolak ye hihi. sebab memasing badan dan perut kecik kan so kire okla ni. kebetulan time datang meja belakang kitorg jimmy shanley ngn kawan die. hmmm gf mungkin! ehh??
posted by ceklala
gudmorning! assalamualaikum...
harap korang sume2 sihat la yek. aku nak update blog, tapi tula..tengah ade job urgent lak masuk. so aku setel kan dulu yek. nanti dah ok2 aku update lain k hihihi
korang sume taking care okeh. gi la blogwalking ke blog2 lain pulak. kat tepi sidebar blog aku ni pun banyak blog kengkawan aku korang bleh baca. tapi nanti dah syok jangan la lupe plak singgah balik blog picisan aku ni yek ^_^
kbai.
posted by ceklala
kejadian berlaku di R&R Tapah. kereta suspek tak dapat dihidupkan. punca tak dapat dikenalpasti. call Plus untuk bantuan. memula katanya sejam baru sampai, tapi alhamdulillah tak sampai 15 minit dah sampai.
tq abang2 Plus!! ^_^
posted by ceklala
bersambung dari entry semalam..
skang mengada kan asyik dok sambung2 je. tapi nak wat cane dah kang panjang sangat bosan plak korang baca kan hehe. eleh aku punye perasan macamla ade orang nak baca kan. takpe. takde orang baca meh aku baca meh!ekekeke
selepas ke menara condong, kitorg dok berbincang dulula mane nak pegi. either terus berpecah ke haluan masing2 or cane kan sebab mase tu baru je pukul 2pm. selamba je berbincang tepi jalan dengan kete lalu lalang. selamba sudah bukan orang kenal pun ye dak hehe
so kata sepakat telah dibuat. perhentian seterusnya adalah....
yeayyyy!
ini lah namanya mengimbau kenangan. bestnyeeee sampai balik ke sini!
aku ade tngkap gamba kat signboard ni mase last day kat sini dulu. tapi tak tau mane dah pic tu. almaklumlah dah hampir 7 tahun kot. ntah mane ntahla gamba tu dok berkurun kan hehe. tapi sebelum masuk dalam kitorg singgah dulu uma lecturer.
memang port biasa kalo dtg area sini wajib datang uma lecturer ni. memang dah baik sangat. dulu lecturer ni ajar aku media planning. En Md Nor namanya. mase aku final sem die banyak la bagi kata semangat sume. even mase da final show pun die banyak kali cakap yang aku one day bole berjaya. insyaallah. skang ni pada aku lum bole dikata berjaya lagi la hehe
banyak giler ok dah berubah skang ni sri iskandar. time aku dulu hape pun takdak! siyes nangis. aku dulu nak gi beli barang ape sume kene jalan kaki jauh2. manela ade bas uitm ke teksi ke ape sume. skang ni macam2 dah ade. untung bebudak skang ni.
ini namenye langkah kanan! yeayyy makan lagi!!
borak2, makan2...tu jela pun. rumah wajib singgah hehe. satu lagi rumah En Hanafi. tapi time aku datang kali ni die ade kenduri, so tak dapatla jumpa. kitorg sume tambah 2 kali ye laksa ni. bukan senang kot nak jumpa kt kl laksa sedap camni! tapi rase2 macam yutat ngan wahida tambah 3 kali jek. kan korang kann??hehe
sebelum balik tangkap gamba dulu. En Md Nor ni dah banyak kali suh aku sambung master tapi ntah bilela aku nak sambung hehe. tunggu datang seru dulu ye cik hahahaha
dekat 2 jam gak lepak. so teruskan misi masuk dalam uitm pulak. rinduuuuuuu sangat!
area depan pintu masuk. tak banyak berubah pun. cuma ade pak guard kerek jela. dulu time aku belaja pak guard la jaga. yang gatal yang miang sume ade!hahaha. skang ni polis bantuan yang jaga. kitorg masuk ni da kul 6 lebih. kul 7 dah kene kuar. so cecepat la pusing2 dalam tu.
dulu belakang pusat kesihatan ngan surau tu la port kitorg masuk hutan cari subject matter nak melukis ape sume, skang ni da jadi padang besar dah. macam2 padang ade. ko sebut jela. yang aku tau kalo ade tournament ape ke skang memang dorang buat kt sini je.
