Kawan-Kawan

To Krabi wit Love - Phi Phi Island Tour 2


posted by ceklala

6 comments

Morning!!

tinggal lagi 2 entry. aku berusaha abiskan cepat. sebabnya ramai dah bosan gamaknya ngan update krabi nih. bosannnnn? jangan ler. sian aku tau. hiks


ini bukan bf baru aku yek. tak sayang mulut kan korang. kahkahkahkah. ni adalah pembantu pemandu boat kitorg. baik dia nih. tak banyak cakap. tau senyum jek. ko hulur camera die sambut terus tangkapkan gambo. takde banyak cekadak. kikikiki aku lupa nama die ape. aku panggil beach boy jek hahahaha

  

ombak tinggi time ni. terlambung-lambung kitorg dalam boat. mau idaknya. langit dah gelap. nak hujan lebat. dalam hati berdoa hujan tak lama sangat. yela dahla kat tetengah laut ni kan. seram okeh.

kami menuju pulau idaman. idaman untuk sesetengah orang. pulau yang menjadi tontonan dunia. pulau yang difilemkan iaitu 'Maya Bay'. filem Leonardo dalam The Beach. aku tak tengok filem tu so tak tau sangat. tapi yang aku tau pokok-pokok kelapa dalam filem tu sebenarnya di tanam. bukan tanaman asal. dan telah pun dicabut kembali untuk mengekalkan pemandangan asal Maya Bay.


Maya Bay ni takdelah besar sangat pun pantainya. agak private. patutla pun jadi tempat shooting. tapi memang cantikla. pantai die pasir putih halus. air laut membiru. ombak pun sesedang jek.


mintak tolong agent boat kitorang amik kan gambar. sempoi jek. dahla banyak mulut. suke buat lawak dah macam wahid. siyes. ade saje mende nak di cakapkan. kat sini diberi masa dalam sejam. sebab lepas tu nak ke pulau seterusnya. da tahap kebuluran dah time ni. tapi tahannnnn!

kitorang jenjalan pulau jap. kat disebalik pulau best jugak ade port lepak2. dekat ngan kawasan toilet. memang cantikla. dorang jaga. bersih jek. yang paling penting indahnya ciptaan tuhan.

memasing berendam sekejap jek. sebab sebenarnye tetibe rasa sejuk semacam. bila berendam tu takdela sejuk sangat. suam-suam skit. hihihi






tak sampai setengah jam kat Maya Bay ni hujan turun dengan lebatnya! nasib baik sempat lari berlindung. berlindung bawah bukit. dah amcam gua pun ade jugak sesikit. ade jugak yang agaknya kulit biawak tak reti sejuk. hujan tengah lebat pun selamba dek jek dok berendam lagi!

aku rasa dorang memang tahap menghayati betul ciptaan tuhan gamaknya. hihi. aku tahap menggigil2! siyes time tu tak tau nak peluk sapa. nak peluk akak aku tapi die dah peluk laki dia. sian aku peluk diri sendiri sorang-sorang. #eh??hahahahah


takut jugak time ni. dok pikir bukan-bukan pun ade. nampak ombak besar datang dari jauh menuju pantai. tapi alhamdulillah sekejap je. dalam 15 minit dah berhenti. nextttttt!




dah macam free show pun ade. hihihi. ini adalah Monkey Island. sebabnya yang dok kat pulau ni sumenye cik nyet akak monyet. kalo berani nak berkawan ngan dorang silela join sekaki. sesambil buat bbq cik nyet. hahaha

tapi pantai monyet ni memang cantik. air dah la biru. jernih giler! pandai betul monyet ni cari port. sini memang tak dibenarkan turun. boat parking dari jauh je. ni salah satu boat turun bagi monyet makan pisang. tapi agak ganas jugakla cik nyet ni sume. nak main terkam jek!


aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh perut semua orang. apalagi kalo bukan acara makannnnn! hihihihi. perhentian seterusnya adalah Phi Phi Don. inilah dia pulau Phi2 yang menjadi buah mulut. biasa jek. macam pulau perhentian jugakla. sini sume ada. 

kat Phi Phi Don ni jugak banyak port best nak tido. korang boleh jugak survey. kakak aku kebetulan kawan die tido sini. tapi die kate takde ape best sangat pun. biasa jela.


tahap kebuluran. tapi ini je menu. redha jela. makanan sini halal yek. yang masak yang tolong hidang pun pakai tudung. akak aku dok cuit-cuit tanya aku halal ke? aku cakap dijamin. sebab ade kawan aku dulu pernah pegi die cakap sengaja termasuk dapur, padahal sebenarnye memang nak pegi spy pun. die cakap yang tukang masak pakai tudung. so tak perlu risau.

tapi kalo ko rasa was-was jugak takyah la makan. 

kitorang tak amik masa lama nak makan. sebab kitorang nak jenjalan. dah sampai tu harung jelah terus kan. bukan selalu boleh sampai.






malas nak menaip. sakit perut. layan gemabra jelah yek. hihihi






kalo duduk sini aku rasa sehari aku dah abis tawaf satu pulau. hihihi. takde yang menarik sangat. biasa je. harga pun lebih kurang sama je dengan Ao Nang. takdela harga sampai ebrganda-ganda macam pulau kat malaysia.

yang membuat kan mat dan minah salleh suke kat sini adalah sebab pulau ni tenang. aman jek. siyesly aku suke jugak. memang port best la nak lepaks dalam seminggu.


inilah menjadi idaman aku. memang banyak betul aku duduk sorang-sorang area longtail boat ni. fefeeling. kihkikhkih. yang lain-lain ntah kemana-mana. aku melayan tangkap gambo boat jek. tak taula apesal macam teruja sangat tengok. sukeeeeeeee sangat!

ha hamik. berapa kali repeat cakap suke ntah. lepas ni tolong la mane2 hire aku jadi tukang promote pulau dalam malaysia. aku promote habis-habisan khazanah negara. nak2 boat sampan yang ada. terutama boat ikan!hihihi

dalam 2 jam kat sini. terus aktiviti seterusnya. aktiviti yang terakhir. iaitu snorkelling!!

ni paling sadis nak cite. gambo snorkelling takde nak tunjuk. sebab hp aku sampai skang tak siap-siap lagi. tak taula cine tu dah jual terus ke hape hp aku kan. kate 2 minggu pi hanta warranty. ni dah masuk 3 minggu weh!


ni lah agent yang tolong amik gambo kitorang. sikit-sikit buat lawak. perut dah la boroi. berangan nak jadi Leonardo. die cakap die lagi hensem dari Leonardo. kahkahkahkah okeh tak baik gelakkan orang. hihihi lepas penerangan pasal snorkelling terus memasing amik kelengkapan dan terjun tiruk!!

tapi takleh tiruk sangat pun sebabnya air laut agak cetek. aku yang rendah ni pun turun-turun kaki dah cecah batu karang. syok sangat mandi naik atas boat tengok2 kaki dah berdarah. syabas!! takdela teruk. luka jek sikit kene batu karang. sile berhati-hati yek.

bagi mandi dalam sejam setengah. cantik memang cantik. tapi baru lepas hujan so air keruh sikitla.

setel mandi terus balik!! yeaayyy boleh terjun swimming pool pulak hihi kitorang sampai hotel pukul 5pm. terus get ready pulak untuk next aktiviti =)

6 comments