pagi!
tahun ni kita merdeka dalam raya, dalam masa yang sama. tak tau nak sambut raya ke merdeka. kikikiki. yela walaupun raya sebulan tapi tetap jugak ade saje invitation untuk beraya dan jugak memenuhkan perut!
seperti biasa aku balik kampung kalo cuti 3 hari. tak kuasa nak dok kl ni lelama. bosan kot. dah la kat uma dok sorang, ini cuti sume orang pun banyak invitation, so lagila tinggal keseorangan. so kata persetujuan dibuat...jom balik kampung!! amikkkk ko 3 minggu berturut2 balik!hihi
aku kalo dok kampung memang boleh naik 5 kilo sekali balik..tapi balik kl balik terus turun balik! :(
aku balik kuantan malam merdeka tu, petang tu bos bagi balik awal, ingat kot bolela gerak awal, skali lrt buat pasal, dah la lambat, pastu bole suka2 hati tamatkan perkhidmatan dan tunggu train berikut! dahla tren tu da cukup padat, pastu sume kene turun tunggu yang berikut. suke tau nak buat hal time2 sesak camtu.
sampai kuantan tepat jam 12 malam, takde sambutan. no bunga api. sedih. tapi memang 28 tahun hidup pun tak pernah pergi pun segala sambutan ambang merdeka ke hape ni. cuma pernah sekali la pegi tengok perarakan yang pagi tu. tu pun sebab ayah aku ade kerja, so skali jalan je.
tapi kire ok la balik kali ni, besoknya terus ayah aku buat minum petang untuk kawan2 opis die. dapat jugak tetolong sesikit kan. kalo idak terkontang kanting mak aku sensorang kat dapo nak buat sume. gigih betul. hari berikutnya di habiskan dengan berborak, berjalan dan melepaks hihi
balik la kampung sekerap mungkin untuk bersama keluarga. kita tak tau bile sampai masa untuk kita. take care =)
wah...bestnya.. sempat lagi awak balik kampung ye??hehe