sampai jugak ke penghujung rancangan.
eh bukan rancangan!hahaha tapi sampai jugak ke last entry mengenai trip ke krabi. suke lettew kan kann. hahahaha. ikutkan ade lagi nak update. pasal aktiviti mangrove kayak. tapi disebabkan hp still tak boleh on so kite terpaksa la hold kan dulu entry tu yek.
selepas penat berhempas pulas bersnorkelling bersama-sama nemo akhirnya kami sampai ke hotel balik. memasing sampai je depan hotel bukan terus masuk bilik tapi pegi carik makannnnn! kitorg pegi carik pancake!! sedapnyeeeeeeeee tapi sory gambo takde. ade dalam hp. hihihi pegi krabi tak makan pancake tak lengkap hidup korang.
da kenyang kitorg decide nak pegi krabi night market!
krabi night market ni hanya pada hujung minggu bermula hari jumaat hingga ahad. dari jam 6 petang hingga 10 malam. macam-macam di jual. lebih kurang macam uptown dan downtown kat kl la pada aku. ade makanan, cenderamata, pakaian dan lain2.
tujuan utama nak cari souvenir. dapatla jugak beli sesikit walaupun tak banyak. tapi aku dapat jugak rembat t-shirt 3 helai untuk mak ayah n diri sendiri. hihi
barang-barang kat sini memurah sangat weh! nak2 baju. blouse yang kat kl ni harga dalam 40 ke atas kat sini bole dapat separuh harga tau dak! rambang mata sekejap!hahaha. dan sayang jugak sebab tak bawak duit banyak. kalo tidak memang dah lama borongggg!
tetengah jalan tetibe nampak bebudak ni. dorang tengah main alat muzik lagu-lagu tradisi dorang. syok jugak dengar. dan salute jugak sebab kecik-kecik dan mempertahankan tradisi negara. yang rambut gondol tu comel macam nak cubit2!!hahaha
kitorang expect yang night market ni sangat besar. tapi biasa je. setengah downtown cheras je pun. macam pasar malam kat tempat kita tapi jual macam2!hihi
ade bermacam jenis food. ko sebut jela apa sume ade! tapi antara ko sanggup makan dengan tak jela yek. aku kalo dah start was-was memang takdela. kat sini aku beli air carrot jek n makan jagung. tengok ikan talapia ngan siakap tu memang terliur tapi..... takpelah kita makan kat malaysia jela yek hihi
untuk ke krabi night market ni dari Ao Nang ade berbagai jenis transport. kitorg amik dengan akak kelantan agent tu jek. naik ford 4WD je sumbat 6 orang sekali. sorang rm20 pegi balik. dalam 20 minit je dari hotel ke sini. ini bukan Ao Nang Night Market ye. tapi ini yang bebetul tengah town punye.
pemandu bagi masa 2 jam. kitorang sejam dah abis pusing n membeli. hihihi. so ape lagi? makan timeeeeeeee!
sempat bergambar ngan statue ni. hihihi ini manusia betul yek. bukan patung. ko bole la nak cat or lukis kat badan dia. tapi lepas dah lukis tu hulurla sikit. aku tak lukis pun, cuma amik gambo jek pastu hulur syiling.
pastu ade 2-3 orang kat situ dok pandang-pandang. aku dah pelik sebabnya ada had ke kene bayar bape untuk bergambo? ade budak tu lukis terus blah takde plak pandang. ke sebab kitorg sume cun-cun sangat??? eh!hahahaha
masuk-masuk kete kitorg cakap boleh tak bawak kitorg pegi tempat makan yang sedap tapi murah!hahaha sume nak murah kan. dia bawak kitorg kat sini. cantik giler weh tempat die. tersorok-sorok masuk kampung gittew
sedappppppp sangat kat sini. harga takdela murah sangat tapi kira normal la. makan ber6 sorang bayar dalam rm20 jek. total 1200bath. menu utama mestilah tomyam kan. sedap giler! then amik somtam. pun sedapppppp!
menu utama adalah ikan talapia ni ha. masak kheng sum masam namanya. tak masam pun. tapiiii die punye pedas ya rabbiiiiii! pedas giler gilerrrrr! siyes nih. aku sampai masuk mulut terus nangis. tak tahan die punya pedas. abang ipar aku org nogori yg kuat pedas pun bole surrender. tapi habis jugak!!hahahaha
keseluruhan memang best makan kat sini. tak tau ape name kedai. takde orang pun time kitorg datang ni. kitorg je monopoli kedai. order pun dah macam kedai sendiri. tapi cam biasa tak paham langsung. kene tunjuk gambar yek. hihihi
sambung membeli-belah area hotel sementara masih bukak. lagipun besok pagi dah tak sempat sebab pagi-pagi dah gi kayak. aku beli fridge magnet kt kedai ni je. mintak murah giler-giler nasib dapat!hahaha. lama jugak kat sini dok menawar dan membeli.
hasil belian. ini saja yang aku beli. itupun hanya untuk diri sendiri dan family. dah kate pun bajet trip kan. kalo shopping over tu bukan bajet namenye!hihihi
sekian saja untuk trip krabi. alhamdulillah tamat sudah. harap banyak info aku dapat sharing ngan korang. next pegi mane? dah rancang2 tapi belum beli tiket lagi. pegi bangkok or phuket macam menarik.......ade sesapa nak join?? jommmmmmmm!
wah..bestnya....
best!
Assalamualaikum. nak ikutttttttttttt. hehehehhe bestnya.
wassalam..ha jom2!
tq for the info..really help.. btw brape total baget keseluruhan ye??