dining!
oh rindu jugak makan kat sini. dulu2 kitorg makan sume wajib makan kat sini. kalo tak cukup ko punye kedatangan sem berikut tak bleh apply dah. sedap tu bolela. aku janji kenyang. balun jela kan. tapi bestla gi makan ramai2 kan. paling tak bleh lupa tiap kali hari jumaat. bebudak laki kalo nak gi surau memang akan lalu sini. so memang sengaja datang makan time budak laki nak gi surau. cuci mata!!
hahahaha. eh aku dulu takdela menggedik2 nak ngorat ke hape. aku dulu buruk celemoih. lagipun tak reti weh nak ngorat2 ni. takat cuci mata jela pun yang mampu. dan telan air liur. gulpp!
ni la die blok bilik aku dulu. dulu blok B skang dah ade nama baru.
3 tahun belaja aku tak pernah pindah blok. paling rinduuuu kt sini la! ramai jugak kwn2 aku yg berpindah randah. aku jugak statik kt sini. dekat dengan fac. 2 tahun dok ground floor then last year dapat pindah bilik berdua kat tingkat 3 tu. aku sebilik ngan nasya. die fine art. best sebab kitorg sekepala!
pandangan dari arah belakang. kt tepi koridor tu la dulu2 masing2 bergayut tepon ngan bf sampai 4-5 pagi! lepas ade kes kawan aku tengah bergayut tepon nampak penanggal tu terusla memasing dah kurang bergayut!hahaha. tu belum lagi kat blok sebelah aku iaitu blok C yang kt public phone tu dah macam2 orang jumpa. time kitorg dulu sebab kitorg antara student yang terawal dok sini so memang agak keras la.
even bilik aku pun terkena tempias. memalam bole pulak die ngacau dengan dok lompat2 atas tikar getah bilik. bising tau dak. bunyik cam orang berjalan kehulu kehilir. mase tu lepas orientasi. seminggu lepas kejadian baru masing2 nak bukak mulut. yela dah tiap2 malam kene kaco kan. stress ok! kitorg sepakat buang je tikar getah!
alhamdulillah lepas tu takde jadi pape. sebab aku orang pertama masuk bilik tu. aku pelik pintu tak kunci pastu dalam bilik tu ade tikar getah ngan telekung and sejadah. ingat kot makcik cleaner punye. tanye2 die kate tak tau. ah sudah!!
ni pulak blok budak laki.
view dari area2 blok aku. dulu kalo mintak dak laki belikan pa pe dari kedai kat sini la port nak jumpa. dekat. yela dorang ade motor. kitorg nak menapak memang nangis la kan. tapi skang ni aku dapat tau dorang kate dah bercampur2 dah blok budak laki dan pompuan. kitorg dulu jauh jugak terpisah.
ni la fakulti aku. gelap sebab backlight. ini je gambo yang ada. sile la redha hehe. dulu tiap kali AD Nite memang penuh depan fac ni sampai atas jalan sume. sebab every year memang kitorg ade malam AD.
macam2 la ade. Nyanyi la Fashion Show la ape sume. part paling best mestila bile lecturer2 nyanyi! sorang lecturer aku suara sedap giler! dahla hensem!hahaha. tak2. ni sume diakui oleh student2. die dulu koordinator kitorg. skang tengah buat phd kt aussie sane.
macam2 la ade. Nyanyi la Fashion Show la ape sume. part paling best mestila bile lecturer2 nyanyi! sorang lecturer aku suara sedap giler! dahla hensem!hahaha. tak2. ni sume diakui oleh student2. die dulu koordinator kitorg. skang tengah buat phd kt aussie sane.
taddaaa! kat sinila aku menimba ilmu selama 3 tahun :)
rindu giler okeh. kalo perasan kat belakang aku cam ade roda segi2 tu kan, dari zaman aku belaja lagi ade. tu sculpture. artwork la. aku syak tak pindah sebab berat!! kat belakang roda tu la class aku belaja dulu. nampak cam kecik fakulti ni tapi sebenanrnye besar! kat tetengah ade foyer. keliling foyer ade department masing2.
