Kawan-Kawan

Ucapan Raya Perantau


posted by ceklala

2 comments

tsk tskkk  :'(

sume orang dah bali kampung beraya. aku je kat kolumpo ni tak balik2 lagi. nak wat cane dah kerja kan. cuti plak dah abis mase umrah aritu. redha jela.

insyaallah petang ni lepas kerja terus gerak balik kuantan. mudah-mudahan selamat sampai la hendaknye. semalam dengar cite yang balik kelantan sampai 12 jam baru sampai! adehhhh canela arini yek?

dah habis shopping ke korang? aku takde beli ape sangat tahun ni. pakai je mane ade. almaklumla gaji lepas raya kan. takpela. bukan bebudak nak raya beria-ria kan hiks. ade yang nak pegi jalan tar buat kali terakhir hari ni. confirm jualan runtuh! sape2 yang tak balik tu bole la pegi, tengok kemeriahan raya! besttt!


jalan tar ni time bulan puasa memang meriah. sebut je nak apa sume ade kat sini! hihi. ni dah nak raya lagi la memurah dorang jual! tahun ni je bulan puasa dah 3 kali aku pegi. bukanla beli ape sangat pun, selalu pi sini carik tudung je pastu cuci mata.

kepada yang balik ke kampung hari ni macam aku, pandulah berhati-hati. jem tu memang tak bole nak cakap ape dah. tak nak jem sile naik kapal terbang yek!hahahah. pastikan kereta korang dalam keadaan yang baik. aku malam tadi dah sesiap isi minyak, angin tayar air pe sume. senang.

akhir sekali nak mintak ampun dan maaf pada semua yang membaca blog aku dan sesiapa yang mengenali aku. mintak ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. maaf andai ada terkasar bahasa tersilap kata. mintak halal jugak jika ade terambil terpakai secara tak sedar.

kita manusia biasa tak lepas lari dari membuat kesilapan.

sempena cuti raya ni semestinye lah blog pun akan bercuti hihihi. insyaallah rabu depan naik kerja aku update yek. makan lemang ngan rendang tu ingatla aku kat sini yek =)

selamat hari raya!!



 

2 comments