Kawan-Kawan

To Krabi wit Love - Phi Phi Island


posted by ceklala

6 comments

saat yang di nanti kini tiba. ececeh ayatttt! kahkahkah

harap maaf terlambat. sementara ade break sekejap ni cecepat aku pilih gambo pastu update. kalo tunggu keje siap jawabnya memang minggu depan lah baru sambung balik. yela kang lambat sangat reply korang majuk pulak kan. aku bukan reti memujuk pun hihi


kami di hari kedua. bersiap sedia lebih awal. kate akan pickup depan hotel by 8.30 pagi. kitorg dari pukul 8 pagi dah tunggu kat lobi! kahkahkahkah excited terlebih punye pasal. tapi malangnya yang pickup kitorg pulak lambat. dalam kul 9 camtu baru sampai.


yeayyyyy! yang di tunggu dah tiba! sukeeeeeee!

aku tak tau ape nama menatang yang kitorg naik ni. lebih kurang cam lori yang diubah suai. memang lori pun. hihihi. dah ramai dalam ni time kat kitorg. sume yang dalam tu adalah orang luar. sama cam kitorg. yang melayu pun kitorg jela.


pembahagian kumpulan. sebabnya ramai. kene split kepada 3 group. 2 group untuk Phi Phi Island dan 1 group untuk 4 Island Tour. dari hotel kitorg ke jeti ni dalam 20 minit ke setengah jam camtu. borak-borak tengok keliling dah sampai pun.

yang bagi penerangan ni pun aku nak gelak dengar die cakap. pekatnye pelat die. kene dengar bebetul. garang plak tuh. ke dia memang camtu ke tak tau la kan




selesai acara pembahagian kumpulan terus menuju ke boat. naik speed boat ye untuk ke Phi Phi Island. bole naik boat kayu panjang tu tapi dari patutnye pegi 8 pulau naik tu ko dapat cover 5 pulau jela. sebab jauh dari satu pulau ke satu pulau.

ikutkan aku nak naik boat kayu. tapi bebudak ni takmau. takut terbalik katenye! hahahaha ntah pa pe jek pikir camtu.






itulah kanan boat kitorg. 2 enjin. ade yang 3 enjin. dalam boat kitorg ada 31 orang. maksimum satu boat 35 orang. yela pemandu boat lagi kang yang pembantu die lagi kan. kang padat sangat terbalik pulak. haishhhhh mulut!

nak naik ni sile bersihkan selipar anda dari pasiran pantai yang memutih yek. sebab taknak mengotorkan dalam boat. dorang menjaga kebersihan boat.

  

inilah dia pemandu boat kami. dah macam melayu.

naik speedboat ni memang laju. ko kene lambung ombak pun tak hengat! untuk yang rasa diri tak kuat...mabuk laut la maksudnye tu..sile telan ubat mabuk sesiap yek. sejam sebelum naik boat. sat lagi kang ko termuntah sape nak jawab? ko sendiri la menjawab kan. hihi


kalo yang amik 4 Island tu, ini adalah pulau pertama dorang singgah iaitu Chicken Island. kitorg tak singgah sini cuma lalu je. sebab akan menuju ke pulau yang lagi besat dan cun melecun!!





memula sume excited la kan. tengok keliling bagai berdiri-diri. nyanyi lah ape sume. untuk setengah jam pertama jela pun. selepas ituuuuuuuu....sume tido!

aku tak tido ler. sebab rugi kalo tido. inilah masanya ko nak menikmati keindahan alam. bukan senang kan. aku dah la giler pulau dan pantai. walaupunnnnnn tak tau berenang!! kahkahkahkah. ala life jacket kan ade. ape nak risau kan kannn. hihi

dalam tong oren tu adalah minuman. ade mineral dan jugak air oren. aku minum air oren die seteguk sekali ya rabbbiiii. manis!! aku rasa dorang ni memang ade kencing manisla. sumenye manis aje bile bab air weh. akhirnya aku togok mineral jela. nak teguk air laut kang masin pulak kannn




bersambung.....hihi........


6 comments