Kawan-Kawan

Resepi Lamb Shoulder Steak dengan Blackpepper Mushroom Sauce


posted by ceklala

2 comments

selamat pagi!

dah 26 ramadhan kita berpuasa. syukur alhamdulillah. dan aku puasa pun so far masih penuh sampai hari ni! yeayyyy! alhamdulillah.

semalam aku pegi betulkan spek kat bandar permaisuri, alhamdulillah dah ok. dah tak rabun dah! wiiiiiiiiii!hihi. yang paling best sebab free! tapi kene jugak pi tukar nanti. tunggu gaji. yang pakai skang ni pun da lama sangat. dari zaman last year diploma.

ko kira sendiri la dah bape lama kan. old skool weh!

oh bebulan puasa ni aku memang rajin masak. selalu tu kalo bukan bulan posa tak suke makan sensorang. tapi bulan posa kali ni lebih suka makan sensorang kat uma. masak then makan. sukeeeee!


ini masakan semalam. tak caya? tak caya sudah!kikikiki

ini adalah lamb shoulder, bersama siakap goreng dan jugak mashed potato beserta blackpepper mushroom sauce. ok meh sini kasi resepi. aku selalu memang try and error jek.

memula cam rasa pepelik. lama2 sure ok. practice makes perfect!

lamb shoulder ni bole beli kat kedai. aku selalu kat tesco je. kan dah siap pek. ganti ngan sirloin pun sedap. ikut suke tekak ko la nak makan yang mana. kihkihkihkih

ikan siakap tu sebenarnye balance masak sweet sour aritu. aritu kepala ni ekor. aku asingkan tulang sesiap. senang nak makan. kentang pun memang dah ade. abis ceritanya aku masak semalam sume yang dah ade kat uma. takyah nak kuar2 beli lagi.

mashed potato ni senang giler. ko buang kulit dan potong la kekecik supaya cepat skit masak kan. rebus dengan garam skit. dah empuk tapis air dan ko mash la ikut sedap nak kasar ke halus2. aku tak suke halus sangat. then campur ngan saderi yang dipotong kecik, susu segar, garam dan sedikit blackpepper.

ade orang guna susu cair, aku lebih suke fresh milk.

lamb dan ikan tadi goreng je cam biasa. tapi aku tak guna minyak banyak. sikit cukup. kolesterol tak bagus untuk kesihatan. kikikiki. aku guna minyak zaitun untuk menggoreng.


untuk sauce pulak. ambik shitake mushroom then potong halus2. kasar pun bole. ikut sedap tekak ko nak makan cane k. kuali yang bekas ko goreng lamb tadi jangan dibasuh. kan ade cam kerak2 tu kan, ko biar jek. ko idup api slow, masukkan butter dalam sesudu dengan bawang besar than tumis, masukkan air sikit then biar.

masukkan shitake mushroom, renihkan dalam 10 minit. nak bagi rasa die bebetul keluar. nampak dah sebati dan pekat skit ko masukkan susu dalam suku cawan. jangan lupa akhir sekali masukkan garam dan jugak blackpepper. biarkan pekat skit.

siapppppp!



senangkan? tak susah pun. sauce ni bole je apply kat ikan ke ayam ke daging ke. mase aku post kat instagram semalam ramai sangat yang teka chicken chop, padahal bukan!kikikikiki.

so, selamat mencuba!  =)


2 comments