Kawan-Kawan

Twtupkaseh 5.0 bersama Gelandangan


posted by ceklala

2 comments

morning!

aku tak tau la apesal dah 2-3 hari ni asyik dok pening2 je. pening die tu kadang macam nak pitam. siap loya2 bagai. bape bulan dah ek? eh??!

hahahaha. takde maknenye pegnant. bile mase pulak la aku kawen?? no no no!

kadang tu dapat package serentak. pening2, loya and berpeluh2! siyes aku sakit ape ni weh? kalo migrain aku tau lain, and kalo gastrik pun aku tau lain. sakit apekah? hmm abaikanla.

okeh ni nak cite pasal program #twtupkaseh 5.0. dah kali ke 5 okeh event under team ni. macam yang aku pernah bagitau program kali ni kitorg ke sekitar kotaraya kl untuk memberi makan pada gelandangan2 yang ada. pernah tak korang terpikir yang 1 hari nanti korang berada di tempat mereka?

kadang kita bole jadi terlalu pesimis terhadap meraka. tapi cuba kita fahami dulu. mereka tak mintak pun jadi macam tu. and yes pada pemerhatian aku certain tu memang mengambil kesempatan pada kebaikan orang lain tapi pikirkan mereka2 yang memang susah dan tak mampu tu.


kitorg mula berkumpul di Al-Wira berdepan dengan Hotel Swiss Garden. dimulakan dengan sedikit briefing oleh Mr Pete (founder) dari Team Reach Out sebuah badan NGO. event kali ni adalah gabungan bersama Reach Out dan team kitorg Twtupkaseh. dorang dah memulakan aktiviti ni sejak 5 tahun lepas. 

orang luar jugak yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga. tapi ape yang kita buat pada tanah air sendiri? hanya mampu tengok?

aktiviti bermula jam 12 tengah malam dan berakhir jam 3 pagi. kami carpool beramai2. 30 orang dari team Twtupkaseh dan 5 orang dari team Reach Out.


pemberian dimulakan sekitar puduraya. kali pertama aku memberi tu aku tak tau nak cakap cane perasaan aku. sedih, sebak, sayu, gembira dan takut bercampur2. sebenarnya sangat berlainan dengan apa yang kita tonton dlm drama2 di tv.

kesian. 

tidur beralaskan kotak dan surat khabar. memakai hanya sehelai seluar yang dah koyak dan t-shirt nipis. tanpa selimut. sejuk. cane kalo hari hujan? ya allah. sengsaranya aku rasa.


paling terkesan kat hati aku semasa pemberian area kotaraya. pcik2 tua yang tidur berhimpit2 di tepi tong sampah. kita kalo lori sampah lalu pun dah semacam menahan bau. bayangkan pcik2 ni tido cane? sangat2 kesian.

ade sorang pcik yang aku jumpa di masjid negara. hanya mampu senyum dan ucapkan 'terima kasih' pada aku. mungkin die malu. yela tak siapa ingin mengharap bantuan dari orang lain. tapi dia ada pilihan ke?

ye memang ko akan cakap pegila keje. tapi cane dengan keadaan kesihatan die yang tak bape baik tu? pernah ko pikir? umur dah 60, jalan pun tak larat. nak keje cane?

mane anak2 die yang bertanggunjawab menjaga tu? biarkan bila dah senang?


ade sorang uncle ni keje sebagai jaga. sehari diberi bayaran rm10. rm10 tu cukup2 untuk makan je sehari. abis tu mana nak tido? takde pilihan lain selain kaki lima. dorang ade pilihan ke? memang takde.

mungkin ade yang bertanya di mana pihak berkuasa? jkm mane? tapi sbrnrnye kita kene pikir jugak mereka ni sume memang takde pilihan. jkm dah penuh. arini kene angkut esok datang balik.

apela salahnya kite membantu semampu yang bole. aku rasa tak miskin mana pun kalo ko sedekah sebungkus makanan kat dorang. mereka ni dapat air mineral cap tesco sebotol sorang pun dah bersyukur sangat!

insyaallah aku akan terus membantu selagi aku daya. sejuta terima kasih untuk mereka2 yang sudi menghulur kan sedikit sumbangan untuk aku beri pada malam tu. korang tau sapa korang. hanya allah mampu membalas jasa mereka yang memberi dan terus memberi.

kalo pada sesiapa yang ingin menghulur sedikit bantuan tapi tak tau cane cara bole je inbox aku. insyaallah aku akan buat aktiviti macam ni seminggu atau sebulan sekali bergantung pada pemberian. secarton air mineral hanya rm9.90 sahaja. sebulan 1 carton pun dah cukup.

kita minum air sedap2 ade tak kita pikir orang yang hanya mampu tengok je??

kalo kita rasa kita susah, ade orang 10 kali ganda lebih susah dari kita. renung2kan.


jam 2 pagi kami masih segar dan tersenyum :)



2 comments