selamat pagi!! =)
pada aku, tiada istilah open house di musim perayaan. tapi lebih kepada 'jemputlah datang rumah bila-bila masa, dan saya akan masak'
depends pada masing-masing jugak. rumah aku yang kecil di kota lumpur ni memang tak boleh memungkinkan aku membuat open house secara besar-besaran. cukup sekadar menjemput mereka datang ke rumah secara kecil-kecilan. orang yang datang ke rumah adalah pembawa rezeki =)
memang agak penat sebab sekali yang datang tak kan lebih dari 8 orang, kadang 4-5 orang je sekali datang baru selesa, yela tak kan nak suruh duduk di dapur pulak kan hihihi. tapi takpe. musim perayaan ni aku tengah rajin amat. sapa yang datang aku masakkan. tak kira la sedap ke tidak, tapi yang penting air tangan sendiri.
insyaallah sabtu ni ada kawan2 yang akan datang beraya. menu dah siap, barang-barang separuh sudah di beli. walaupun memasak keseorangan, ianya langsung tidak mematahkan semangat aku untuk memasak! tersangat suke bile orang datang rumah, makan-makan, borak-borak. selalunya sorang je kan :(
tadi sebelum masuk opis sempat ke pasar pagi. tahukah korang yang pasar pagi lebih murah dari beli di tempat lain? kalau membeli di pasar tani lagi jimat!
area opis aku ni memang setiap pagi ade pasar pagi. cakap je nak ape sume ade! eh tapi barang elektrik takdela yek hahaha. tadi beli barang2 untuk buat acar dan jugak sayur-sayuran lain. murah!! aku beli tomato 3 biji, timun 2 biji, karot 2 biji, nenas sebiji, bawang besar 4 biji, halia, lengkuas, daun sup daun bawang singgit dan taugeh singgit. total is rm8 aje. pada aku murah la sebab macam-macam amik.
selain murah dan menjimatkan, membeli di pasar juga terjamin tahap kesegarannya berbanding membeli di pasar raya dan juga kedai runcit.
tadi aku siap tanya abang yang jual tu, "bang, taugeh ni nak pakai hari sabtu..beli hari ni tahan tak?" dan di jawab dengan baik oleh abang yang jual tu "hari ni kamis, tahan je tapi kene masuk plastik beg lain, taugeh kalo nak tahan lama kene masuk plastik jangan bagi masuk angin" dan aku bertanya lagi, "tak payah rendam dalam air ke?" dan dijawab dengan gelengan oleh abang tu =)
see. aku dah dapat pelajaran baru hari ni. kat mana2 pun sebenarnya kita boleh dapat ilmu, cuma jangan malu untuk bertanya okeh.
besok pagi sebelum masuk ofis nak singgah ke pasar pagi lagi. membeli ayam pulak. =)

Post a Comment