Kawan-Kawan

suara jantans


posted by ceklala

4 comments

hai!

hari ni dah masuk hari ke-6 aku takde suara. actually dah keluar suara dah sesikit. tapi yang keluar suara jantans. T_T

aku demam dan asma dah seminggu lebih dari sabtu lepas. lepas tu ari khamis tetibe tekak dah sakit. tak perit. minum air suam bebanyak dah time tu sebab takut. sekali jumaat yang dinanti tiba juga. terus ilang suara!

pegi ofis bercakap guna bahasa isyarat.

sabtu dan ahad mak ayah aku turun kl beraya. gelak2 je dorang tengok aku takde suara. bercakap pun dah macam berbisik-bisik. mak aku pun bercakap ngan aku siap berbisik. apesal ntah. kikikiki. pergi beraya rumah orang aku sesenyum je. tu je mampu.

sabtu pagi tu pegi klinik. doktor pun bole gelak-gelak. die cakap kesiannya hilang terus suara. tapi malangnya bagi aku, duit habis 70inggit tapi ubat dah habis dan suara aku still tak kuar lagi. doktor muda. nak bagi ubat pun bole main tanya-tanya aku.

semalam senin pagi pegi breakfast kat village park uptown damansara. lama tak pekena nasi lemak dengan set roti n telur. disebabkan yang order orang takde suara. order lain dan yang sampainya lain. redha.  =___=


4 comments