ade fine art, fashion, seramik dan jugak photography. kalo ade dinner department ke family day ke memang buat kat tetengah foyer tu je. pic takde sebab pintu kunci tak bleh masuk. lagipun kejar masa kene kuar balik kul 7pm.
ni bangunan tambahan yang baru untuk fakulti aku.
yela time aku dulu student diploma je. skang ni degree pun kat sini. dah terlalu ramai student. so terpaksa antar ke cawangan. lecturer aku cakap dah ade 2 sem student degree kt sini.
borak2 ngan lecturer aku die kate tak sama student skang ngan time kitorg dulu. kitorg dulu punyela rapat ngan lecturer. skang ni die kate student abis clas abisla. takdela nak jumpa lecturer ke ape. kitorg dulu memalam pun suh lecturer datang scool!hahaha
belum lagi pi mancing la, gi makan la ape sume. dulu time kitorg memang best giler! dapat lecturer sume sekepala kan. abis class pi lepak minum la.
ni dulu tempat cari ilham hehe
masa dapat tau yang ade penambahan bangunan, kitorg ex student sume dok risau port ni. yela fakulti kitorg je ade port yg cantik ni okeh!hahaha. dulu time nak melukis ape sume merata2 melepak. atas bukit la, kt sini la, tepi jalan la..cari ilham la kengkonon. padahal....tengok student fakulti lain!hahaha
skang ni aku tak taula. tapi memang 2-3 org lecturer aku sume dok cakap yang sama la. tak best sejak kitorg takde. sebab batch aku kitorg bukan sebaya. ade yg dah sama umur ngn lecturer. dats why kitorg bole on. aku dulu takdenye lecturer pompuan kt sini, sume laki, dah kawen. tapi still takde masalah kalo pa pe. selalu buat makan2 kt uma dorang.
skang ni, convo pun kt sini. aku dua2 convo kat shah alam.
yela. dulu lain skang lain. cuma nak pesan kat adik2 junior, belaja la elok2. timba pengalaman sebanyak mungkin. korang tak kan tau ape yang ada kat depan korang. susah? mane ade belaja senang. dulu ramai jugak org pertikaikan fakulti aku, katenye class ke2. kitorg tak kisah. sebab kitorg yang belajar so kitorg tau ape yang kitorg nak.
alhamdulillah ramai kawan2 aku dah berjaya. kitorg bukan rapat sesama department je tapi semua. kawan2 aku pun sampai skang bercampur2, dari department lain2. fashion ade, fine art, seramik dan photo. sampai skang kitorg still rapat.
rinduuunyeeee sume orang! kan best dapat kembali ke zaman dulu. zaman belajar adalah zaman paling seronok. banyak aku belajar kt sini. mak ayah jauh. ape2 pun sume sendiri. nangis? takdelah. nangis sebab dulu belajar teruk adelah!hahaha
ehh?terpanjang sangat pulak entry ni. sory la ye. kalo suh bercerita mende2 camni memang la panjang!hahahha
k.bai.
posted by ceklala
selepas kenduri kawen member aku kat hutan melintang tu sebenarnye aku sempatla singgah tempat lain dulu before balik kl. yela dah terlanjur sampai kan.
ikutkan memang penat, sebab dah la bape kali sesat nak cari uma si ejan tu. kasi map macam tak kasi orang datang jek!ikut sedap die je yang tau jalan!hahaha. sampai masuk ke kilang2 ngan tempat orang angkut ikan naik dari boat lagi!
takpe. demi kengkawan. bukan selalu kan. mase nak gi ke keta tu si yutat cakap jom pi menara condong nak??aku pun tanye tuan kete. die kate asal aku drive die on. so aku redha lagi. -__-
si ati terus balik uma mak die. patah balik ke sekincan. yela orang nak kawen kan. banyak kot persiapan nak buat. so terusla kami bertiga. cakap cam dekat. tapi jauh jugak nak sampai. skali sampai2 ade cam pesta ape ntah. ade org jual2. so tak dapatla nak bergambo. sedih.
menara condong pisa. eh tak2.
menara condong teluk intan lah :)
selamba badak aku benti tepi jalan tangkap gambo. orang tengok mesti pelik. yela ntah pa pe kot gambo tu pun nak tangkap. tapi aku spesies kalo tak dapat gi dekat aku dapat tgk dari juah pun cukupla. takdela ade cam kawan aku, kalo da sampai kene pegi masuk dlm nak pegang2 ape sume. matilah camtu.
