ini bukan program tajaan bersama yek hihi.
aku tertarik nak berkongsi topik ni selepas berborak-borak dengan ofismate. asalnya aku tengah baca suratkhabar dan tertarik berbincang mengenai satu berita yang di paparkan. mengenai keluarga yang dihalau dari rumah kerana tidak menjaga kebersihan.
kadang kita tak tahu di mana silapnya. tapi pada aku sebenarnye lebih kepada perlu menyalahkan tuan punya badan. kita disuruh berusaha, bukan duduk diam dengan meminta-minta. ye aku tau beliau mengalami sedikit masalah dalam keluarga. tapi setiap masalah ada penyelesaian.
aku selalu jugak tengok bersamamu. ada dua benda je aku nak cakap. malas dan pengotor.
kakak aku bertanya kepada rakannya yang membuat program tu memberitahu, kadang dorang yang susah tu bukan lah susah sangat. cumanya malas! miskin tidak bole jadi penyebab utama malas. crew datang rumah nak shooting masuk-masuk tengok rumah bersepah! bukannya tak boleh kemas elok-elok. dah tau orang nak datang lagi biarkan rumah macam tu. tapi again, malas!
kalau rajin, yang buruk pun bole jadi cantik.
jadikan berbagai alasan untuk tidak bekerja. mengharap bantuan semata. apa lah salahnya membuat sedikit kerja-kerja kampung. duduk di rumah goyang kaki bukan dapat ape pun. rezeki tidak datang bergolek. berusahalah. ada banyak kerja yang boleh di buat untuk mendapat sedikit rezeki. percayalah allah tu maha pemberi rezeki.
anak ramai tu semestinya. dah tau anak ramai dan tak berkemampuan menyara kenapa tak merancang? bukanlah aku tak sedih melihat nasib dorang, tapi kadang dorang membuat diri mereka macam tu.
malas sangat kemas rumah sampaikan ayam bertelur dalam dapur pun buat tak tahu. pengotor. ini betul kenyataan. rumah dah macam tongkang pecah! kemas la elok-elok. susun bagi teratur. duduk rumah jaga anak semata tak kan tak boleh sambil kemas rumah?
dari tak buat apa tu apa salahnya bercucuk tanam. sedikit sebanyak dapat jugak dijadikan lauk pauk.
tak semua macam tu. tapi kebanyakkan memang. sebab aku dah jumpa dan pergi tengok sendiri mereka-mereka yang susah ni. bukan aku tak faham masalah dorang tapi...hmm takpela. memang ada yang betul susah dan sangat tak mampu seperti sakit. itu memang patut kita bantu. tapi bagaimana dengan yang sihat tubuh badan tapi menjadikan berbagai alasan untuk tidak bekerja dan mengharap bantuan semata?
moga allah sentiasa memurahkan rezeki kita semua. insyaallah. amin.
wah.. rupanya ada kisah tersirat juga disebalik semua tu ye.. oh..
p/s : awak, nanti tinggalkan no phone awak kat fb saya. pm. nanti kalau saya pergi openhouse awak, saya call awak tau
biasela..off da record orang kate hihi
emel kat saya. putra.z.boni@gmail.com
salam singgah sini n bc blog awak, cun header :D
thanks afasz sudi singgah :)
sy hari2 naik tangga coz ofis tingkat 4:)