Kawan-Kawan

6 Tips Cantik dan Kurus Gaya Sihat


posted by ceklala

7 comments

assalamualaikum...

hampir bersawang blog ni. nak wat camana kan dah kebizian, ditambah pulak dengan kesihatan yang tak berapa mengizinkan ni..tapi ape pun hidup haruslah ceria-ceria selalu!hihi

rasenye dulu dah pernah kongsikan mengenai tips jaga badan kan (bole refer balik entry lama) tapi kali ni nak kongsi lagi. yela korang bukan rajin sangat pun nak pegi arkib lama tu carik kannnnnn!kikiki. so ini aku share lagi cara aku sendiri menjaga badan =)

cara ni sebenarnye sangat berkesan. cuma perkara utama kat sini adalah disiplin!

sepanjang aku hidup dan rakan-rakan bertanya mengenai tips jaga badan, belum pernah lagi aku suruh berdiet. ever! dan di sini aku nak tekankan, tolong jangan diet. jangan sampai tak makan. sebab badan kita perlukan makanan untuk tenaga. kalo dah tak makan how badan nak dapat tenaga?

1. Minum Air 8 Gelas Sehari


Ini adalah yang paling susah. even aku pun kekadang tak cukup 8!hihihi. tubuh kita sangat memerlukan air yang sangat banyak. air berfungsi sebagai penyahtoksin sisa buangan dari badan. bila cukup air, dapatlah badan berfungsi dengan baik. semestinya jugak kulit akan kelihatan cantik dan bermaya!

2. Kurangkan Nasi Dalam Menu Harian


Memang nasi dah jadi makanan lazim buat kita semua. tapi tak semestinya kalo tak makan nasi badan kita bole jadi lemah longlai. cuba gantikan nasi dengan makanan karbohidrat lain. insyaallah berkesan. even aku sendiri nak kekal badan yang maintain ni aku sangat kurang makan nasi. even makan nasi pun seminggu dalam 4 ke 5 kali je. cuba gantikan bihun sup dalam menu harian.

Aku dah jumpa ramai orang yang dulunya mempunyai berat badan berlebihan tapi kini berat badan ideal, dan mereka sendiri mengakui yang mereka menggantikan nasi dengan bihun sup. tapi BUKAN MEE KUNING. kerana mee kuning mempunyai kapur yang sangat banyak dan sangat tidak elok untuk kesihatan.

3. Sup Sayur Cegah Kanser Selain Mencantikkan Kulit





Seminggu sekurang-kurangnya 3 kali aku akan masak sup sayur di rumah. lebihkan karot kerana karot adalah satu bahan pencegah kanser paling baik.


Aku sendiri mempunyai kawan yang juga seorang doktor yang sebelum ini mempunyai masalah obesiti. selama setahun beliau tidak sentuh nasi langsung. maksud di sini bukan tidak makan langsung, tapi menggantikan nasi dengan makanan lain. seperti aku cakap tadi gantikan dengan makanan bersup. kerana bila kita makan makanan bersup ianya dapat membuatkan kita cukup kenyang kerana sup fungsinya sama seperti air.

4. Lebihkan Buah-buahan dan Sayur-sayuran
 

Sedapnyaaaaaaa tengok pic ni!hihih. ini adalah bahan-bahan yang wajib ada dalam peti ais aku setiap hari! terutamanya brokoli, karot dan ubi kentang.
Tapi bab buah-buahan yang ini memang aku akui aku selalu sangat skip!hahahah. sayur memang aku wajib makan setiap hari. tak boleh tinggal. bab buah tu je selalu miss. tapi aku akan gantikan dengan jus buah. even kalo makan di luar pun aku akan order air buah. air buah yang menyihatkan adalah yang tidak dicampur gula.

5. Berjalan Kaki ke Kedai atau Pejabat


Terdapat 2 jenis senaman yang aku praktikkan hari-hari. salah satunya adalah berjalan kaki. berjalan kaki sangat bagus untuk kesihatan kita. terutamanya jantung. cuba jika ke pejabat korang parking kereta jauh sedikit dan berjalan kaki seperti aku. ianya sangat mudah dan menyihatkan! =)

6. Turun Naik Tangga


Penat? nak cantik tak? kalo nak cantik sile buat! wajib! hahahah paksaan nih! ini memang senaman paling senang! kalo ofis korang tingkat 3, cuba la turun naik tangga, elakkan penggunaan lif. sebab aku tau ramai antara kita yang memang tak bersenam langsung. so ini adalah salah satu cara mudah!

Even aku pun turun naik tangga rumah aku yang di tingkat 6 tu setiap hari! cuma kalo dah tahap tak larat sangat je baru tunggu lif. tapi kalo boleh sile paksa diri dan kaki anda untuk menggunakan tangga.

Sekian sahaja tips kita kali ini. sangat mudah kan? ramai yang dah menggunakan tips aku ni dan berjaya. cuma aku selalu tekankan mengenai disiplin. jangan culas dan malas! selamat mencuba! =)

7 comments