tapi dari pengamatan aku yang dua kali terpaksa tawaf menara ni, memang nampak condongnya. dan menurut si wahida yang da masuk dalam tu smpi atas, katenye kalo ko naik sampai atas pastu turun bawah, sure ko akan rasa dunia ko jugak senget!
siyes nih. die yang cakap. kalo aku tipu korang maksudnye aku jugak ditipu oleh die. ^_^
da tangkap gamba sekeping,so tak tau nak gi mane lagi. kitorg teruskan pulak misi menggedik kembali ke zaman kegemilangan!cehh..gemilang la sangat kan hehe..
kemana?? tungguuu...
posted by ceklala
assalamualaikum dan selamat pagi!
sihat korang? ape cerita di hari minggu? oh hari minggu aku kali ni sangat hectic. penuh dengan jadual. seronok sebab 2 hari bersama kawan2 yang memang dah lama tak jumpa. kawan2 yang susah senang bersama masa zaman belaja dulu2.
aku dapat jemputan kawen dari pengantin 2 minggu awal. before aku gi korea aritu. tapi mase tu tak bajet nak pegi. sebab selalunye aku ikut member. yela nak gi sorang memang takla. ade member baru la sedap nak pegi kan. so kebetulan jugak yutat dan wahida dah ajak. aku pun on kan ajela.
memasing single. so takde porjek lain, on kan aje hehe. aku sebenanrnye mati2 ingat kenduri kat tangjung malim perak. yela dekat la skit kan. sekali dah masuk kete baru tau rupenye kat teluk intan perak. kat hutan melintang sane tu ha! hamikkk...
tapi takpe. demi kengkawan kan. aku kawen korang tak datang siappp! ^_^
gerak dari kota damansara jam 9.30 pagi. 2 kereta. tapi ade 3 manusia je. sebab yutat nak balik kuala kangsar terus pas kenduri. aku driver kereta lagi satu, sebab wahida tuan punya kete nak tido! bole camtu? redha jela kan. aku mmg suke bawak kete pun.
jumpa lagi sorang member iaitu yati yang lagi 2 minggu nak kawen dah. sebab lalu kampung die kat sekinchan tu kan so sekali je gi. da jadi 3 kereta.
rupenye aku lalu kampung bapak aku kat sabak bernam. siyes tak tau! sebab selalunye time balik kg aku tido! ha ni la die kan. tapi tak singgah pun la kg.
sampai uma pengantin kul 12.30pm. awal. tu pun yutat cakap nak gerak kul 7 pagi! aku tanye nak jadi penanggah ke ape datang awal2?? kire sedang elok la kitorg sampai. jumpa pengantin jap.
aku dan pengantin
sory ler. ini je gamba yang ade. sebab mase naik atas pengantin tengah make up. so tarik kejap. dah ler backlight! menci tau. korang buat2 nampak jela yek. hehe. pengantin lawo! dah macam artis bollywood! siap dengan hidung mancung terletak tuuu!
selamat pengantin baru ejan dan pasangan. cecepat sikit buat junior yek hehe. dah salam n tangkap gambar ngan pengantin ape lagi. makannnn!
pic sebelum makan lupa. nampak sangat kelaparan kan. hanya sempat snap lepas makan je! heheheh. acar tu yang sedap. aku kalo g memana kenduri kalo dapat acar buah ni ha memang laju jela. sedappp! and first time aku jumpa dalca ade udang!
setel makan lepak jap. sebab nak terus balik penat. yela drive dah 3 jam. ni makan setengah jam tak sampai nak balik terus. nangis ler. sempat gak jumpa bebudak class yang lain. aus dan jambu. amik ko kawan aku sume dah pakai nama singkatan je kan hehe. oh ejan si pengantin ni kawan aku mase diploma dulu.
gambar kenangan ngan pengantin sebelum balik. tq ejan sudi jemput! kami berempat yang lepas makan terus balik! yela dah sian orang lain nak makan dok tunggu tepi meja kan. tak sedap pulak nak lepak lelama. hehe
sekian.