Kawan-Kawan

To Krabi wit Love - Phi Phi Island Tour 1


posted by ceklala

3 comments

hai korang. how's weekend? 

aku lari balik kampung jap. giler bosan okeh dok kl sensorang. dah mati kutu aku tak tau nak buat apa. padahal punyala berlambak shopping kompleks kan. tapi kalo dah berjalan sorang mau tak bosan kan? dahla kat uma pun aku sorang. sampai kekadang terpaksa cakap ngan pokok nak kasi ilang stress!hahahah

ok jom sambung cite krabi. korang dah bosan? ahhh lantak! aku pepenat pilih gambar nak kasi korang tatap ni tau, so silela hargai kesungguhan aku ni hihihi


setelah hampir 45 minit sampailah kitorg ke pulau yang pertama. yeayyyyyyyy tak sabar! cantik kan air laut biru hijauuuuuuuu! sejuk jek mata aku ni pandang.

dan aktiviti sebaik menjejakkan kaki ke pasir pantai yang putih halus tu adalah.....


melompat lebih tinggi!!! hahahaha. berapa kali shoot barula ok. kalo idak kang sorang kat bawah dua kat atas. kang lagi satu shoot sume baru nak naik. heh sakit perut gelak-gelak nak dapatkan shoot ni tau! sambil lompat sambil gelak!kikikiki

aku lupa sebenarnye ape nama pulau 1st ni. nanti dah ingat aku bagitau yek. aci tak?hihi




sempat la berendam kejap dalam 10 minit. memang selalunya camtu pun. kat langkawi aritu pun aku mandi tak lama. ko giler hape time tetengahari panas buta mandi laut. walaupun pakai sunblock!

ceh padahal dah memang sedia gelap pun. saje taknak ngaku. kikikiki

kat sini dia bagi masa 45 minit. itu pun rase macam kejap sangat. jenjalan jap, berendam kejap, tangkap gambar jap alih-alih dah abis 45 minit. ade jugak yang lambat. tak perasan or tak tengok jam agaknya kan. takpela. kate pun bercuti kan. haaaaa! island ni namanya 'Bamboo Island'!! yeayyy dah ingat!hahahaha


ini adalah 'cave man'. orang yang tinggal dalam gua atas laut. cantik giler tempat nih. dengan air laut membiru. ini adalah perhentian ke-2. kat sini kejap je. die berhenti bagi tangkap gambar then tengok sekeliling terus jalan.


sempat mintak tolong pembantu bot tangkap kan gambar. aku memang dok tepi skali kat tempat enjin. sebab nak tangkap gambo. kalo dah duduk ke dalam memang ko tengok muka orang jela. buat ape kan. kalo model cun ke ok jugak ini.....hmm abaikan hihi

then terus ke perhentian seterusnya. dia macam masuk ke dalam kawasan teluk. air cantik giler. dahla jernih. memikirkan aku tak pandai berenang jek. kalo tidak memang dah selamattttt! dahla nampak coral ngan ikan kat bawah tu melambai2. tahannnnn!




inilah yang aku suke pasal pantai dan pulau. tenang je. itu yang aku cari.

sejuk mata memandang. memang cantik ciptaan allah. alhamdulillah bila pikir balik aku berpeluang pergi ke tempat-tempat yang memang cantik. bila tenung gambar ni lelama rasa nak pergi balik. eh tapi nak dok kat situ terus. taknak balik. bole?hahahah






antara pic feveret aku. aku suke benor tangkap gambo boat kayu panjang nih. unik sangat pada aku. kebanyakkan pelancong yang nak kan private, bole sewa boat kayu panjang ni. takde sharing ngan orang lain.

suka hati ko la nak kuak lentang ke gaya kupu-kupu ke dalam boat tu. takde orang marah!hihi

sape rase nak honeymoon relax-relax sesuai sangatlah ke sini. tak mahal dan tak renyah pada aku. tempat yang cantik dan menarik untuk di explore.





3 comments